Followers

Monday, 18 April 2011

Hanami MyKyoto

16 April - KYOTO

Jika tahun2 sebelumnya, tempoh hayat bunga 桜 (Sakura) adalah sekitar awal bulan jer namun atas faktor cuaca yang tidak menentu, sampai pertengahan bulan pon masih lebat lagi! Aktiviti 花見 (Hanami) sering dikaitkan dengan 桜, jadi bagi meraikan saat2 akhir 桜 dan juga bersuai-kenal dengan beberapa warga baru MyKyoto termasuk yang baru tiba di bumi matahari terbit pada isnin yang lepas, kumpulan MyKyoto mengadakan 花見 bertempat di 鴨川 (Kamo river) berdekatan 出町柳 (Demachiyanagi).. Majlis bermula sekitar jam 1130; jumlah yang hadir kali nih mungkin paling ramai sambil diserikan dengan kehadiran seorang professor dari UPM yang sedang cuti sabatikal di 京大 (Kyoto Uni.) dan juga keluarga baru yg tiba daripada 横浜 (Yokohama)~


Prof. Dahlan yg merupakan pensyarah fakulti pertanian ghupe2 nyer pernah menetap di 京都 (Kyoto) selama 3 tahun bermula tahun 1986~1989 dalam proses mendapatkan PhD.. Prof. sendiri turut kagum dengan bandar 京都 yang xde perubahan sangat dari segi budaya dan pemandangan alam sekitar sejak dia meninggalkan bumi Jpon nih.. Sempat berkongsi idea dengan Prof. ketika sedang makan; konon nyer Malaysia sukar nak terapkan budaya Jpon kerana 2 faktor utama iaitu kepelbagaian budaya di Malaysia dan juga isu pendatang asing.. Ak juga mendapat info terbaru mengenai peluang membawa pulang 2 biji kereta sekiranya dpt bekerja di Jpon kelak; 1 guna AP pelajar dan 1 lagi guna AP pekerja? (need citations) Majlis bersurai sekitar jam 1430..


p/s Tahun nih RITS menerima 9 pelajar baru daripada Malaysia.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC