Followers

Monday, 16 April 2012

Business Manner

9~10 April - FFEC

Selesai 内定式 (Informal job offer) pada pertengahan Oktober lepas, kami menerima 3 buah buku teks umumnya tentang ciri-ciri yang perlu diketahui oleh 社会人 (Full-fledged member of society) (link) Tidak cukup dengan ujian kecil daripada buku teks, kami juga di suruh mengambil course menerusi e-learning untuk tujuan yang sama.. Baru-baru ini, salah seorang exco syarikat yang menghasilkan buku teks tersebut hadir untuk mengajar kami secara ringkas mengenai ビジネスマナー (Business manner)~ Corak pembelajaran dia begitu tegas; sesuai dengan imej bekas instructor pramugari JAL suatu ketika dahulu yang begitu menekankan aspek disiplin..

Sepanjang tempoh banyak dihabiskan dengan aktiviti 電話応対 (Answering telephone) yang begitu skema~ Kami diberi 4 situasi dan masing-masing akan dikenakan ujian bergantung kepada situasi yang instructor itu pilih.. Menarik kerana suasana ini mengimbas kembali sewaktu di awal kelas 日本語 (Japanese) yang banyak aktiviti seperti ini.. Jpon memang terkenal dengan skema sehinggakan nak tulis memo pun kena ikut format yang telah ditetapkan~ 挨拶 (Greetings) sewaktu menulis surat rasmi, e-mail juga mempunyai ayat-ayat yang sudah ditetapkan mengikut musim o_0 Aktiviti terakhir paling mencabar apabila kami dipecahkan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 部長 (Head of department) dan 課長 (Section chief)~ 

Lama juga kena belajar cara tunduk yang betul untuk setiap situasi (^_^;)

Setiap kumpulan mempunyai misi yang hampir serupa iaitu mengenal pasti posisi pemain 野球 (Baseball) berdasarkan maklumat yang diberi.. Masa diberi ialah 1 jam tapi setelah 30 minit berlalu, instructor menyuruh  課長 setiap kumpulan untuk pindah ke kumpulan lain untuk meneruskan tugasan~ Mujur setiap kumpulan berjaya menyiapkan tugasan yang diberi di minit-minit terakhir~ Kata-kata instructor sewaktu mengakhiri kursus 2 hari ini begitu "tajam" apabila dia berdoa agar kami banyak "gagal" dalam tahun pertama ini~ Dia kata kalau tidak merasa gagal sebanyak-banyaknya sekarang, di tahun akan datang kita akan lagi seksa~ 

Tahun pertama merupakan tahun yang begitu penting bagi 新入社員 (New employees) kerana waktu ini merupakan waktu mengutip seberapa banyak maklumat dan pengalaman dalam menempuh liku-liku cabaran 社会人~ Lagi banyak buat salah lagi bagus kerana kesilapan tidak pernah mengajar benda yang silap! Kalau dah professional pastu masih buat silap, boleh kena pecat tapi kalau 新入社員, siap digalakkan lagi oleh 社長 untuk banyakkan buat silap! Instructor cakap kita tak boleh marah ke-skema-an "Business Manner" sini kerana kita sendiri yang pilih jalan 社会人 ini jadi nak tak nak terpaksa terima ;p

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC