Followers

Thursday 13 June 2013

三社祭 (Sanja Matsuri)

18 May - ASAKUSA

 

Salah satu 祭り (Festival) paling besar di daerah 関東 (Kanto) ialah 三社祭 (Sanja Matsuri) yang diadakan setiap minggu ke 3 bulan Mei bertempat di 浅草神社 (Asakusa Shrine)~ 祭り ini berlangsung selama 3 hari dan aku berkesempatan untuk menyertai hari ke-2 di mana mereka mengusung puluhan 神輿 (Portable shrine) beramai-ramai mengelilingi bandar besar di 浅草 (Asakusa) dan berhenti di tokong untuk mendapat "rahmat" ketua sami? di situ.. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga ada mengusung 神輿 tapi bersaiz kecil~ Paling mengejutkan ialah kelibat 2 jejaka yang hanya memakai seluar dalam, badan belakang penuh tattoo dan berdiri disebelah ketua sami itu..

  

Selesai majlis "doa selamat" oleh pihak sami sekitar jam 1500, aku turut-serta rombongan membawa 神輿 itu mengelilingi beberapa kawasan sebelum patah balik ke 浅草神社~ Kebetulan ada persembahan tarian oleh gadis-gadis yang memakai kimono khusus sempena 三社祭 ini.. Video dibawah menunjukkan aksi mereka ketika menari lagu Mambo No 5~ Selesai persembahan, aku sempat mengambil gambar kenangan bersama salah seorang penari cuma agak lucu sebab muka putih habis tapi gigi kuning (笑) Asalnya selepas 三社祭, plan nak pergi 東大 (Tokyo University) sebab kebetulan hari yang sama ada 学園祭 (School Festival) tapi sayang tak jadi sebab tak cukup masa (-_-") 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~  

8 comments:

  1. wiit wiit ..untunglah begambor dengan gadis kimono ...xpo xpo ... wait for jejaka japan ...

    I like kimono !!><

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai la kimono waktu raya nanti..
      haha

      Delete
  2. putih melepakkk tuh...nak signnn huhu

    ReplyDelete
  3. putihnya..tapi kalau tanpa tuh nanti mesti orangnya manis kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kot..
      orang kata don't judge a book by its cover..
      haha

      Delete
  4. sempat lagi ushar gigi org kuning..ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually tak payah usha pun, waktu dia senyum memamg jelas sangat kelihatan :p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC