Followers

Saturday, 7 April 2012

New House, New Life

29 March - KAWASAKI

Alhamdulillah, semua pekerja baru dikehendaki untuk menetap di hostel yang disediakan oleh pihak syarikat dalam masa setahun kerana 研修 (Training) kami adalah setahun sebelum 仮配属 (pre-attachment) ke bidang-bidang yang dipilih.. Had usia adalah 30 tahun; yuran bagi mereka yang berusia 25 tahun ke atas adalah 15000円 manakala sebaliknya hanya 1万円~ Bil-bil seperti letrik, air dan gas perlu dibayar berasingan~ Tidak berpuas hati kerana kami tidak dibenarkan masak di dalam bilik dan juga kelajuan internet yang agak mengecewakan meskipun bil bulanan hanya 2000円~ Kemungkinan besar ak akan tukar ISP lain..


Kami diminta untuk menguruskan hal kemasukan ke dalam bilik sehingga jam 1600.. Mujur bila ak masuk bilik, segala barang sudah siap tersusun (Risau juga mula-mula takut kena angkat sendiri daripada lobby) ;) Operasi mengemas bilik mengambil masa lebih daripada sehari kerana ak perlu menyusun barang-barang daripada rumah lama seluas 9畳 kepada rumah baru seluas 6畳 (-_-") Pada jam 1900, kami semua diminta berkumpul di dewan makan untuk mendengar taklimat daripada 先輩 (Senior) tentang peraturan di dalam hostel, cara menggunakan kemudahan yang disediakan seperti mesin basuh, tong sampah dll..  


Meskipun tidak dibenarkan memasak di dalam bilik, tempat masak khas telah disediakan di dalam dewan makan namun setakat ini ak masih belum pernah melihat seorang pun menggunakan dapur IH yang tersedia itu.. Pasangan suami isteri yang berusia 50-an menjaga kebajikan kami di sini dan alhamdulillah mereka memang mudah di bawa berbincang.. Yuran sebanyak 300円 untuk sarapan pagi dan 600円 untuk makan malam sehari bagi mereka yang ingin makan di dewan makan~ Menu untuk sebulan sudah ditampal di dewan makan jadi mereka yang berminat boleh menanda di dalam senarai yang disediakan..  
p/s Menyesal juga main belasah je angkat barang-barang dari rumah lama sebab ikut hawa nafsu sedangkan rumah baru bukannya besar mana pun (-_-") Pengajaran berguna di masa hadapan kelak, insyaAllah= Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC