Followers

Thursday, 7 April 2011

[一次選考] OMRON

6 April - KYOTO

Hasil keputusan daripada 技術説明会 (Technical seminar) tempoh hari menunjukkan hanya 1/3 syarikat yang ak mohon memberikan ak pelepasan ntk maju ke peringkat seterusnya .. 2 anak syarikat memberikan jawapan NG berdasarkan keputusan ujian dan hanya 本社 (HQ) jer yang bermurah hati memberikan ak peluang ke-2.. Tarikh 面接 (Interview) asalnya telah ditetapkan pada 7hb namun oleh sebab ak ada 面接 lain pada hari tuh, OMRON bermurah hati menyediakan tarikh lain iaitu pada hari nih tapi pada belah pagi bermula jam 1045.. Memandangkan pada belah petang ak kene bertolak ke 関東 (Kanto), sejak pagi lagi dah kene bawak beg besar ntk menjimatkan kos tambang..

Tempat 面接 diadakan..

Ak tiba di HQ sekitar jam 1020.. Termasuk ak ada 3 orang calon yang sedang menunggu giliran dan semuanya pelajar RITS~ Dalam fikiran ak 一次選考 (First selection) biasanya 集団面接 (Group interview) tapi kali nih boleh plak 個人面接 (Individual interview) o_0 Sementara menunggu giliran, kitorang diminta menjalani 適性検査 (Aptitude test) sebanyak 20 soalan.. Kalo sebelum nih dok jawab melalui komputer jadi senang jer nk semak maksud perkataan kanji menggunakan Rikaichan.. Tapi bila di suruh menjawab menggunakan kertas, pening giler nak faham maksud soalan di tambah lagi dengan tulisan kanji yang x pernah lihat -_-" 2 orang yang lain dah siap leh borak2 lagi pasal RITS manakala ak plak dok pulas otak cuba memahamkan soalan -_-" Elok jer bila dah hantar, nama di panggil ntk 面接..


Bermula jam 1045, 面接 ak bermula dengan 3 penemuduga memperkenalkan diri masing2 terlebih dahulu; 1 人事部 (Human Affairs) dan 2 lagi 開発部 (R&D).. Memula ak di minta memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit tentang apa yang ak telah ak buat di universiti dsb.. Umumnya apa yang ak tekankan semasa belajar, apa yang ak dapat dsb.. Pastu dia suruh terang skit pasal 研究 (Research); banyak gak soalan yang ak kene jawab waktu nih.. Boleh plak tersangkut bila disuruh cerita pasal sebab ak ingin masuk ke syarikat tuh.. Ntah kenapa boleh tercerita pasal barangan syarikat lain -_-" Selepas tuh lebih kepada soalan asas tentang nak kerja di mana, masa depan nk buat apa dsb.. 面接 berakhir sekitar jam 1115..


Ak cadang ntk bertolak ke 関東 sekitar jam 1400 jadi masa yang terluang ak isi dengan melawat 東本願寺 (Higashi honganji) yang terletak berdekatan dengan 京都駅 (Kyoto station).. Ini merupakan kali pertama ak melawat tokong nih; sebab utama adalah untuk melawat pameran lukisan Inoue Takehiko, pelukis Slam Dunk yang bermula sejak 4hb lepas.. Gembira giler sebab tiket masuk adalah percuma.. Boleh tahan gak keluasan tokong nih; 御影堂 (The Founder's Hall) konon nyer merupakan struktur bangunan kayu terbesar di dunia! Ingatkan banyak nau lukisan yang dipamerkan, ghupe2 nyer cuma 2 jer tapi saiz agak besar la.. Di bilik lain pula ditunjukkan video bagaimana lukisan tuh dihasilkan selama 6 minit.. Kagum bila melihat gelagat pengunjung yang bersila sambil memerhatikan lukisan yg dipamerkan tuh =)


Memandangkan x sempat bersarapan dengan betul pagi tuh, ak terpaksa mencari menu nasi ntk makan tengahari.. Payah giler nak cari restoran yang menawarkan harga yang murah; puas mencari-cari akhirnya terpaksa akur dengan set ikan pada harga 935円 (RM30) -_-" Terus beli tiket 新幹線 (Bullet train) pergi balik ke 新横浜 (Shin-Yokohama) pada harga sekitar 2.1万円; mujur tambang perjalanan kali nih ditanggung sepenuhnya oleh syarikat, kalo x memang terpaksa naik bas ler ;p Naik 新幹線 pada jam 1400 dan tiba di destinasi pada jam 1600.. Daripada situ kene tukar 電車 menuju ke 平塚 (Hiratsuka) ntk check-in Hotel yang telah ditetapkan.. Makan malam tuh pon terpaksa ambil menu yang agak mahal sekitar 1000円 sebab xde restoran murah di sekitar Hotel -_-"


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~      

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC