Followers

Wednesday, 4 April 2012

Sayonara SHIGA!

26 March - KUSATSU

Selesai mendapat visa pekerja daripada pihak imigresen, ak kena pergi ke 市役所 (City hall) dalam masa 2 minggu setelah mendapat visa untuk menambah maklumat di belakang 外国人証明書 (Alien Card).. Tengahari itu lori datang untuk mengambil barang-barang yang ingin ak bawa ke rumah baru; segala kos penghantaran ditanggung oleh pihak syarikat.. Bila nampak lori masih banyak kosong, ak sumbat sahaja apa yang ada di stor belakang rumah 後輩 (Junior)~

Hadiah daripada junior Komatsu Lab..

Sewaktu proses menambah maklumat di 市役所, ak ditegur oleh salah seorang staff di situ yang mengucapkan tahniah tamat belajar kepada ak.. Jujurnya ak tidak cam dia, tapi dia memperkenalkan diri kepada staff yang menguruskan ak pada ketika itu yang ak banyak menolong 後輩 yang baru datang ke Shiga dalam urusan bersama 市役所 dsb o_0 Penukaran alamat baru boleh dibuat setelah kita berpindah; dalam kes ak, boleh dibuat di 川崎市役所 (Kawasaki City Hall) dalam masa 2 minggu setelah berpindah..

Hari terakhir makan di restoran RAJU.. Siap dapat servis "Garlic Nan"

Selesai urusan situ, ak maju pula ke bahagian 保険 (Insurance) untuk menamatkan 国民保険 (People's Insurance) memandangkan selepas ini insurans ak akan ditanggung oleh pihak syarikat.. Anda disyorkan membawa buku bank kerana mereka akan meminta anda mengisi borang yang membolehkan mereka memasukkan lebihan duit 保険 yang tidak digunakan ke dalam akaun anda~ Kad 保険 juga akan mempunyai tarikh luput yang baru berdasarkan tarikh anda ingin keluar daripada 滋賀 (Shiga)~

4 tahun makan di restoran nih.. setiap kali mai mesti dapat air "Mango Lassi" secara servis sebab pelanggan tetap :p

Pada waktu yang sama juga ak dimaklumkan tentang 年金手帳 (Pension book)~ Kononnya semua orang yang berusia 20 tahun ke atas "wajib" memiliki buku ini tanpa mengira status warganegara.. Staff itu bercerita panjang lebar bagi memudahkan ak faham tentang 年金, cara untuk minta 免除 (Exemption) dan juga cara untuk minta duit balik ketika hendak pulang "for good" kelak.. Ak disyorkan untuk membuat 年金手帳 sewaktu pergi ke 川崎市役所 nanti..


Tugas terakhir pada hari ini ialah menulis borang pemberitahuan di pejabat pos yang ak akan berpindah ke rumah baru di sini jadi sekiranya ada surat untuk ak, mereka akan menghantar ke alamat baru~ Tidak pasti sistem ini ada atau tidak di Malaysia, tapi memang memudahkan.. Kita hanya perlu minta borang tersebut di mana-mana pejabat pos, isi dan letakkan di dalam peti surat.. Agak sengal juga kerana tidak diberitahu tentang hal ini sewaktu ak pindah rumah baru 2 tahun lepas (-_-")

p/s 4 tahun di sini, pelbagai suka dan duka.. Selepas ini akan berpindah ke tempat baru.. Semoga pengalaman sebagai pelajar di sini dapat memanfaatkan kehidupan ak di sana kelak, insyaAllah..  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC