Followers

Tuesday, 30 November 2010

Back 2 Japan..

28 November - WORLD

Pagi tuh ummi ajak p pasar tani kt stadium ntk teman beli barang2 cam biasa di pagi ahad.. さっすが (Mantap) orang pompuan, kalo ternampak kedai2 kain atau tudung, mesti berhenti ntk belek2 pastu amik masa yang lama ;) Daripada jam 0900 sampai tengahari dok pusing2 kt pasar tani; kebetulan ak ternampak jualan murah karpet saiz 4 kaki yang boleh di lipat.. harga sekitar RM25 waktu tuh.. Waktu nak angkat boleh plak duit dalam dompet cuma tinggal RM21 jer.. Datang ummi terus mintak murah sket, memula orang kedai x nak kasi, tp ummi cuba gak cari mana2 spot yang boleh dijadikan alasan ntk dapatkan harga murah, akhirnye jumpa gak; last2 dapat kurangkan harga jadi RM20 jer!! さっすが orang pompuan!! Selesai pasar tani, singgah plak kt Giant di sebelah ntk beli barang2 wajib sebelom ke luar negara seperti rempah2, stok biskut dan maggi (笑) 


Lepas balik umah, bersiap plak ntk perkahwinan member; 2 beradik kahwin serentak di Dewan MBSA.. Merasa gak nasi minyak seblom pulang semula ke Jpon.. Tido sakan petang tuh sampai terlupa nk kemas beg ntk balik (笑) Terlupa plak dah beli karpet jadi beg pon dah agak penuh, terpaksa bawak hand luggage lebih ntk menampung stok2 ntk dibawa balik.. Flight jam 2350 tp sampai KLIA sekitar jam 2300!! Waktu nk check in boleh plak tukang jaga kaunter cakap kaunter ke Kansai dah tutup!! Terkaget buat seketika sebelum di suruh pergi ke kaunter terakhir; mujur masih buka tp ak di minta bergegas sedikit sebab Aerotrain tengah 改善中 (upgrading works) jadi nk pindah dari Main building ke Satellite building kene naik bas; dan bas plak x selalu ada.. Waktu nih memang rezeki giler KLIA pakai cip kt passport jadi x amik masa sangat nk lepas kastam, pastu kebetulan bas masih ada (fuuhh~)


Waktu ak sampai Satellite building dah sekitar jam 2320.. Bergegas gak ntk final check in tp ntah rezeki apa ntah boleh plak delay beberapa minit sebelum berlepas.. Agak happy sket sebab konon nyer sape yg check in lewat boleh dapat business class berdasarkan pengalaman member.. Ak punyalah mengharap sampai tunggu orang lain dah masuk baru ak tunjuk tiket kt pramugari yang jaga pintu; kebetulan ak nyer tiket flight telah ditutup dengan sticker~ Skali bile diselak sticker tetap menunjukkan tempat duduk ak iaitu 31A; sebelah tingkap sebelah kiri -_-" Pemandangan sewaktu berlepas pada waktu malam memang cun habis, nyesal plak x amik gambar waktu tuh dengan lampu2 yang banyak ibarat kt i-City la plak (笑)~ Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam 10 minit; flight balik pon x dpt tempat duduk yg ada monitor.. Pastu boleh plak diorang tayang movie yang sama dengan waktu ak pulang ke Malaysia.. ;) 


Flight selamat mendarat sekitar jam 0730.. Memandangkan perjalanan kali nih akan ditanggung sepenuh nyer oleh pihak penaja, ak bercadang ntk naik はるか (Haruka) buat julung kalinyer.. Beza giler ngan seblom dok naik bas jer, ntk naik はるか kene kluar 空港 (Airport) dan bergerak ke bangunan sebelah iaitu 関西駅 (Kansai Station).. Terkial2 gak nk beli tiket ibarat pertama kali jejakkan kaki plak.. Ak amik tiket terus ke 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) tp memandangkan はるか x direct menghala situ, ak terpaksa tambah duit ntk beli daripada 草津駅 (Kusatsu Station) plak.. Jumlah tambang yang ak bayar ialah 4340円; memang mahal berbanding bas yang berhenti di 京都駅 (Kyoto Station) pada harga 2500円 jer.. Waktu tengah menunggu keretapi baru ak dapat tau yang keretapi belah pagi tuh x lalu pon 草津駅; last stop dia kt 京都駅 jer -_-" Nasib tambang boleh claim.. ;p

Monday, 29 November 2010

Grads

25 November - K.L


Kepenatan memandu setelah memandu sampai larut malam membuatkan ak tumpang tido di umah member pada pagi tuh.. Lepak sehingga tengahari sebelum bergerak ke KL Sentral ntk membeli kad Grads di Enrich Customer Service Center.. Seblom tuh dok try ntk daftar sebagai ahli Enrich; sejak kt Jpon lagi dah try banyak kali tp semuanye berakhir dengan "Error"~ 後輩 (junior) kata student xleh daftar, orang kerja jer yg boleh; cuba buat kali terakhir di umah member last2 berjaya gak.. Ghupe2 nyer nama ak panjang sangat, pastu pening sket part First Name ngan Last Name -_-" Terkial2 waktu nk daftar Grads sebab x fotostat IC ngan kad pelajar siap2 (笑) Bayaran RM30 dikenakan dan 有効期限 (Effective date) dia hanya setahun.. Berikut merupakan syarat2 yang perlu dipatuhi sewaktu nk apply kad nih:-


  • Enrollment is open to full-time students above 12 years of age with minimum study balance of 6 months from date of application, attending a government recognized and accredited school of higher learning in Malaysia or abroad.
  • Part-time students or participants attending courses/seminars whilst at the same time working full time are not eligible to apply for the membership.
  • Membership fee is non-refundable if an applicant has less than 6 months study balance and/or has given false information at time of application.
  • Malaysia Airlines reserves the right to approve or reject any application and determine the validity of GRADS card.
  • Upon approval, Malaysia Airlines will mail the GRADS card to the applicant’s mailing address. Malaysia Airlines will not be responsible for the loss of the GRADS card or Money Order/Bank Draft through the mail.
  • In case of abuse or misuse of the card’s facilities and privileges, Malaysia Airlines reserves the right to confiscate the card and charge the fare to you accordingly. GRADS privileges are extended at GRADS Partner’s participating outlet/s only.
  • Enrollment fee - RM30.00 for application in Malaysia or USD20.00 for application outside Malaysia.
  • Document required - Copy of Identity Card or Passport/Copy of Student ID/Matric Card or Acceptance Letter.
  • Form of payment - In Malaysia: Cash/Credit Card/Charge Card/Money Order/Bank Draft payable to "MALAYSIA AIRLINES" Outside Malaysia: Cash/Credit or Charge Card ONLY.
  • Validity of membership is on yearly renewal basis.
  • For lost or stolen card, RM30.00 (in Malaysia) or USD20.00 (outside Malaysia). Replacement of Grads card will take approximately 2 to 4 weeks after receipt of replacement request.
  • Application that are duly completed can be mailed or hand deliver to any of the Malaysia Airlines GRADS Customer Services Centers.

p/s Agak nyesal gak x buat Enrich awal2.. kalo x dah banyak mileage ak kumpul ;) 

Saturday, 27 November 2010

Trip to Kelantan

24 November - KOTA BHARU

Ini mungkin merupakan kali pertama ak melawat negeri Kelantan; tujuan nyer adalah ntk menziarah seorang rakan yang pulang secara mengejut daripada Jpon atas sebab2 kesihatan.. Waktu pertama kali dengar keadaan dia memang xleh caya aa, tp boleh faham gak aa camne perkara tuh boleh berlaku akibat stress yang melampau dan tekanan di tempat belajar.. 3 orang 1 kereta; bergerak lepas subuh daripada Lembah Keramat umah member.. Kitorang bertukar2 driver sepanjang perjalanan; waktu tiba di Gua Musang sekitar jam 0900, masing2 dah happy sebab ingat dah nk dekat tp terkejut bilangan kilometer masih seratus lebih o_0 Kitorang selamat sampai di umah member tuh di Kota Bharu sekitar jam 1400!! 


Alhamdulillah, keadaan member tuh dah semakin pulih dan langsung berbeza daripada cerita yang ak dengar tentang dia sewaktu berada di Jpon.. Alas perut di umah member jap pastu kluar jalan2 sekitar Taman Perbandaran Tengku Anis ngan Pantai Cahaya Bulan.. Subhanallah, memang luas btol pantai tuh... Konon nyer nama asal pantai nih ialah pulau berahi?? Lepak2 disitu seblom singgah di Masjid Sultan Ismail Petra ntk solat jamak qasar.. Petang tuh jugak kitorang berangkat pulang ke KL; perjalanan balik agak mencabar kerana hujan yang lebat dan jalan yg agak sesak berbanding sewaktu kitorang datang.. Selamat sampai di umah member sekitar jam 0100!

Terjumpa kt dalam masjid.. mesej yg begitu mendalam..

Friday, 26 November 2010

6th International Education Symposium JUCTe

23 November - PWTC


Tujuan ak pulang ke Malaysia adalah kerana dijempot menjadi wakil RITS bagi Symposium pada hari nih.. Alhamdulillah, ak terpilih daripada 6 orang pelajar Masters; konon nyer setiap 大学 (University) akan menghantar wakil tapi atas sebab2 tertentu, KEIO dan WASEDA tiada wakil pada kali nih.. Ia digantikan dengan 2 wakil daripada MEIJI dan KINKI~ Kami diminta ntk menyediakan poster bersaiz A0 dan memberikan ポスター発表 (Poster Presentation) pada hari nih.. Ter-qada' tido pada pagi tuh membuatkan ak bangun pagi lewat sket iaitu sekitar jam 1100 -_-" Tergesa2 bersiap; ingat nak tumpang bas UniSEL tp diorang gerak lewat giler iaitu jam 1215!! Mujur baba x g keje hari tuh atas urusan peribadi, jadi leh turunkan jer kt PWTC= Sampai2 PWTC agak penuh kerana kebetulan hari yang sama diadakan 卒業日 (Convocation) ntk universiti tempatan.. Xleh blah cuma poster ak jer yg masih blom dipasang waktu ak sampai (笑)


ポスター発表 bermula sekitar jam 1300 sehingga jam 1410~ Majoriti soalan yg ditanya adalah dalam 日本語 (Japanese) meskipun poster yang ak wat adalah dalam 英語 (English) -_-" Banyak gak 先生 (Lecturer) daripada 大学 lain yg dok soal tentang 研究 (Research) ak; ada sorang tuh siap turut -serta ICEMS bulan lepas o_0 Salah sorang wakil staff RITS dok seronok berborak ngan ak tentang 先輩 (Senior) RITS (Malaysia) yg dah grad dan kini memegang jawatan tinggi dalam politik; konon nyer ramai gak yang jadi duta ke luar negara!! Kalo boleh roger diorang kan bagus ;p Mati2 ak ingatkan ポスター発表 nih ntk terangkan 研究 secara kasar kt bdk2 U1 ngan U2; tp haram sorang pon x datang.. Padan la seblom diorang datang, ada yg siap tanya ak "symposium nih ntk apa??" o_0 Ucapan daripada duta Jpon ke Malaysia, CEO YPM dan presiden JUCTe, seterusnye ucapan perasmian daripada menteri dilaksanakan sekitar jam 1430~

Kecewa giler x dapat borak2 lama dan usha poster member lain kerana masa x mengizinkan.. Teringin nk wat 二次会 (Afterparty) lepas majlis bersurai sekitar jam 1900 hari tuh tp ramai yg sibuk dengan urusan peribadi -_-" Kelaparan kaw2 kerana x makan breakfast ngan lunch hari tuh berbaloi apabila disajikan pelbagai juadah berminyak ketika "high tea"... Puas hati amik ayam goreng penuh satu pinggan; susah btol nk dapat makan ayam di Jpon (笑) Tumpang member pulang ke umah menaiki kereta dalam keadaan tergesa2 gak sebab ak membuat keputusan drastik ntk bertolak ke Kelantan keesoakan hari nye.... 


To be continued...

p/s Gambar2 lain boleh di dapati melalui sini..

Thursday, 25 November 2010

Off to Malaysia

22 November - MALAYSIA

Perasaan x sabar dan cuak bercampur2 apabila ak menanti waktu ntk keluar dari umah menuju ke 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) pada pagi nih.. Balik jer dari umah malam semalam kepala masih pening ntah kenapa jadi ak masuk tido awal sket dan kunci alarm siap2 ntk bangun sekitar jam 0500.. Alhamdulillah bangun tepat pada masa; mandi dan masak sarapan pagi dengan nasi yang telah dimasak sebelum nih.. Bertolak dari umah beberapa minit sblom jam 0700 menuju ke 南草津駅 dengan berjalan kaki.. Waktu tuh ak mempunyai pilihan samada g 関空 (Kansai Airport) naik はるか (Haruka) atau naik bas jer spt biasa.. Kalo nak naik はるか kene ada di 草津駅 sblom jam 0730; ak sampai kt 南草津駅 pon dah nk dekat jam 0718; mujur train menuju ke 京都駅 (Kyoto Station) blom sampai lagi waktu tuh.. Agak cuak gak sebab berbeza ngan sblom nih, ak x book siap2 tiket bas (笑) jadi kene kejar masa gak aa.. Tiba di 京都駅 jer dah jam 0745; rush giler bawak beg besar2 bergerak ke pintu belakang ntk naik bas.. Selamat waktu ak tiba, masih ada 5 minit lagi seblom bas bertolak~ 

Tiba di 関空 sekitar jam 0930 memandangkan hari minggu dan kereta x banyak sangat pada pagi tuh.. Semangat giler terus check in ingatkan orang x ramai sekali boleh tahan gak 日本人 (Japanese) yang beratur sama ntk melawat Malaysia.. Kebanyakan nyer orang2 tua yang siap bawak peralatan golf kerana musim sejuk di Jpon skang nih x digalakkan ntk bermain golf kot.. Flight jam 1100 dan ak dapat tempat duduk betul2 kt bahagian sayap kapal terbang.. Terkejut giler penerbangan kali nih x disediakan tv di tempat duduk spt biasa bagi kelas ekonomi.. Bila baca buku, konon nyer flight Airbus A330 nih jer yg xde tv; sewaktu penerbangan semua penumpang akan layan video yang sama -_-" Suwey giler dapat tempat duduk seblah tingkap pastu nk tgk tv kt tengah2 tuh~ Mujur makanan puas hati; nasi ayam pastu siap ada aiskrim 抹茶 (Green tea)~ Bosan layan video Jpon yang ditayang membuatkan ak keluarkan laptop dan layan video melalui tuh.. Tgk2 Jpon kt sebelah pon dok layan sama video dari laptop ak.. (笑)


Beberapa minit seblom kapal terbang mendarat, ak sempat bertanya khabar ngan penumpang disebelah ak.. Borak sakan skali terkejut giler bila dia kerja kt Panasonic di sekitar kawasan perumahan ak~ Konon nyer nih dah kali ke-6 dia datang ke Malaysia tahun nih atas urusan pekerjaan.. Seblom ciao dia siap mintak email ape sumer ntk ajak minum2 bila sampai di Jpon semula... Perjalanan selama 6 jam 40 minit tuh selamat mendarat di KLIA pada jam 1700.. Memandangkan family sumer sibok dengan urusan pekerjaan, ak amik keputusan ntk amik teksi jer dari KLIA pada harga RM64.20 ntk pulang ke umah; nasib baik tambang perjalanan kesuluruhan boleh claim lepas balik Jpon semula nanti (笑)  

Monday, 22 November 2010

2010 紅葉 (Autumn Colors)

21 November - KYOTO

Seperti yang dirancang dan dipersetujui oleh semua pihak, rombongan RITS telah memilih 退蔵院 (Taizo-In Temple) sebagai lokasi pertama 紅葉 pada tahun nih.. Bergerak daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) sekitar jam 1232 menuju ke 花園駅 (Hanazono Station).. Sampai jer destinasi, teringin nk cari kedai makan dulu sebab ramai yg sampai lom breakfast lagi pagi tuh (笑) tp hampa sebab banyak kedai makan yg tutup kt kawasan tuh ?! 退蔵院 merupakan sebahagian daripada 妙心寺 (Myoshinji) yang konon nyer tengah "peak" skang nih menurut yahoo~ Hampa giler bile pertama kali jejakkan kaki kt kawasan tuh, banyak giler pokok yang masih berwarna hijau -_-" Keriangan muncul kembali di muka2 kitorang bila tgk 退蔵院 dari luar yg banyak daun2 berwarna merah sampai sanggup bayar 500円 ntk masuk~ Skali bila masuk pon hampa gak meskipun 自然 (Nature) di situ x mengecewakan; konon nyer telah ada sejak 江戸時代 (Edo period) lagi..


X mahu kecewa 紅葉 tahun nih berakhir begitu jer, kitorang pakat cari tempat spot lain dan dari situ paling dekat ialah 仁和寺 (Ninnaji).. X sia2 habis keringat jalan kaki dari 妙心寺 selama hampir 1/2 jam; 仁和寺 merupakan salah satu 世界遺産 (World Heritage) malah x dikenakan sebarang bayaran ketika masuk.. Kebanyakan daun di situ sudah bertukar warna malah banyak gak yg dah botak.. Tengah seronok ber-紅葉 tetiba segerombolan sami muda tiba dan berdiri di hadapan satu bangunan ntk membaca mantera.. Habis satu bangunan diorang maju pula ke bangunan seterusnye di kawasan tuh.. Rasa cam yahudi plak "sembahyang" depan bangunan.. Pusing2 sekitar 仁和寺 sampai jam 1645; kebetulan pintu masuk pon akan tutup jam 1700~ Perhentian seterusnye ialah RITS 衣笠キャンパス (Kinugasa Campus) yang juga terletak sekitar tuh ntk solat maghrib.. Ingatkan dekat jer, tp boleh tahan gak lama kitorang jalan kaki.. Sampai2 jer dah gelap jadi x dapat nk amik gambar cun sket sebab masing2 pertama kali melangkah kaki ke kampus nih..


Next nak cari port ntk makan malam plak; alang2 x makan tengahari dengan btol, makan malam nih sure nk melantak puas2 nyer.. Asalnye teringin nk join geng Osaka yang nk makan kt satu restoran Thai yang dikendalikan oleh orang Pakistan (konon nyer daging x halal?!) yg terletak di 今出川 (Imadegawa), tp give up bila dpt tahu dari RITS nk p sana amik masa 40 minit plus 乗り換え (Transit) banyak nau~ Last2 amik bas g 三条京阪 (Sanjo Keihan) ntk cari tempat makan.. Kalo ikut google map, ada ジョイフル (Joyful) yang merupakan restoran pilihan warga 岡山 (Okayama), semangat mencari tp hampa bila restoran tu dah lama bungkus -_-" Lapar giler waktu tuh membuatkan kitorang amik alternatif lain ntk makan di restoran yg x asing lagi; RAJU (笑) Selesai makan, plan nk gi Kyoto-Yodobashi yang baru bukak; dalam perjalanan boleh sesat plak di 三条 sampai abis masa 15 minit (笑) 

Hiasan di 京都駅 dah penuh gak.. diorang dah x sabar2 nak sambut Xmas kot..

p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini..

Saturday, 20 November 2010

東方政策 (Look East Policy)


Pada tahun 1981, PM Malaysia pada ketika tuh telah melancarkan "Dasar Pandang ke Timur"; kejayaan dan kemajuan Jpon dan Korea dalam pelbagai bidang dijadikan pemangkin yang baik bagi membantu ekonomi Malaysia seterusnya memantapkan asas industri negara~ Salah satu cabang 東方政策 ialah Malaysia menghantar pelajar dan juga pekerja industri ke Jpon dll.. Meskipun polisi nih merupakan polisi kerajaan Malaysia, kerajaan Jpon turut memberikan bantuan dan sokongan dalam menjayakan polisi nih..  Oleh kerana polisi nih mengambil masa yang panjang antara kedua buah negara, polisi nih juga boleh kata projek usaha sama dua buah negara.. Sehingga kini Jpon telah menerima hampir 12 ribu pelajar dan pekerja industri dari Malaysia! (link) Berikut merupakan sedutan teks ucapan CheDet ketika merasmikan ulangtahun ke-20 東方政策 beberapa tahun yg lepas..

Malaysia identified what we believed to be the factors which contributed towards Japan's success. They are the patriotism, discipline, good work ethics, competent management system and above all the close cooperation between the Government and the private sector. And so we tried to adopt these practices and instill these cultures in our people. And everyone now acknowledges that Malaysia has made better progress than most other developing countries. The fastest pace of Malaysia's progress and development took place in the last two decades coinciding with Malaysia's Look East policy. (link)

Suatu kajian telah dijalankan tentang 東方政策 oleh Foundation for Advanced Studies on International Development (FASiD) yang mengetengahkan keadaan pelajar sebelum dan selepas berlepas ke Jpon~ Maklumat lanjut boleh didapati melalui link nih~ Menarik gak hasil survey yang dikendalikan khususnye daripada pelajar AAJ antaranya..




iPhone Tones

Salah satu aspek menarik bagi telefon bimbit ialah bunyi deringan ketika panggilan masuk @ bunyi mesej yang mana kita leh letak bunyi yang kita minat.. Sejak pakai Nokia, ak suka edit lagu yang ak minat pastu save dalam memory.. Situasi itu berubah bila pakai iPhone yang agak leceh dan buat masa nih hanya leh dikendalikan sekiranye kita dah JB iPhone tuh... Pening kepala gak awal nyer ntk cari format; kalo Nokia nyer, MP3 pon leh jadi ringtone.. tp iPhone nyer setiap satu berlainan format.. Format ntk ringtone ialah .m4r manakala format ntk sms tone ialah .caf~ Kalo sesiapa yang suka pakai iTunes, boleh jer tukar format melalaui situ, tp ntk kes ak yg x suka bukak iTunes, ak kene carik kaedah lain ntk tukar file extension dia.. Setelah puas survey internet, akhir nyer ak berjaya gak jumpa apa yg ak ingini.. 


Ringtone
1) Pilih lagu yang korang minat pastu upload secara percuma melalui laman web nih=

2) Masukkan ke dalam iPhone menggunakan software yg korang guna ntk masukkan lagu ke dalam iPhone (ak guna CopyTrans)


SMStone
1) Disebabkan tone ntk sms biasa nyer lebih singkat, ak cadang korang edit gune software nih yg boleh didapati secara percuma.. (link)

2) Waktu nk save lagu yg dah diedit tuh, make sure korang pilih type "Apple .aif"

3) Name lagu yg dah disave pon xleh sebarangan, sebab korang akan ganti dengan fail yang dah sememang nyer ada kt dalam iPhone tuh..

4) Berikut merupakan apa yg korang kene rename; (korang kene korbankan fail lagu yg dah sememang nyer ada dalam iPhone~)
Tri-Tone: sms-received1
Chime: sms-received2
Glass: sms-received3
Horn: sms-received4
Bell: sms-received5
Electronic: sms-received6

5) Lepas dah save, korang kene ubah file extension tersebut daripada ".aif" kepada ".caf"~ Cara nk ubah korang leh rujuk laman web nih (link) 

6) Last skali ialah cara nk masukkan file tersebut ke dalam iPhone.. Benda nih cume boleh dilaksanakan oleh iPhone yg sudah JB jer.. Ak pakai iPhone Explorer dan ada juga yg pakar pakai SHH.. Walau ape yg korang pakai, berikut merupakan ape yg korang perlu buka..
/Root Directory/System/Library/Audio/UISounds

7) Korang akan jumpa nama file yg sama dengan file yg korang rename.. Nak selamat, elok korang rename file extension asal dalam iPhone tuh kepada ".bak" sebagai backup~

8) Pastu ape yg korang perlu buat hanyalah memasukkan sahaja file yg dah diedit tuh ke dalam iPhone..

9) Respring dahulu dan semak semula kt "General"

ENJOY!

Thursday, 18 November 2010

The Life of this World


Suatu kisah yang menghayat hati dan memberi pengajaran yang berguna buat mereka yg berfikir.. Hidup nih hanyalah persinggahan sementara, tetapi ramai yg sibok mengejar kemewahan dan kebendaan sehingga lupa akan tujuan mereka dilahirkan.. Jika dilihat dari perspektif agama, hampir semua kitab suci menerangkan tujuan manusia dilahirkan ke dunia adalah ntk menyembah Tuhan dan melaksanakan segala perintah-Nya (link)= Hidup nih mudah bukan?? Lucu bila dunia barat mempersoalkan kaitan agama dengan kemajuan apabila mereka banyak mengeluarkan teknologi baru tp dunia Islam hanya senyap.. Adakah kemajuan itu dinilai dari segi materialistik?? Benarlah apa yg diterangkan di dalam Surah Al-Isra' yang berbunyi:-

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

Wednesday, 17 November 2010

Eid Adha 2010

17 November - KUSATSU


Nih merupakan tahun ke-3 ak menyambut Eid Adha di perantauan; jika tahun pertama ak hanya solat keseorangan di umah, tahun ke-2 ak solat berjemaah di RITS dan tahun nih pula tempat bertukar lagi apabila tok imam RITS ajak solat kt 滋賀医科大学 (Shiga Medical University) yang bersebelahan ngan RITS (5 minit perjalanan dengan basikal)~ Konon nyer 滋賀医大 nih hanya ada 3 pelajar Muslim dan setiap kali solat jumaat, beberapa pelajar RITS akan solat di sini memandangkan kesempitan ruang solat.. Memang semangat giler pagi nih bila 久々に (a long time) x bangun awal pagi (笑) Janji dengan 後輩 (Junior) ntk tunggu depan pintu pagar utama RITS sekitar jam 2000 tp terkejut bila yang muncul hanya 2 orang jer -_-" Ramai yg 'terkorban' akibat kesejukan bawah 10℃ pagi tuh kot~


Solat sunat bermula sekitar jam 2030 dan diketuai oleh tok imam 滋賀医大 yg diimport dari Mesir.. Ntah kenapa takbir depa bunyi lain sket dan x berlagu cam kt Malaysia (笑) 5 saf jer kot waktu solat~ Selesai solat, tok imam membacakan khutbah permulaan dalam bahasa arab dan diikuti 英語 (English) dan majlis diakhiri dengan sedikit juadah yg disediakan oleh AJK surau? Bersurai sekitar jam 0930, kitorang amik kesempatan ntk pusing2 sekitar 滋賀医大 memandangkan ini kali pertama melawat U jiran.. Konon nyer hanya ada 2 学科 (Course) jer kt sini; 医学 (Medic) ngan 看護 (Nurse)?? Antara U yang paling ramai 老人 (Elder people) kot sebab ada hospital U kt dalam nyer (笑) Nk terus g RITS pon masih awal lagi membuatkan ak ajak dak 後輩 layan PES 2011 kt umah.. Berjaya gak 'korban'kan diorang.. (笑)

Wakil Malaysia ke 滋賀医大

p/s Terkejut apabila sorang lecturer dari US minta pandangan ak ttg Che Det ngan Anwar Ibrahim?! Famous giler diorang~ o_0 Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

Tuesday, 16 November 2010

Setting up Wireless LAN on iPhone at RITS


I have been trying to figure out the way to enabling wireless LAN on iPhone at my campus; BKC.. The details can be found from RAINBOW website if you click on this link.. On this entry, I just show you the main points on how to do it..

1) Switch "ON" your Wi-Fi and then click on [Other...]

2) Just put in the following:
    Name: Rits-Wireless
    Security: WPA2
    Password: ritsumei.ac.jp
    ................................ and then press "Join"

3) If you are inside the campus, make sure your iPhone detect the university's wireless signal.. There are some places where the signal could not be detected so you should find other places (somewhere near the library would be nice)

4) Next, you will need to setting the VPN in order to use the internet.. From "Settings", go to "General" and click on "Network". From there, click on "VPN" and then press "Add VPN Configuration"

5) From here, press "IPSec" and do the following:
   Description: RITS BKC VPN (optional)
   Server: 192.168.111.254
   Account: (Insert your RAINBOW ID)
   Group Name: Rits-Mac
   Secret: rits-mac
 
6) For the proxy part, click on "Auto" and insert the following:
   http://www.ritsumei.ac.jp/proxy.pac
     ............................ and then click "Save" at the top of the page.

7) Now, switch "ON" the VPN and it will ask you to insert your RAINBOW ID and password.. If you insert them perfectly, the connection time will appear and you are set to go online~

8) If you want to stop using the wireless, you can just push "OFF" Wi-Fi.. The next time you want to use it, swith "ON" Wi-Fi and VPN and just insert your RAINBOW password~

ENJOY!

Monday, 15 November 2010

永観堂 (Eikando)

14 November - KYOTO


Hari nih merupakan Matching Day bagi 留学生 (Foreign Students) yang ingin mendapat Host Family (HF) di Jpon; bertempat di 京都国際交流会館 (kokoka).. Hari nih juga merupakan hari ulangtahun pertama ak bersama dengan HF.. Sebelum nih, HF yang sama turut 'menjaga' 2 orang pelajar PhD dari 京大 (Kyoto University) berbangsa Iran.. Disebabkan semuanya lelaki, kami dok mengharapkan kehadiran kaum hawa dalam keluarga namun tahun nih juga "hampa" apabila ahli keluarga baru kali nih juga lelaki; seorang daripada UK dan sorang lagi daripada Filipina.. Berborak2 wat seketika di cafe sebelum bergerak menuju ke tokong terdekat ntk menikmati 紅葉 (Autumn Colors) dan akhirnye membawa kitorang ke 永観堂, salah satu spot menarik di 京都 yang ak x pernah pergi..



永観堂 yang juga tergolong dlm 重要文化財 (Important Cultural Property) di Jpon nih konon nyer hanya kasi pengunjung masuk pada waktu2 tertentu sahaja dalam setahun.. Tiket masuk ntk layan ライトアップ (Light-up) iaitu pemandangan 紅葉 pada waktu malam yang diterangi cahaya lampu agak mahal iaitu 600円! (Nasib baik segala perbelanjaan ditanggung oleh HF)~ 紅葉 kali nih agak lewat berbanding tahun sebelumnye; waktu kitorang datang pon tempat tuh lom cukup 'gempak' 紅葉 nyer.. Salah satu monumen penting di 永観堂 ialah 見返り阿弥陀 (The looking-back Amida) yang menunjukkan postur Buddha memandang ke kiri? Memang x bajet langsung akan dibawa ke tempat nih membuatkan ak tertinggal kamera di umah -_-" Semua gambar diambil menggunakan kamera iPhone yg x berapa cun bila ditangkap pada waktu malam -_-" 


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

Saturday, 13 November 2010

Convert Plastic into Oil


Ajaib! Sekali dgr rasa cam x logik, tp benda nih bukan mustahil dan telah dibuktikan oleh Akinori Ito, CEO syarikat Blest yang menghasilkan minyak daripada plastik! Minyak yang dihasilkan boleh digunakan hampir semua mesin dan kenderaan sekiranya diproses dengan betul.. Pandangan Akinori tentang masalah sampah yang berleluasa terutamanya di negara2 miskin wajar diberikan penghormatan kerana beliau sanggup menjelajah ke pelbagai negara bagi memperkenalkan konsep sebenar tentang "Recycle" yang juga membawa erti kata "Reduce"~ Masyarakat x memahami "sampah" membuatkan mereka main buang begitu sahaja; sebab itulah didikan itu penting dan bukan nye dok marah x tentu pasal.. Hadiah Nobel hanya tunggu masa jer ntk sampai kepada beliau!

Harta karun?!

Friday, 12 November 2010

カラオケ (Karaoke)

11 November - KUSATSU

Tahukah anda bahawa カラオケ (Karaoke) tuh berasal daripada perkataan Jpon, "空 (Emptiness)" dan "オーケストラ (Orchestra)" yang apabila digabungkan menjadi orkestra yang kosong.. Member2 lab dah brape kali dok ajak ak join カラオケ ngan diorang konon nyer nk dengar suara lantang ak ketika nyanyi (笑).. Kalo selalu sangat tolak ajakan diorang kang x pasal2 kene pulau jadi ak setuju ntk turut serta kali nih; ghupe2 nyer diorang plan nk layan カラオケ sampai jam 0600 iaitu waktu kedai tuh tutup! Tempat yang ditetapkan ialah スタイル (Style) yang bertempat di sebelah BB.. Harga pakej ntk tengah malam ialah 1000円 setiap sorang.. Ini merupakan kali pertama ak berカラオケ ngan 日本人 (Japanese) dan juga pertama kali layan カラオケ ntk tahun nih.. 


Kitorang stat sekitar jam 2300 setelah selesai makan malam di 得得.. Puas hati gak harga 1000円 tuh termasuk drink bar yang mempunyai pelbagai jenis minuman tanpa alkohol.. Disebabkan kitorang datang 9 orang, diorang pecahkan kepada 2 bilik supaya x lama sangat nk tunggu giliran ntk nyanyi.. Layan カラオケ ngan 日本人 memang x banyak beza sangat; cume diorang hanya akan nyanyi lagu diorang jer.. (笑) Senyap jer diorang bila ak pilih lagu mat saleh~ Banyak gak lagu2 best yang ak x pernah dengar selama nih dinyanyikan oleh diorang antaranye seperti video2 dibawah.. Lagu wajib kalo カラオケ ngan diorang semestinye lagu anime.. Dan lagu pertama yg dinyanyikan ialah lagu Dragon Ball (笑) Asalnye plan nk balik awal sket tinggalkan diorang sekitar jam 0100 camtu tp sebab semangat nk nyanyi sampai x sedar masa berjalan.. Ak undur diri sekitar jam 0400 sebab waktu tuh x solat Isya' lagi o_0 



Thursday, 11 November 2010

Kings of Leon


Band yang baru2 nih berjaya meraih populariti yang meluas; Kings of Leon (KOL) merupakan sebuah rock band yang berasal daripada Tennessee, USA dan dianggotai oleh 4 orang pemuda yang mana 3 daripada nyer merupakan adik-beradik dan sorang lagi merupakan sepupu~ Bapa kepada 3 adik-beradik tersebut, Leon Followill merupakan seorang paderi dan mereka kerap mengikut Leon menjelajah ke bahagian Selatan Amerika ntk tujuan dakwah.. Konon nyer lepas Leon selesai menyampaikan "tazkirah", adik-beradik tersebut akan mengadakan persembahan kecil~ Apabila Leon bersara pada tahun 1997, adik-beradik tersebut mula mengorak langkah ke arah muzik rock setelah beberapa kali dihalang seblom nih~ Mereka menggelarkan band dengan nama nih sebagai penghormatan kepada nama ayah 3 beradik tersebut dan juga nama datok mereka yg kebetulan juga Leon! 


Album pertama KOL berjudul "Youth and Young Manhood" telah dilancarkan pada tahun 2003; album pertama mereka turut berjaya menarik perhatian ramai setelah menerima rating 4/5 oleh majalah Rolling Stone~ Album kedua mereka "Aha Shake Heartbreak" yang dilancarkan pada tahun berikutnye turut mendapat pujian ramai.. Boleh kata KOL lebih popular di UK daripada US apabila kebanyakan lagu2 mereka berjaya memecah carta lagu di sana.. Album ketiga mereka "Because of the Times" yang dilancarkan pada tahun 2007 juga berjaya menjual lebih 70,000 keping album pada minggu pertama.. Semestinya album paling laku buat KOL pada waktu nih ialah album keempat mereka, "Only by the Night" yang dilancarkan pada tahun 2008 sehingga dinamakan album terbaik pada tahun tersebut oleh sebuah majalah muzik terkemuka.. Lagu single kedua dalam album tersebut, "Use Somebody" laku giler sampai berjaya memenangi anugerah Grammy ntk Record of the Year!! 


Album kelima mereka, "Come Around Sundown" telah dilancarkan beberapa bulan yang lepas dengan mengetengahkan single "Radioactive".. ENJOY!

Tuesday, 9 November 2010

Now You Know..


Segala maklumat kali nih diambil daripada sebuah rancangan Jpon, "世界一受けたい授業 SP"
  1. Kebarangkalian doktor yang menghabiskan masa bermain permainan konsol lebih daripada 3 jam seminggu melakukan kesilapan ketika pembedahan adalah 37% lebih rendah daripada doktor yang langsung x main permainan konsol! Malah masa pembedahan yang diambil juga 27% lebih cepat! Ini adalah kerana, dengan hanya menggerakkan sebatang jari sekalipun, perjalanan darah ke otak meningkat sebanyak 10%~ Jadi pergerakan tangan memberikan kesan yang besar kepada otak.. Otak memberikan arahan kepada setiap anggota badan; konon nyer ntk tangan jer dah mengambil lebih daripada 30% daripada keseluruhan otak! Jadi tangan juga boleh dianggap sebagai otak no.2 ;)
  2. Benda pertama yang dicipta oleh Napoleon dan masih diguna pakai sehingga skang ialah makanan dalam tin~ Pada waktu perang, para askar akan memasukkan makanan ke dalam tin supaya mudah diangkat bagi perjalanan jauh.. Yang best nyer waktu tuh xde alat yg sesuai ntk buka tin tersebut jadi diorang gunakan senapang jer ntk tembak (笑)
  3. Leonardo Da Vinci yang terkenal kerana lukisan Monalisa; pada waktu yang sama juga terkenal dengan mencipta senjata; daripada senjata yang boleh melancarkan peluru 360°kepada pelbagai jenis senjata.. Malah dia nyer lukisan teknikal ntk menghasilkan sesuatu senjata turut dihormati ramai kerana ketelitian nyer..
  4. Coklat yang kita makan selama nih; ghupe2 nyer waktu awal2 dulu adalah suatu bentuk minuman! Cara minum dia ialah dengan memasukkan jagung kedalam minuman coklat= Lepas tuh, minuman tersebut di bawa ke Spain dan diminum oleh golongan bangsawan.. Tapi mereka x minum dengan jagung tp digantikan dengan vanila @ gula.. Tuh merupakan permulaan kepada makanan coklat yg kita makan skang~
  5. Oda Nobunaga mempunyai hobi yang menarik iaitu 女装 (Wearing female clothing)!
  6. Di zaman Edo, 3 lelaki yang dihormati masyarakat ialah 火消し (Fireman), 力士 (Sumo wrestler), dan 与力 (Feudal era police rank)
  7. Tahukah anda bahawa 緑茶 (Green tea), 紅茶 (Black tea), dan ウーロン茶 (Oolong tea) mempunyai satu persamaan iaitu kesemuanya berasal daripada daun yang sama; beza nyer cuma pada warna daun tuh jer! 静岡県 (Shizuoka prefecture) merupakan pengeluar daun teh no.1 di Jpon dan didapati penduduk yang mati akibat kanser perut di situ lebih rendah daripada seluruh Jpon.. Punyalah dahsyat 静岡県 nih sampai pili air kt skola rendah pon mengalirkan air teh demi menjaga kesihatan pelajar di situ~ Air teh juga dikhabarkan bagus ntk meningkatkan daya tumpuan seseorang..
  8. Selama nih kita ingat jantung tuh terbentuk daripada segumpal daging namun penemuan baru2 nih menunjukkan jantung tuh terbentuk daripada 1 lapisan yang menyerupai bentuk tali pinggang bersaiz besar! 
  9. Sebenar nyer bayi memahami apa yg kita ucapkan meskipun dia belum mahir berkata2!! Jadi sila berhati2 dalam penggunaan bahasa apabila bercakap dengan bayi~
  10. Rakyat Jpon menggunakan kertas tisu paling banyak di dunia! 
p/s Rancangan "世界一受けたい授業 (The most useful school in the world)"nih memang best dan disiarkan setiap hari Sabtu pada jam 1956~2054 di channel 10.. Nk promote gak sebab ak baru beli buku nih~ ;p

Monday, 8 November 2010

学園祭 (School Festival) 2010

7 Oktober - RITS


Seperti tahun2 sebelumnye, tahun ni juga kampus BKC mengadakan 学園祭 selama 2 hari berturut2; minggu berikut nyer pula akan di sambung di kampus 衣笠 (Kinugasa) di 京都 (Kyoto)= Kelmarin ak hanya sempat pusing2 apa yang ada jer sebab sibok ngan 実験 (Experiment) yang x sudah2 di 研究室 (Lab).. Kalo tahun lepas, waktu 学園祭 la boleh plak ada 学会 (Conference) kt 大阪 (Osaka), tahun nih leh plak bz ngan 実験 -_-" Hari nih agak semangat sket sebab syok nk layan 花火 (Fireworks) yang bakal dilancarkan di sebelah petang.. Paling xleh blah pada belah pagi nyer ak dapat call daripada SV yang paksa baek nyer ntk ak g 研究室 sebab dia nk bantuan -_-" Lepak 研究室 sampai jam 1400, ingatkan nk terus balik sebab minggu nih asik2 balik umah lewat jer sampai xde masa nk main PS3; sekali terserempak ngan 後輩 (Junior) pastu leh plak ajak pusing2 kawasan sekitar..



Alang2 dah ajak pusing, terus layan sakan hampir semua pameran yang diadakan termasuk persembahan orkestra bdk2 Rits.. Syok gak masuk pameran bdk サークル (Circle) yang x pernah dengar pastu dengar apa yang diterangkan.. Ntah kenapa bila borak2 ngan diorang pasti akan diragui samada pelajar atau bukan (笑) Agak nyesal gak x bawak kamera, kalo x leh amik gambar banyak sket.. Mujur kualiti gambar kamera iPhone 4 x menghampakan meskipun agak leceh nk kasi x gegar.. Menarik gak bila ada サークル tentang survival yang mana diorang main tembak2 cam Paint ball tp peluru diorang diperbuat daripada tanah liat dengan saiz yang agak kecil ibarat taik idong (笑) Bila ditanye awat x main Paint Ball, diorang cakap permainan tuh kurang popular di Jpon o_0 Balik umah jap ntk solat pastu datang balik ntk usha 花火 sekitar jam 1915~ 


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

Saturday, 6 November 2010

Karam Singh Walia


Karam Singh Walia merupakan seorang wartawan alam sekitar dan berkhidmat dengan syarikat penyiaran TV3.. Beliau merupakan lulusan daripada UPM dan University of London dan pernah menjadi guru ganti di sekolah menengah.. Ramai yang mengenali beliau di kaca televisyen kerana beliau mempunyai karakter yang menarik antaranye sering mengangkat tangan kiri ketika membuat liputan dan mengakhiri nyer dengan peribahasa.. Konon nyer beliau memiliki sebuah buku yang mengandungi lebih 4300 peribahasa Melayu dan beliau sering membawa buku tersebut ke mana2.. Berikut merupakan senarai peribahasa beliau yang telah direkodkan;

1.   Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.
2.   Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
3.   Tiada rotan, pelempang berguna juga.
4.   Biar lambat, asalkan tak cepat.
5.   Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
6.   Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.
7.   Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
8.   Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
9.   Secupak takkan jadi 18 cupak.
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, 
      manusia mati meninggal dunia.
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
17. Hidup segan, mati di tanam.
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.
20. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.
     (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
23. Membujur lalu melintang pukang.
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!

copied from link

Friday, 5 November 2010

fakta menarik


Source: Mastika Januari 2008
  • Mata manusia seberat 28 gram. Kalo x caye, keluarkan biji mata anda dan timbang sendiri~
  • Dianggarkan terdapat 45 bilion sel lemak di dalam tubuh manusia
  • Seorang manusia dewasa secara purata minum 16 ribu tan air sepanjang hayat nyer..
  • Purata mata manusia berkelip dalam tempoh seminit ialah sebanyak 25x~
  • Setakat nih belum ada acara sukan lompat tinggi yg boleh berada di udara melebihi 1 saat..
  • Tiada sape tahu di mana mayat komposer muzik terkenal, Wolfgang Mozart dikebumikan kerana semasa upacara pengebumiannye dijalankan pd 1791, tetiba ribut, guruh dan petir melanda.. Semua orang cabut lari dengan meninggalkan kerandanye di tepi kubur.. Apabila mereka kembali, keranda berisi mayat Mozart sudah pon lenyap!
  • Teluk Parsi merupakan kawasan perairan paling panas di dunia..  Pada musim panas, suhu air laut di kawasan itu boleh mencecah sehingga 35.6 ℃
  • Terdepat kira2 4 juta buah kereta di Brazil yg kini bergerak menggunakan gasohol (minyak yg diperbuat daripada tebu!)
  • Ikan paus leh berenang selama 3 bulan tanpa makan..
  • Ntk mencairkan 28.3 gram (1 paun) lemak yg terdapat di dalam badan, anda perlu berjalan kaki sejauh 55 km..
  • Tiram boleh menukar jantinanye sebanyak 2x; dari jantan ke betina, kemudian dari betina ke jantan semula!
  • Gas asli x berbau. Bau tiruan sengaja dicampurkan kepadanye supaya sebarang kebocoran dpt dikesan dengan mudah..
  • Nombor 2520 boleh dibahagi dgn 1~9 tanpa meninggalkan baki~
  • Bekas Republik Yugoslavia menggunakan/mempunyai 2 huruf rasmi iaitu Latin dan Cyrillic, 2 agama utama (Kristian ortodok, Katolik dan Islam), 4 budaya (Latin, Jerman, Slav, dan Timur), 5 bangsa (Serbia, Croat, Sloven, Macedonia, dan Montenegrin), 6 republik (Serbia, Croatia, Slovenia, Macedonia, Montenegro, dan Bosnia-Herzegovina) serta 7 negara jiran (Itali, Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Greece, dan Albania)

Wednesday, 3 November 2010

The 7 Habits of Highly Effective People


Alhamdulillah, akhirnye berjaya juga menamatkan buku yang paling laris pernah ditulis oleh Dr. Stephen R. Covey.. Konon nyer buku nih juga telah di alih-bahasa ke dalam pelbagai bahasa dunia termasuk BM tapi ak lebih selesa kalo baca yang original nyer~ Buku nih sewajarnye di miliki oleh setiap orang kerana ilmu dan informasi di dalamnye memang sesuai ntk semua peringkat umur.. Daripada situasi seorang pelajar kepada 社会人 (Member of society) dan terus kepada keluarga; buku nih menceritakan pelbagai kaedah yang berkesan ntk menjadikan jalan hidup seseorang tuh lebih teratur.. 


**************************************************************

The most effective way I know to begin with the end in mind is to develop a personal mission statement or philosophy or creed. It focused on what you want to be (character) and to do (contributions and achievements) and on the values or principles upon which being and doing are based.
Look at the word responsibility—“response-ability”—the ability to choose your response. Highly proactive people recognize that responsibility. They do not blame circumstances, conditions, or conditioning for their behavior. Their behavior is a product of their own conscious choice, based on values, rather than a product of their conditions, based on feeling.
Effective people are not problem-minded; they’re opportunity-minded.
You have to decide what your highest priorities are and have the courage—pleasantly, smilingly, non apologetically, to say “no” to other things. And the way you do that is by having a bigger “yes” burning inside. The enemy of the “best” is often the “good.
If you were to fault yourself in one of three areas, which would it be: 
(1) the inability to prioritize; 
(2) the inability or desire to organize around those priorities; or 
(3) the lack of discipline to execute around them? … 
Most people say their main fault is a lack of discipline. On deeper thought, I believe that is not the case. The basic problem is that their priorities have not become deeply planted in their hearts and minds. They haven’t really internalized Habit 2 [Begin with the end in mind].
While you can think in terms of efficiency in dealing with time, a principle-centered person thinks in terms of effectiveness in dealing with people.
The key is not to prioritize your schedule but to schedule your priorities.
Writing is another powerful way to sharpen the mental saw. Keeping a journal of our thoughts, experiences, insights, and learnings promotes mental clarity, exactness, and context.
Moving along the upward spiral requires us to learn, commit, and do on increasingly higher planes. We deceive ourselves if we think that any one of these is sufficient. To keep progressing, we must learn, commit, and do—learn, commit, and do—and learn, commit, and do again.
Your life is a result of your own decisions – not your conditions.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC