27 April - TOKYO
Hari ini merupakan hari terakhir ak bekerja untuk bulan ini kerana selepas ini syarikat akan bercuti paling panjang iaitu selama 9 hari berturut-turut; kami panggil ini sebagai Golden Week di Jpon memandangkan 30hb ialah hari bank cuti dan 3~5 merupakan cuti umum.. Ada beberapa institusi yang memberikan cuti pada 1~2hb dan alhamdulillah syarikat yang ak kerja ini memberikan terus cuti panjang :) Kebetulan pula malam ini pihak JAGONG (Japan Graduates of Nothing Good) iaitu sebuah group di Facebook yang ak baru join baru-baru ini cadang untuk membuat makan-makan pada malam ini..
Tempat yang dicadang ialah restoran Malay Kampung, sebuah restoran yang menyediakan hidangan halal dan diuruskan oleh seorang pengusaha cina dari Malaysia.. Kedudukan dia berhampiran dengan 東京駅 (Tokyo Station) tapi perlu keluar melalui 八重洲 (Yaesu) exit dan berjalan kaki menyusuri 八重洲通り (Yaesu Road) dalam tempoh sekitar 10 minit untuk tiba di restoran tersebut.. Memandangkan ini kali pertama ak pergi ke restoran ini dan kebetulan pula hari hujan sedikit, iPhone map jadi bengong sehingga membuat ak sesat di kawasan sekitar restoran itu selama 30 minit!
Waktu ak selamat tiba, mujur mereka baru sahaja selesai sesi 自己紹介 (Self introduction) dan bersedia untuk menjamu selera.. Kos 2000円 dikenakan dan menu malam itu agak "tip-top" dengan masakan-masakan dari Malaysia~ Restoran itu hanya boleh muat 35 orang dalam satu masa; dan pihak JAGONG dah tempah satu kedai untuk malam itu.. Hanya 3 melayu dan selebihnya cina yang hadir.. Jarang ada peluang berkomunikasi dengan warga Malaysia berlainan bangsa sejak tiba di Jpon ini sambil melebarkan "network" (lol) Majoriti yang hadir ialah pelajar tapi range usia yang hadir tu begitu besar~
Ada yang di kalangan 社会人 (Full-fledged society member) yang memiliki syarikat sendiri di Jpon dan ramai juga yang sudah berada lama di Jpon sehinggakan ada yang sudah menjadi "Permanent Resident" (PR) di sini! Kesian juga bila dengar cerita pelajar di sini yang rata-rata hadir tanpa biasiswa jadi mereka perlu "survive" sejak sekolah bahasa Jpon sehinggalah masuk universiti di sini~ Ada yang dah 20 tahun bekerja kt sini tapi yang paling sadis bila tau ada yang masih belum habis 高専 (Poly) walaupun dah berada di Jpon hampir 7 tahun! Mungkin ada masalah kewangan kot sebab rata-rata di sini kuat バイト (Part time)
Menarik bila ada seorang minah Jpon "sesat" kt situ yang bekerja sebagai pelukis manga; kononnya dia dapat kerja untuk buat lukisan untuk promote kawasan menarik di Kuala Lumpur jadi dia hadir di gathering ini dengan harapan untuk mengumpul maklumat.. Dia agak terkejut kerana warga Malaysia boleh mengadakan 飲み会 (Drinking party) tanpa menggunakan setitik alkohol pun~ Majlis yang bermula sekitar jam 1930 itu tamat sekitar jam 2130.. Sebelum bersurai, kami ada berbincang samada 飲み会 sebegini boleh dijalankan 2 bulan sekali di tempat yang lebih luas dsb~
p/s Esok pun mereka akan hadir di restoran ini selepas habis himpunan Bersih 3.0 di sekitar Ueno, Tokyo~