Followers

Friday, 27 April 2012

Dorm's Welcoming Party

25 April - KAWASAKI

Sebuah majlis menyambut ahli "asrama" baru telah diadakan di The Camp Cafe & Grill pada jam 1830 dan dirasmikan oleh 社長 (Manager)~ Pada awalnya kami di minta memilih tempat duduk sendiri memandangkan tempat duduk adalah bebas.. Agak terkejut bila ak duduk semeja dengan 社長 boleh kedudukan kami bertentangan antara satu sama lain! Tabik spring bila 挨拶 (Greeting) dia ingat nama ak (感動) malah tahu serba sedikit tentang Islam sewaktu ak menerangkan kepada ahli semeja tentang kenapa ak tidak minum arak dan makan daging yang bukan halal.. 


Alhamdulillah pihak syarikat sudah menyediakan menu khas untuk ak memandangkan "main dish" malam itu ialah daging.. Dapat juga borak dengan beberapa 先輩 (Senior) dan CEO syarikat ketika sesi makan-makan~ Jarang dapat jumpa 先輩 di asrama memandangkan tidak semua makan di dewan makan dan ak pula bukan perokok (Dilarang merokok di dalam bilik, ada bilik khas di dewan makan)~ Setiap pekerja baru dikehendaki memberikan 自己紹介 (Self-introduction) selama 2~3 minit pada hari tersebut.. Majlis berakhir sekitar jam 2100~ 

p/s Sejak jadi 社会人 (Full-fledged member of society), dah lebih 5 kali kami dikehendaki memberikan 自己紹介 (^_^;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC