Followers

Saturday 2 April 2011

David Rocastle


David Rocastle atau lebih dikenali dengan nama gelaran "Rocky" merupakan salah seorang pemain legenda Arsenal yang menyarung jersi no 7.. Memulakan karier sebagai pemain bola sepak professional bersama pasukan Arsenal sejak tahun 1984, Rocky telah berjaya memenangi 4 piala sebelum berpindah ke kelab lain pada tahun 1992.. Kecederaan lutut ketika musim 1990-1991 menyebabkan Rocky banyak memanaskan bangku simpanan; musim berikutnya pula Rocky hanya terlepas 3 perlawanan daripada 42 namun hanya berjaya menyumbat 4 gol sepanjang musim.. Kerap berpindah kelab pada tahun berikutnya, kelab terakhir Rocky adalah Sabah FC (Liga Malaysia) iaitu pada tahun 1999 sebelum menggantungkan but.. Rocky menghembuskan nafas terakhir pada hujung bulan Mac 2001 setelah tewas bertarung dengan kanser.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC