Followers

Tuesday, 10 April 2012

入社式 (Company's welcoming ceremony)

2 April - FFEC

Hari ini merupakan hari istimewa bagi ak kerana hari ini merupakan hari "pertabalan" ak menjadi 社会人 (Full-fledged member of society) dan juga hari pertama ak sebagai pekerja syarikat FFEC ini.. Seawal jam 0800 lagi kami sudah disuruh berkumpul di lobi 寮 (Dorm) oleh 2 orang 先輩 (Senior) yang ditugaskan untuk membawa kami ke syarikat dengan menggunakan 電車 (Train).. Menariknya 電車 hadir setiap 3 minit dan tempoh masa daripada stesen tempat ak menghala ke 川崎駅 (Kawasaki Station) hanya 6 minit (Selang 2 駅).. Tepat jam 0900, pihak 人事 (Human Resource) memberi taklimat ringkas tentang atur cara perjalanan pada hari ini~ Gambar dibawah menunjukkan jadual waktu sehingga hari khamis~ 


Sekitar jam 1030, kami dihimpunkan di sebuah dewan kecil yang terletak di tingkat satu banggunan yang sama untuk rehearsal dan majlis 入社式 bermula tepat jam 1100.. Agak cuak kerana kami dihimpunkan di tengah-tengah dan dikelilingi oleh ketua-ketua 部門 (Field)  termasuk 社長 (Company president)~ Majlis dimulakan dengan penyampai 辞令 (Notice of employment) untuk setiap pekerja baru dan seterusnya ucapan daripada wakil pekerja baru dihadapan 社長~ Selepas itu giliran 社長 dan wakil ユニオン (Union) untuk memberikan sepatah 2 kata.. Majlis berakhir dengan sesi bergambar sekitar jam 1200~ Selepas itu ada majlis makan tengahari bersama dengan 役員 (Exco) dan kami dikehendaki memberikan 自己紹介 (Self-introduction) pada waktu yang sama..


Menyesal juga tidak bersedia daripada awal sebab terlupa hendak beritahu suatu perkara yang amat penting iaitu mengenai Islam dan tuntutan harian yakni solat (-_-")  Selesai makan tengahari pada jam 1245, kami kembali ke 研修室 (Training room) yang merupakan tempat kami sepanjang tempoh 1 tahun 研修 di sini~ Sepanjang masa terpaksa mendengar "ceramah" tentang keadaan syarikat, corak pengurusan, peraturan-peraturan, insurans, pengenalan 部門, bagaimana syarikat membayar gaji pekerja, cuti, dll (Tidak boleh cerita panjang kerana kebanyakannya rahsia syarikat) Ak pasti benda-benda pasti tidak akan dilakukan oleh kebanyakan syarikat-syarikat di Malaysia namun hampir semua syarikat di Jpon melaksanakan ini! 

Terus keluar dalam majalah syarikat! 

3 April (Selasa), semua pekerja dibenarkan pulang awal pada jam 1430 memandangkan ribut bakal menimpa 関東 (Kanto) dan kebarangkalian 電車 tidak beroperasi dalam suatu tempoh yang lama.. Bersyukur kerana ak dapat mengerjakan solat di rumah memandangkan operasi mencari ruang solat ternyata sukar lebih-lebih lagi waktu rehat panjang hanya pada jam 1200~1245 (-_-") Ada masa ak terpaksa jama'kan Zuhur dan Asar meskipun waktu balik ialah jam 1730 kerana kadang-kadang dipanggil oleh orang 人事 sehingga masuk Maghrib! Ak ada berbincang dengan orang 人事 tentang tempat solat, tapi malangnya mereka tidak dapat sediakan dan minta ak cari sendiri~ Buat masa ini ak solat di tepi tangga tingkat teratas bangunan pejabat~

p/s Makan tengahari ak buat masa ini hanyalah roti~~ Jangan nak gemuk, memang makin kurus la lepas ni (-_-") 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC