Followers

Saturday, 27 November 2010

Trip to Kelantan

24 November - KOTA BHARU

Ini mungkin merupakan kali pertama ak melawat negeri Kelantan; tujuan nyer adalah ntk menziarah seorang rakan yang pulang secara mengejut daripada Jpon atas sebab2 kesihatan.. Waktu pertama kali dengar keadaan dia memang xleh caya aa, tp boleh faham gak aa camne perkara tuh boleh berlaku akibat stress yang melampau dan tekanan di tempat belajar.. 3 orang 1 kereta; bergerak lepas subuh daripada Lembah Keramat umah member.. Kitorang bertukar2 driver sepanjang perjalanan; waktu tiba di Gua Musang sekitar jam 0900, masing2 dah happy sebab ingat dah nk dekat tp terkejut bilangan kilometer masih seratus lebih o_0 Kitorang selamat sampai di umah member tuh di Kota Bharu sekitar jam 1400!! 


Alhamdulillah, keadaan member tuh dah semakin pulih dan langsung berbeza daripada cerita yang ak dengar tentang dia sewaktu berada di Jpon.. Alas perut di umah member jap pastu kluar jalan2 sekitar Taman Perbandaran Tengku Anis ngan Pantai Cahaya Bulan.. Subhanallah, memang luas btol pantai tuh... Konon nyer nama asal pantai nih ialah pulau berahi?? Lepak2 disitu seblom singgah di Masjid Sultan Ismail Petra ntk solat jamak qasar.. Petang tuh jugak kitorang berangkat pulang ke KL; perjalanan balik agak mencabar kerana hujan yang lebat dan jalan yg agak sesak berbanding sewaktu kitorang datang.. Selamat sampai di umah member sekitar jam 0100!

Terjumpa kt dalam masjid.. mesej yg begitu mendalam..

4 comments:

  1. pe lak PCB jd pulau nye. nme asal dia pantai cinta berahi la.tak prnh jd pulau pn.hahahah

    ReplyDelete
  2. hehe, kalau sampai G. musang tu baru separuh lagi tu perjalanan panjang lagi keh3

    ReplyDelete
  3. hehehe. pantai cinta berahi la. :p

    ReplyDelete
  4. haha.. nice aa matle.. ak pon ingat2 lupa waktu qasim bagitau.. :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC