Followers

Thursday 12 April 2012

定期券 (Commuter pass)

4 April - KAWASAKI


Bertuah sungguh bila diberitahu pihak syarikat akan menanggung kos perjalanan pergi dan balik setiap bulan menggunakan 電車 (Train)~ Namun kami dimaklumkan pada hari pertama bekerja untuk membeli 定期券 (Commuter pass) memandangkan ia jimat hampir separuh daripada tambang harian.. Ini merupakan kali pertama ak menggunakan 定期券; tak sangka cara nak hasilkan juga mudah tanpa perlu berbincang di 窓口 (Counter) kerana langkah menghasilkan kad tersebut juga sama seperti membuat kad keretapi biasa.. Berbeda pada bahagian pilihan stesen dari mana ke mana dan tempoh waktu yang ingin kita beli..

Pada mulanya ak hanya mengikut bulat-bulat arahan pihak syarikat untuk membeli 定期券 selama sebulan~ Namun, ak berfikir lebih baik ak tukar kepada stesen 武蔵小杉 (Musashi-kosugi) memandangkan tambang daripada tempat ak ke stesen itu sahaja ialah 150円 dan banyak laluan transit line berhenti di situ~ Sanggup beratur hampir 1 jam selepas pulang daripada kerja di 川崎駅 (Kawasaki station) kerana menganggap boleh jimat tambang tiket balik; namun sangkaan ak meleset kerana proses pertukaran lebih rumit daripada yang ak sangka.. 

Pada mulanya pihak JR perlu melupuskan 定期券 asal yang telah ak buat dan memulangkan wang yang telah ak bayar untuk menghasilkan kad tersebut.. Namun, mereka akan mengira jumlah tambang harian mengikut tarikh kad itu dihasilkan (untuk kes ak, 3 hari) dan juga 手数料 (Commission) sebanyak 210円~ Bila difikirkan semula, ak rugi kerana tak menghasilkan kad baru pada keesokan harinya memandangkan tarikh luput kad tersebut berakhir bergantung kepada tarikh kita membeli (-_-") Asyik mengira kerugian membuatkan ak terikut hawa nafsu untuk membeli 定期券 6 bulan sedangkan pihak syarikat meminta membeli setiap bulan kerana 2 bulan 研修 bakal dilaksanakan di tempat lain (-_-") 

p/s Rugi banyak bila tergesa-gesa~  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC