Followers

Tuesday 9 November 2010

Now You Know..


Segala maklumat kali nih diambil daripada sebuah rancangan Jpon, "世界一受けたい授業 SP"
  1. Kebarangkalian doktor yang menghabiskan masa bermain permainan konsol lebih daripada 3 jam seminggu melakukan kesilapan ketika pembedahan adalah 37% lebih rendah daripada doktor yang langsung x main permainan konsol! Malah masa pembedahan yang diambil juga 27% lebih cepat! Ini adalah kerana, dengan hanya menggerakkan sebatang jari sekalipun, perjalanan darah ke otak meningkat sebanyak 10%~ Jadi pergerakan tangan memberikan kesan yang besar kepada otak.. Otak memberikan arahan kepada setiap anggota badan; konon nyer ntk tangan jer dah mengambil lebih daripada 30% daripada keseluruhan otak! Jadi tangan juga boleh dianggap sebagai otak no.2 ;)
  2. Benda pertama yang dicipta oleh Napoleon dan masih diguna pakai sehingga skang ialah makanan dalam tin~ Pada waktu perang, para askar akan memasukkan makanan ke dalam tin supaya mudah diangkat bagi perjalanan jauh.. Yang best nyer waktu tuh xde alat yg sesuai ntk buka tin tersebut jadi diorang gunakan senapang jer ntk tembak (笑)
  3. Leonardo Da Vinci yang terkenal kerana lukisan Monalisa; pada waktu yang sama juga terkenal dengan mencipta senjata; daripada senjata yang boleh melancarkan peluru 360°kepada pelbagai jenis senjata.. Malah dia nyer lukisan teknikal ntk menghasilkan sesuatu senjata turut dihormati ramai kerana ketelitian nyer..
  4. Coklat yang kita makan selama nih; ghupe2 nyer waktu awal2 dulu adalah suatu bentuk minuman! Cara minum dia ialah dengan memasukkan jagung kedalam minuman coklat= Lepas tuh, minuman tersebut di bawa ke Spain dan diminum oleh golongan bangsawan.. Tapi mereka x minum dengan jagung tp digantikan dengan vanila @ gula.. Tuh merupakan permulaan kepada makanan coklat yg kita makan skang~
  5. Oda Nobunaga mempunyai hobi yang menarik iaitu 女装 (Wearing female clothing)!
  6. Di zaman Edo, 3 lelaki yang dihormati masyarakat ialah 火消し (Fireman), 力士 (Sumo wrestler), dan 与力 (Feudal era police rank)
  7. Tahukah anda bahawa 緑茶 (Green tea), 紅茶 (Black tea), dan ウーロン茶 (Oolong tea) mempunyai satu persamaan iaitu kesemuanya berasal daripada daun yang sama; beza nyer cuma pada warna daun tuh jer! 静岡県 (Shizuoka prefecture) merupakan pengeluar daun teh no.1 di Jpon dan didapati penduduk yang mati akibat kanser perut di situ lebih rendah daripada seluruh Jpon.. Punyalah dahsyat 静岡県 nih sampai pili air kt skola rendah pon mengalirkan air teh demi menjaga kesihatan pelajar di situ~ Air teh juga dikhabarkan bagus ntk meningkatkan daya tumpuan seseorang..
  8. Selama nih kita ingat jantung tuh terbentuk daripada segumpal daging namun penemuan baru2 nih menunjukkan jantung tuh terbentuk daripada 1 lapisan yang menyerupai bentuk tali pinggang bersaiz besar! 
  9. Sebenar nyer bayi memahami apa yg kita ucapkan meskipun dia belum mahir berkata2!! Jadi sila berhati2 dalam penggunaan bahasa apabila bercakap dengan bayi~
  10. Rakyat Jpon menggunakan kertas tisu paling banyak di dunia! 
p/s Rancangan "世界一受けたい授業 (The most useful school in the world)"nih memang best dan disiarkan setiap hari Sabtu pada jam 1956~2054 di channel 10.. Nk promote gak sebab ak baru beli buku nih~ ;p

3 comments:

  1. info yg sangat menarik...pergh idea napoleon rupanya makanan dlm tin tu..apasal deme tu tak guna nama dia utk refer ke benda tu

    ReplyDelete
  2. tambah tambah lg
    1. org yg main game shooting mempunyai daya reflex yg agak pantas
    2. Kat Kyoto pun ada skola yg paip kuar air teh gak
    3. kaum wanita lebih faham apa yg dikatakan oleh bayi berbanding dgn lelaki

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC