Followers

Saturday 9 April 2011

[一次選考] Kansai Paint

7 April - KANAGAWA

Pelbagai kisah yang berlaku rentetan pemohonan ak mendapat tempat di syarikat nih; memandangkan hanya syarikat nih jer yang memberikan pakej istimewa buat 留学生 (Foreign students) untuk pulang ke negara asal dan berbakti di negara sendiri di syarikat yg sama setelah bekerja selama 5 tahun di Jpon.. Tarikh tutup penghantaran dokumen2 adalah pada 4hb April bagi yang menggunakan 推薦 (Recommendation).. Selama nih ak dok menunggu berita daripada キャリアセンター (Career center) tentang 学校推薦 (School's recommendation) tapi akhirnya yang disediakan cuma ntk pelajar aliran kimia jer -_-" Mujur boleh guna 教授推薦 (Professor's recommendation)~


Pening gak 一次選考 syarikat nih sebab tarikh telah ditetapkan awal pada 7hb sedangkan tarikh tutup penerimaan borang pula 4hb.. Calon dikehendaki melapur diri di cawangan 神奈川 (Kanagawa) di sekitar 関東 (Kanto) dan segala tambang termasuk kos penginapan turut disediakan.. Mujur kedudukan hotel x jauh daripada 平塚駅 (Hiratsuka station) iaitu stesen terdekat daripada kilang.. 一次選考 kali nih khusus ntk 技術職 (Technical work) dan mengambil masa bermula jam 0900 ~1700.. Belah pagi diadakan 会社説明会 (Company profile) dan juga lawatan ke kilang manakala pada belah petang barulah 本番 (Crucial) iaitu 筆記試験 (Writing examination), 小論文 (Short essay), 適正試験 (Aptitude test), dan 面接 (Interview)~

Tema 小論文 ialah menulis idea bagaimana cat boleh digunakan lebih banyak di dunia nih?

Berbeza ngan kilang lain, kilang yang menjual cat sememangnya memiliki bangunan yang nampak baru! Waktu dibawa mengelilingi kilang, ak boleh dapati bilangan pekerja wanita juga agak ramai~ Dah la tambang pon depa support, sampai makanan tengahari pon disediakan memang terbaeek! 集団面接 (Group interview) kali nih ialah 6 penemuduga dan 5 calon~ Daripada 6, hanya 2 orang jer kot 人事部 (Human Affairs).. Terkejut apabila disuruh 自己PR (Self PR), hampir semua calon menekankan kepada 研究 (Research) masing2 yang berkaitan dengan kimia; memandangkan tema 研究 ak pon lain giler, ak tiada pilihan lain untuk memfokuskan pada apa yang ak tekankan sewaktu pelajar.. 


Terkejut bila diberitahu bahawa ada seorang rakyat Malaysia yang masuk bekerja dengan syarikat nih tahun lepas dalam projek yang sama.. Daripada 29 orang calon yang hadir untuk 一次選考 nih, cuma ak sorang jer 留学生! 筆記試験 ada lebih 80 soalan kalo x silap dan berdasarkan SPI; soalan 国語 (Japanese) memang ak tembak jer sebab nk jimatkan masa (笑) Paling xleh blah bila 適正試験 ada 180 soalan! Kali nih memang xleh tembak secara rambang sebab banyak soalan trick di situ.. Seksa giler kena baca setiap satu perkataan; bila ak selesai jawap, memang x terkejut la bila usha kiri kanan tinggal ak sorang jer! Balik sekitar jam 1720 menuju ke hotel ntk amik beg lantas bertolak ke 町田 (Machida)..


Ntah apa suwey kali nih sampai leh tersilap naik 電車 (Train) waktu tukar line di 藤沢 (Fujisawa).. Sepatutnya naik 江ノ島線 (Enoshima line) tapi ak leh ternaik 江ノ電 (Enoden) -_-" Nasib baik tersedar lepas 10 minit naik 電車 tuh; rezeki gak bila dapat naik 電車 yang agak kuno sebab lantai di perbuat daripada kayu! Selamat sampai di 町田 walaupon 1 jam terlewat~ Malam tuh agak mengerikan bila merasai 地震 (Earthquake) yang agak lama berbanding sebelum nih; konon nyer sekuat Magnitude 6 selama hampir seminit~ Pembaca berita TV siap leh suruh menyorok bawah meja lagi tapi rumah member nih cuma ada meja こたつ (Kotatsu) (笑) Mujur tiada kerosakan baru dilaporkan kt Fukushima Nuclear Plant~  

p/s Syarikat nih memegang 60% pasaran cat di Malaysia terutamanya dalam pasaran kereta.. Warna kereta paling laku di Malaysia pula ialah warna hitam~ 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC