Followers

Sunday 8 April 2012

関東人 (Kantou-jin)

30 March - KAWASAKI

Dah penuh ruangan belakang alien card ak o_0

Salah satu proses paling penting bagi sesiapa sahaja yang berpindah "negeri" di Jpon ialah untuk mendaftar di 市役所 (City hall) berhampiran dengan tempat tinggal.. Untuk itu, kami berpakat untuk bergerak ramai-ramai menuju ke 区役所 (Ward office) dengan berjalan kaki daripada hostel.. Bergerak sekitar jam 0900, tiba di destinasi sekitar jam 0930~ Hanya perlu mengisi sehelai borang untuk menyatakan alamat terkini untuk dia isi ke dalam 外国人登録証明書 (Alien card).. Destinasi seterusnya ialah menuju ke 警察署 (Police HQ) untuk mengubah alamat lesen memandu..Segala urusan selesai sekitar jam 1100; petang itu pergi beli barang keperluan di Home Center berdekatan dan sambung kemas bilik sampai ke malam~ 

幸区 (Saiwai-ku) kalau dialih bahasa menjadi "Happiness ward"~ Harap-harap semua penduduk di kawasan ini hidup dengan aman sejahtera selari dengan maksud tempat ini :)

Dengan ini, ak secara rasminya telah menjadi salah seorang 関東人 yakni penduduk sah daerah 関東 (Kanto) setelah 4 tahun menginap di 関西 (Kansai)~ 3 tahun lepas sewaktu sedang sibuk hendak memilih universiti untuk menyambung masters, ak teringin hendak sambung di universiti sekitar 関東 kerana ingin merasa pengalaman menjadi 関東人 namun rezeki ak di RITS berpanjangan selama 4 tahun.. Alhamdulillah, Allah tidak lupa hasrat ak dan kini ak bakal bekerja di sini untuk suatu tempoh masa yang tertentu.. Siapa tahu, tahun hadapan mungkin ak bakal dihantar untuk bekerja di kawasan 北海道 (Hokkaido) atau 沖縄 (Okinawa), 2 tempat yang masih belum ak jejaki sepanjang berada di bumi sakura ini~ ;)

2 comments:

  1. ohh memang ada rupanya nama alien card tu. hehe. lupa plak dah penah baca post yg ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      tapi sebenarnya stat July kerajaan Jpon dah stat edarkan kad baru ntk foreigners sini.. dia panggil "Green Card" plak :p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC