Followers

Friday, 20 April 2012

Work Ethics


3 minggu sudah berlalu sejak ak menjadi 社会人 (Full-fledged society) di bumi matahari terbit ini.. Ak kerap ditanya bagaimana kerja; kerja ak buat masa ini sehingga hujung Mac tahun hadapan ialah belajar cara-cara untuk buat kerja.. Pelik bila fikir orang lain buat kerja untuk dapat duit, tapi ak belajar untuk dapat duit.. Tapi bila difikirkan semula, duit biasiswa yang ak terima sejak JAD lagi berkonsepkan yang sama sahaja sebenarnya: duit yang diterima itu juga boleh diibaratkan sebagai duit gaji kerana duit itu diterima hasil "titik peluh" kita belajar sains dan teknologi dalam bahasa asing ;)

Antara perkara yang ditekankan sepanjang proses "pembelajaran" ak di tempat kerja ialah etika pekerjaan; siapa sangka situasi ak buat masa sekarang hampir serupa seperti pelajar sekolah rendah.. Setiap kali guru masuk, orang yang bertugas pada hari tersebut akan menyuruh semua orang berdiri untuk memberi ucap selamat; ketika rehat juga sama, dan juga ketika kelas tamat.. Kami akan dimarahi sekiranya tidak memberi ucap selamat terlebih dahulu apabila berjumpa dan teguran pihak "guru" bukan seperti guru di sekolah kerana mereka menggunakan bahasa kesat! (笑)

Sesi senam ringan berjalan setiap hari tepat jam 0850 mengikut alunan muzik..

Ada 2 waktu rehat iaitu rehat pendek (10 minit) dan juga rehat panjang (45 minit)~ Rehat pendek bergantung kepada perjalanan kelas dan juga budi bicara guru pada hari tersebut manakala rehat panjang ialah pada jam 1200~1245.. Kami sudah ditegur awal-awal bahawa kami menerima duit gaji untuk belajar; hanya boleh lepak ketika waktu rehat panjang.. Nak tidur pun dilarang ketika waktu rehat pendek kerana waktu itu duit gaji berjalan! Buat masa ini ak mengerjakan solat ketika waktu rehat panjang sahaja; kadang-kadang ak jama' terus Zuhur dan Asar memandangkan biasanya sampai rumah sudah Maghrib~ 

"Strict betul Mat Jpon nih!" cemuh ak seringkali kami ditegur di dalam kelas.. Tiba-tiba ak teringat semula kata-kata Ustaz sewaktu pergi majlis ilmu di rumah beliau ketika ak pulang ke Malaysia bulan lepas.. Ustaz mengajar 3 ciri orang munafik yang mana salah satunya ialah apabila diberi amanah, dia mengkhianati.. Ustaz itu mengingatkan para jemaah yang hadir tentang betapa beratnya amanah yang seringkali kami pandang ringan.. Beliau memberi contoh tentang mesin fotostat di pejabat.. Mesin itu merupakan hak pejabat dan kita sepatutnya tidak boleh sesuka hati menggunakan mesin tersebut untuk buat salinan benda yang tiada kena-mengena dengan urusan pejabat.. Namun, berapa ramai yang pandang berat tentang perkara sekecil ini? 

Slogan yang dibaca setiap pagi sebelum kelas bermula..
We,
Will learn our self, think and act

Will identify problems and solve it
Will determine our objective and attain it
And,
Re-think and work

MasyaAllah.. Dahsyat sungguh orang Jpon ini tentang etika dalam pekerjaan! Kita asyik bising orang Jpon begitu strict dalam segala benda, tidak seperti orang Malaysia yang banyak 適当 (Janji jalan~) sahaja.. Kemudian, ak terfikir kembali bagaimana pandangan orang Jpon apabila ak bercerita tentang Islam, solat 5 kali sehari, tidak boleh makan daging yang disembelih cara Islam dsb.. Mereka juga menganggap Islam begitu strict bila diceritakan begitu! Bolehkah kita samakan mengapa perlu strict dalam pekerjaan dan juga dalam kehidupan seharian (Islam as a way of life) ?? Jawapan terletak di tangan anda~ 


p/s Tapi serius strict giler nak hidup kt sini walaupun dah masuk tahun ke-5 ak kt sini (笑)      

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC