Followers

Tuesday 2 November 2010

複婚 (Polygamy)

Salah satu aspek yang sering disalah-anggap oleh non-Muslim ialah 複婚.. Bila sebut jer Islam, antara perkara pertama yang akan mereka sebut ialah 複婚.. Paling xleh blah bila 先生 (Supervisor) ak tau ak ada 6 adik-beradik, dia tanya, "Ko ade brape orang mak?" -_-" 複婚 memang dibenarkan di dalam Islam namun benda nih bukan nyer ibarat syurga seperti di dalam anime! Tanggungjawab yang tinggi turut memainkan peranan penting membuatkan tidak ramai yang mengamalkan 複婚 di dalam komuniti Islam terutama nye di Malaysia.. Keluarga ak sendiri tidak mengamalkan nye membuatkan ak sukar ntk menjawab soalan sebegini lebih2 lagi oleh non-Muslim yang terlalu daif ttg Islam..


Ape yang dimaksudkan dengan 複婚 ialah suatu bentuk perkahwinan dimana seorang tuh mempunyai ramai pasangan.. 複婚 ini boleh dibahagi kepada 2 bentuk; Polygyny (Lelaki kahwin lebih daripada seorang pompuan) dan Polyandry (Pompuan kahwin lebih daripada sorang lelaki).. Islam secara terang mengharamkan polyandry namun menghalalkan polygyny.. Persoalan yang sering timbul tentang 複婚 di dalam Islam ialah "Kenapa laki jer yang dibenarkan kahwin lebih daripada sorang pompuan?" Suatu kajian telah dijalankan oleh Dr. Zakir Naik mengenai 複婚 dan jawapan yang diberikan beliau cukup bernas dan wajar dikongsikan bersama para pembaca sekalian~ (link)


1. Al-Quran
Quran merupakan satu2 nyer kitab suci di muka bumi nih yang mengandungi ayat "kahwin lebih satu" sehingga kini. Xde kitab suci agama yang menyuruh penganut nyer ntk mempunyai sorang jer isteri.. X kisah la kitab suci agama Hindu, Buddha, Talmud, atau Bible, x terjumpa pon ayat yang menghalang lelaki ntk berkahwin lebih daripada seorang isteri.. Namun, kemudiannya ia telah dihalang oleh paderi2 agama tersebut dan meletakkan had kepada hanya seorang isteri sahaja.. Sedangkan bila dilihat sejarah, rata2 daripada penganut agama2 tersebut mengamalkan 複婚 sehinggakan ada yang memiliki lebih daripada 4 orang!! Ayat yang membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada sorang adalah seperti di bawah:-

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (4:3)
  
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  (4:129)

Apa yang perlu difahamkan di sini ialah 複婚 tuh bukan nyer kemestian tetapi hanyalah pengecualian.. Ramai yang salah faham bahawa setiap muslim wajib ntk 複婚 sedangkan 複婚 tuh jatuh pada hukum harus iaitu dilakukan boleh, x lakukan pon xpe.. 

2.  Wanita
Lelaki dan wanita dilahirkan dalam nisbah yang sama secara semulajadi.. Namun, kanak-kanak pompuan memiliki imunisasi melebihi daripada kanak2 lelaki.. Justeru itu, kanak2 pompuan boleh melawan kuman dan penyakit dengan lebih efisien daripada kanak2 lekaki.. Ketika perang, lebih ramai lelaki yang kehilangan nyawa berbanding pompuan.. Malah lebih ramai lelaki yang maut dalam kemalangan dan penyakit berbanding dengan pompuan.. Oleh itu, kita boleh lihat lebih ramai janda pompuan daripada janda lelaki di dunia nih..  


USA sahaja menunjukkan bil. wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta! New York sahaja mempunyai 1 juta penduduk wanita melebihi penduduk lelaki, dan 1/3 daripada penduduk New York dikhabarkan sebagai gay! USA mempunyai lebih daripada 25 juta lelaki yang mengaku sebagai homo= Ini menunjukkan mereka tidak langsung berminat ntk mengahwini wanita.. England pula mempunyai 4 juta penduduk wanita melebihi penduduk lelaki; Germany pula 5 juta, dan Russia pula 9 juta lebih! Hanya tuhan saje yang tahu berapa juta bilangan pompuan melebihi bilangan lelaki di dunia nih! Jika dikira secara mudah melalui data diatas, berjuta2 wanita tidak dapat berkahwin sekiranya setiap lelaki berkahwin dengan seorang pompuan..   

3. Maruah 
Misalnya salah seorang saudara pompuan kita termasuk dalam lingkungan beberapa juta wanita tersebut. Dia hanya memiliki 2 pilihan; berkahwin dengan lelaki yang sudah memiliki isteri atau menjadi "public property". Tiada pilihan lain. Semua yang bermaruah akan memilih pilihan pertama.. Sebilangan besar wanita x suka berkongsi suami mereka dengan pompuan lain; namun di dalam Islam, ada sesuatu ketika yang difikirkan perlu ntk seorang muslimah menanggung kerugian peribadi yang kecil bagi menghalang kerugian yang besar dengan membiarkan muslimah lain menjadi "public properties"~ 


Bagi masyarakat barat, adalah x asing bagi seorang lelaki memiliki pompuan simpanan atau skandal dengan wanita lain.. Kebiasaannye, wanita2 nih akan menjalani kehidupan yang penuh dengan liku2, memalukan, dan tidak dilindungi.. Namun, masyarakat yang sama pula tidak dapat menerima seorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, yang mana wanita tersebut dapat mempertahankan maruah nye, kedudukannye di dalam masyarakat, dan menjalani kehidupan yang dilindungi.. Islam memberikan penghormatan kepada kaum perempuan bagi memilih pilihan pertama dan melarang pilihan kedua.. 

4. Lain2
Banyak lagi alasan lain, namun point penting ialah memelihara maruah kaum wanita.. 

p/s Tengah tunggu timing baik nyer ntk explain dengan btol tentang 複婚 kt member Jpon..   
  

3 comments:

  1. terbaik. Senang ckp, Islam provide solution kpd maksiat,skandal, dsb. Semua sbb nk jaga maruah kaum wanita. Tapi kdg2 masyarakat melayu kita sendiri yg fikir nak poligami walau jelas2 tak mampu berlaku adil.

    aku sokong (of course) poligami utk jaga kaum wanita, tp kalau pakcik2 yg sengaja psg byk tp blaku zalim (tak adil)kpd isteri2nya, aku bangkang.

    sile explain btul2 bg member ko phm. :)

    ReplyDelete
  2. janda lelaki?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC