Followers

Saturday, 14 April 2012

Hanami @ Yoyogi Park

7 April - YOYOGI

花見 di luar syarikat pun boleh tahan :)

Musim bunga di Jpon memang tidak boleh lari dengan 桜 (Sakura) kerana daripada situ muncul budaya 花見 (Hanami) iaitu berkumpul ramai-ramai sambil menikmati keindahan bunga sakura.. Bunga sakura 満開 (Full blossom) agak lewat pada tahun ini iaitu beberapa hari yang lepas; sewaktu kali pertama ak tiba di Jpon, bunga sakura sudah 満開 sejak penghujung Mac lagi.. Tempoh 花見 di Jpon juga tidak lama iaitu sekitar 2 minggu sahaja kerana selepas itu bunga sakura akan jatuh berguguran menyelimuti jalan~ 

Suasana di Yoyogi Park o_0

Tahun ini buat pertama kali ak turut-serta majlis 花見 bersama MSAJ (Malaysian Students' Association in Japan) yang dilaksanakan bertempat di 代々木公園 (Yoyogi Park)~ Majlis bermula sekitar jam 1000 namun ak gerak selepas Zuhur memandangkan Abul nak main 剣道 (Kendo) pada pagi itu (^_^;) Selamat sampai di destinasi sekitar jam 1330; punyalah seksa nak mencari orang Malaysia dengan kawasan yang padat dengan manusia sehingga telefon bimbit pun jadi 圏外 (No signal)!  


Pusing satu taman akhirnya jumpa juga mereka sekitar jam 1415~ Sepatutnya ada bendera Malaysia tapi kononnya sudah kena tarik? Dapat juga berkenalan dengan beberapa ahli MSAJ yang rata-rata pelajar program AAJ dan PPKTJ~ Borak dengan naib presiden MSAJ Kanto; kononnya mereka sedang merancang untuk menjemput CheDet untuk merasmikan ulangtahun ke 30 Dasar Pandang ke Timur ketika Gala Dinner pada tahun ini! Seorang 日本人 (Japanese) juga hadir bagi mewakili restoran halal tempat dia bekerja; kagum kerana dia bisa berbahasa Arab! 


Selesai 花見 sekitar jam 1500; kami jalan kaki menuju ke 渋谷駅 (Shibuya station) dan dalam perjalanan terserempak dengan Tobacco & Salt Museum~ Walaupun tiada perokok dikalangan kami pada waktu itu, atas dasar 好奇心 (Curiosity) dan juga oleh sebab yuran masuk hanya 100円 (RM3.70), kami pun masuk dan lepak di dalam itu sehingga jam 1630~ Makan malam di 下北沢 (Shimokitazawa) restoran 2x2=8~ Kebetulan terserempak dengan ex-housemate sejak di JAD di restoran itu yang bakal menjadi bapa insyaAllah tidak lama lagi.. Selesai makan, kami jalan kaki menuju ke Masjid Tokyo Jamii di 代々木上原 (Yoyogi Uehara) yang mengambil masa sekitar 20 minit.. Selesai Isya' baru pulang~ 

Pemandangan dalam masjid ketika Isya'

p/s Masih menunggu gambar ramai-ramai 花見 hari itu~ (-_-")

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC