Followers

Monday, 4 April 2011

面接 (Job Interview)

Bermula esok sehingga hari Jumaat, ak akan menghadapi 4 interview 一次選考 (First selection) berturut2; 2 di 関西 (Kansai) manakala 2 lagi di 関東 (Kantou).. Agak kelam-kabut juga nk persiapkan diri sebab 一次選考 lebih kepada 集団面接 (Group interview) jadi soalan2 yang akan ditanya lebih kepada apa yang kita tulis di dalam エントリーシート, ES (Entry sheet).. Kene berusaha memberi imej yang baik sebaik sahaja masuk bilik 面接 sebab pemarkahan akan bermula daripada penampilan diri.. Sebagai rujukan sendiri dan rakan2 yg lain, berikut merupakan tips2 ketika menghadapi 面接=

Periksa barang-barang yg diperlukan 

  • 履歴書 (CV), salinan ES
  • Salinan 企業HP 
  • Alat tulis
  • 印鑑 (Cop)
  • 企業パンフレット (Company's pamphlet)
  • Dan lain2 (link)

お辞儀 (Bow)


  1. Merapatkan kedua belah kaki dan pandang tegak ke hadapan..
  2. Selepas tu, bengkokkan pinggang sebanyak 45° dalam keadaan bahagian belakang lurus..
  3. Berada pada kedudukan begitu selama ±1 saat
  4. Kembali kepada posisi no.1 secara perlahan2..
Cara Memasuki Bilik 


  • Ketuk pintu sebanyak 2x
  • Buka pintu ketika disuruh masuk
  • Ulang ketuk pintu sekiranya tiada jawapan
  • Jika dah ketuk pon xde maklum balas, sebut 「失礼します」dulu baru buka pintu


  • Buka pintu sedikit, pastu pandang mata penemeduga, sebut 「失礼します」dengan suara yang agak tinggi.  
  • Jika bilangan penemuduga lebih daripada seorang, memadai jika memandang mata penemuduga yang duduk di bahagian tengah




  • Buka pintu menggunakan satu tangan. (Penggunaan tangan yang mana bergantung kepada situasi pintu)



  • Berhati2 supaya x menunjukkan bahagian belakang kita sepenuhnya terhadap penemuduga ketika menutup pintu. Malah, berhati2 ketika menutup pintu agar tidak mengeluarkan bunyi.




  • Menunduk tanda hormat ke arah penemuduga pastu sebut 「よろしくお願いいたします!」



  • Berjalan dengan postur yang betul menuju kerusi. 
  • Pastikan badan lurus menegak dan jangan bengkok. 
  • Elok minta rakan tolong tengokkan keadaan kita jalan sebelum mengambil 面接


  • Berdiri di sebelah kerusi dengan tangan lurus di sisi.
  • Apabila di suruh memberitahu nama dan universiti, sebut dengan memandang mata penemuduga;OO大学OO研究科OO専攻のOOと申します。本日よろしくお願いいたします。」
  • Lepas sebut, tunduk sebanyak 45°
  • Apabila diminta duduk, sebut 「失礼いたします。」pastu tunduk sebanyak 15°sebelum duduk.



  • Pastikan punggung tidak mengambil seluruh ruang kerusi. (Elok dalam separuh ruang jer)
  • Tangan di lutut bagi lelaki

source : link

Cara Keluar daripada Bilik


  • Apabila penemuduga memberitahu 面接 telah tamat dsb, sebut 「本日お忙しい中、お時間をいただきまことにありがとうございました。」dalam keadaan duduk sambil tunduk hormat.
  • Pastu, beri tunduk hormat.



  • Berdiri di sebelah kerusi, sebut 「失礼いたします。」pastu beri tunduk hormat 45°
  • Selesai tunduk hormat, menuju ke pintu dengan posisi lurus tanpa perlu memandang pada penemuduga.


  • Sampai di pintu, berdiri menghadap penemuduga, ulang sebut「失礼いたします。」. Pastu tunduk hormat 45°
  • Selesai tunduk hormat, buka pintu dan keluar meninggalkan bilik 面接.
  • Sewaktu menutup pintu, jaga eye contact antara penemuduga dengan anda.
  • Pastikan tiada bunyi yang keluar ketika menutup pintu

Source : link

p/s Yang penting jangan gelabah waktu mengambil 面接.. がんばろうぜ、皆! 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC