Followers

Monday 15 November 2010

永観堂 (Eikando)

14 November - KYOTO


Hari nih merupakan Matching Day bagi 留学生 (Foreign Students) yang ingin mendapat Host Family (HF) di Jpon; bertempat di 京都国際交流会館 (kokoka).. Hari nih juga merupakan hari ulangtahun pertama ak bersama dengan HF.. Sebelum nih, HF yang sama turut 'menjaga' 2 orang pelajar PhD dari 京大 (Kyoto University) berbangsa Iran.. Disebabkan semuanya lelaki, kami dok mengharapkan kehadiran kaum hawa dalam keluarga namun tahun nih juga "hampa" apabila ahli keluarga baru kali nih juga lelaki; seorang daripada UK dan sorang lagi daripada Filipina.. Berborak2 wat seketika di cafe sebelum bergerak menuju ke tokong terdekat ntk menikmati 紅葉 (Autumn Colors) dan akhirnye membawa kitorang ke 永観堂, salah satu spot menarik di 京都 yang ak x pernah pergi..



永観堂 yang juga tergolong dlm 重要文化財 (Important Cultural Property) di Jpon nih konon nyer hanya kasi pengunjung masuk pada waktu2 tertentu sahaja dalam setahun.. Tiket masuk ntk layan ライトアップ (Light-up) iaitu pemandangan 紅葉 pada waktu malam yang diterangi cahaya lampu agak mahal iaitu 600円! (Nasib baik segala perbelanjaan ditanggung oleh HF)~ 紅葉 kali nih agak lewat berbanding tahun sebelumnye; waktu kitorang datang pon tempat tuh lom cukup 'gempak' 紅葉 nyer.. Salah satu monumen penting di 永観堂 ialah 見返り阿弥陀 (The looking-back Amida) yang menunjukkan postur Buddha memandang ke kiri? Memang x bajet langsung akan dibawa ke tempat nih membuatkan ak tertinggal kamera di umah -_-" Semua gambar diambil menggunakan kamera iPhone yg x berapa cun bila ditangkap pada waktu malam -_-" 


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

1 comment:

  1. wah kat jepun pun ada jugak student iran ek, ingatkan kat m'sia je yg ramai deme tu :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC