Followers

Thursday, 5 April 2012

2012 激励会 (Encouragement Party)

28 March - TOKYO

Kali terakhir menggunakan 学割書 (Student Discount) untuk ke Tokyo

Seperti biasa, pihak JUCTe mengadakan majlis bagi menyambut kehadiran pelajar baru JAD yang bakal memulakan kehidupan baru di Jpon dan juga untuk meraikan pelajar Masters dan Degree yang telah selamat graduasi di universiti masing-masing.. Ak telah memaklumkan kehadiran ak sejak akhir Febuari yang lepas kerana tak semua boleh masuk begitu sahaja di majlis yang berlangsung di JICA 研究所 berdekatan 市ヶ谷駅 (Ichigaya Station).. Sewaktu pulang bercuti di Malaysia, ak menerima email daripada pihak JUCTe meminta ak menjadi wakil graduan untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut o_0


Memandangkan majlis bermula pada jam 1600, ak perlu naik 電車 (Train) daripada 南草津 (Minami Kusatsu) pada jam 1230, kemudian tukar 新幹線 (Bullet train) di 京都 (Kyoto) menuju ke 東京 (Tokyo) sebelum naik 電車 biasa menuju ke 市ヶ谷駅.. Tambang perjalanan tidak ditanggung oleh JUCTe memandangkan majlis ini adalah anjuran pihak JICA~ Sewaktu keluar daripada 市ヶ谷駅, kebetulan terserempak dengan 小林先生 (Mr. Kobayashi), salah seorang guru 日本語 (Japanese) yang pernah mengajar ak selama 2 tahun ketika di JAD dahulu~ 


Agak sengal kerana wakil JAD6 hanya ak dan Abul sahaja yang hadir pada majlis kali ini.. Ak hanya kenal beberapa orang 後輩 (Junior) yang baru tiba; 後輩 RITS sudah selamat tiba di 南草津 sejak semalam kerana mereka ada 歓迎会 (Welcome party) khusus untuk 留学生 (Foreign students) di RITS pada tarikh yang sama.. Perut kelaparan kerana tidak menjamah apa-apa pada tengahari itu; mujur kali ini ada 唐揚げ (Karaage) disediakan (Hopefully halal)~ Malam itu 和田先生 (Mr. Wada) belanja makan di 居酒屋 (Izakaya) berdekatan 品川駅 (Shinagawa station)~ Tumpang tidur semalaman di rumah baru Abul yang merupakan Malaysian Hall Tokyo~ 


p/s Sengal tak bawa kamera pada majlis kali ini (-_-")    


2 comments:

  1. Hi, I've been scouting the net on information for the Malaysian Hall located in Tokyo and your blog came up on Google search. If it isn't a problem, could you please share the contact info for Malaysian Hall? My e-mail is madyramlan@gmail.com Your help is greatly appreciated. Thanks :)

    ReplyDelete
  2. Ok.. please check your email.. I already sent the location

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC