Followers

Saturday 30 April 2011

Osamu Tezuka

Osamu Tezuka merupakan seorang 漫画家 (Cartoonist), animatur, penerbit dan juga seorang doktor perubatan meskipun tidak pernah mempraktiskannya.. Beliau dilahirkan di 大阪 (Osaka) pada 3 Nov 1928 dan meninggalkan dunia ketika berusia 60 tahun (1989) ~ Beliau dikenali ramai sebagai pencipta Astro Boy, Kimba the White Lion dan Black Jack.. Pelbagai gelaran yang beliau terima termasuk "Tuhan kepada komik" dan "Mahaguru anime"= Mula melukis ketika darjah 2 dan sumber inspirasi beliau adalah daripada Disney.. 


Beliau mempunyai 2 impian sejak kanak-kanak iaitu menjadi seorang 漫画家 dan juga seorang 医師 (Medical doctor).. Beliau melancarkan 漫画 (Manga) pertama sewaktu sedang menuntut di dalam fakulti perubatan; pada awalnya beliau turut runsing memikirkan dunia mana yang perlu beliau teruskan, dan akhirnya kini beliau digelar sebagai "Tuhan" dalam dunia komik! Namun beliau turut berjaya mencapai impian ke-2 beliau setelah 6 tahun debut sebagai 漫画家; berjaya memperoleh lesen perubatan pada tahun 1952! 

Berikut merupakan senarai 漫画 beliau yang dikenali ramai:

  • Metropolis (1949)
  • Kimba the White Lion [ジャングル大帝] (1950-1954)
  • Astro Boy (1952-1968)
  • Phoenix (1956-1989)
  • Adolf (1983-1985)
  • Black Jack (1973-1983)
  • Buddha (1972-1983)

p/s Ak kini sedang membaca 漫画 Buddha sebab tertarik dengan filem nya yang bakal keluar tidak lama lagi.. Teringin nak baca Adolf plak lepas nih..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC