Followers

Tuesday, 3 April 2012

引越し (Moving places)

24~26 March - SHIGA

Proses pemindahan barang kali ini mengambil masa selama 3 hari kerana ak perlu mengosongkan rumah lama dan menyerahkan kunci pada 25hb.. Barang-barang dipindahkan ke rumah 後輩 (Junior) buat sementara kerana ak memilih untuk menghantar barang-barang ke rumah baru pada 26hb.. Bersyukur kerana syarikat pemindahan barang telah disediakan oleh pihak syarikat berserta segala kos berkaitan.. Macam orang gila membersihkan rumah terutama langsir bathtub dan juga lantai rumah.. Awalnya agak risau tentang deposit 6万円 yang telah ak bayar; waktu rumah lama dahulu, langsung tak dapat balik kerana banyak kerosakan ;p


Sewaktu memulangkan kunci, orang itu perasan satu bahagian lantai yang terkoyak sedikit dan juga bertukar warna dek lembap.. Mujur dia kata itu perkara biasa dan tidak perlu diganti.. Hanya separuh daripada wang deposit ak diambil kononnya prosedur umum dan juga untuk kos pembersihan dan selebihnya akan dimasukkan ke dalam akaun~ Balik rumah 後輩, sambung kemas barang dan masukkan ke dalam kotak dsb.. Kagum dengan syarikat pengangkutan yang tiba waktu tengahari 26hb, siap sediakan kotak sendiri untuk masukkan baju-baju ak yang tidak habis lipat (笑)


p/s Terkejut bila terima resit kononnya jumlah barang yang ak hantar ialah 300kg! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC