Followers

Friday, 15 April 2011

余震 (Aftershock)

Sejak dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada 11hb Mac, penduduk Jpon masih ditakuti dengan 余震 yang boleh dirasai hampir setiap hari terutama bagi penduduk yg menetap sekitar 東北 (Tohoku).. Konon nyer Jpon mengalami gempa bumi sebanyak 1500 kali setiap tahun namun tahap nya berbeza jika dibandingkan dengan 余震 baru2 nih.. Sehingga hari ini, bilangan kematian akibat daripada 大震災 (Great disaster) mencecah angka 13,551 dan jika ditambah sekali dengan bilangan M.I.A pula adalah 28,114 orang.. Ketika entri ini ditulis, seramai 138,115 orang masih menjalankan kehidupan seharian mereka di 避難所 (Shelter) yang ditetap oleh kerajaan.. (link)

余震 dan skala nya yg berlaku pada 7hb lepas..

Kenapa 余震 berlaku?
Gempa bumi adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yg mengejut di permukaan bumi yg berbatu; gempa bumi tektonik adalah disebabkan oleh perlepasan tenaga yg terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik.. Sewaktu gempa bumi, keadaan plat tektonik menjadi x stabil~ Proses plat tektonik kembali kepada kedudukan yg stabil di namakan 余震~ Biasanya 余震 adalah pada tahap Magnitud 1 namun apabila digegar dengan gempa bumi berskala 9M, ternyata bacaan 余震 juga boleh berubah dan memerlukan perhatian yg serius.. 


Rekod 余震 sehingga kini
Sehingga jam 1700 hari Selasa yang lepas, sebanyak 408 余震 telah direkodkan pada skala Magnitud 5 dan keatas.. 68 余震 dilaporkan pada tahap M6 manakala 5 余震 pula direkodkan pada M7 dan keatas.. Jumlah  余震 yg direkodkan sejak gempa bumi 11 Mac yang lepas dikhabarkan paling tinggi dalam sejarah Jpon.. Gempa bumi berskala 8.2 di Hokaido pada tahun 1994 mengalami 117 余震 pada skala M5 ke atas.. Bilangan 余震 adalah tinggi disebabkan oleh kedudukan plat tektonik yang terjejas teruk.. 


余震 di masa akan datang
Kebarangkalian 余震 pada skala M7 dan keatas adalah 10% di sekitar 東北 pada minggu nih.. Saintis tidak dapat menduga bila 余震 akan berakhir kerana 大震災 kali nih terlalu dahsyat membuatkan mereka tidak dpt meramal berdasarkan rekod gempa bumi yang lepas.. Sehingga kini 余震 kerap dirasai di utara Nagano, timur Shizuoka dan sekitar Akita..  
  

Source

p/s Video dibawah menerangkan hubung kait bentuk awan dan elektromagnetik bumi dalam proses meramal waktu kejadian gempa bumi~ Teori yang menarik!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC