Followers

Wednesday 23 November 2011

Toyota Field Trip

22 November - TOYOTA


Sebuah lawatan sambil belajar ke kilang pembuatan kereta, Toyota yang dianjurkan oleh fakulti ekonomi RITS telah diadakan pada hari ini dengan disertai lebih daripada 30 pelajar; majoriti adalah daripada fakulti ekonomi dan selebihnya adalah bidang sains termasuk ak.. Segala kos pengangkutan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur jadi ini merupakan peluang keemasan bagi ak untuk melawat kilang tersebut setelah gagal berbuat demikian sewaktu menziarah 名古屋 (Nagoya) buat pertama kali pada awal Ramadhan yang lepas (link) Bas bertolak sekitar jam 1020 daripada kampus BKC..

Terpaksa ambil gambar secara senyap2 dalam bas (笑)

Motomachi Plant
Dalam perjalanan kami singgah sebentar di R&R untuk makan tengahari sekitar jam 1120 dan perjalanan diteruskan sekitar jam 1210.. Selamat tiba di destinasi pertama iaitu Toyota Motomachi Plant untuk melihat bagaimana proses penghasilan sebuah kereta.. Malangnya ambil gambar adalah tidak dibenarkan didalam kilang pembuatan kereta (-_-") Kagum dengan jumlah robot yang melebihi 500 buah! 90% pembuatan kereta di sini dilaksanakan sepenuhnya oleh robot tersebut; tidak tumpah seperti dalam filem Transformers ;)  Berikut adalah proses penghasilan kereta di kilang ini:


  1. Stamping: Lapisan besi akan dipotong dan dihentak untuk dijadikan bahagian badan kereta.. 
  2. Welding: Robot akan mengimpal kira-kira 400 bahagian badan untuk menjadikan bentuk kereta..
  3. Painting: Kereta akan dicat menggunakan cat berasal daripada air..
  4. Assembly: Enjin, tayar, dan bahagian interior kereta akan dipasang..



Motomachi Plant menghasilkan 3 model kereta iaitu Crown, Mark X, dan Estima.. Kumpulan Toyota mempunyai 12 buah kilang di seluruh Jpon dan 10 daripadanya tertumpu di Aichi Prefecture.. Menariknya ialah kilang supplier terletak berdekatan dengan kilang pembuatan kereta jadi tempoh penghantaran barangan menjadi singkat dan kerja dapat berjalan dengan lancar.. Hampir 400 buah kereta dihasilkan setiap hari di kilang ini yang beroperasi 24 jam tanpa henti! Syif pertama bermula jam 6:45 pagi sehingga jam 15:45; peak hour kadang-kadang boleh ada 3 syif! 


Toyota Museum 
Destinasi seterusnya ialah トヨタ会館 (Toyota Museum) yang terletak hampir 15 minit daripada Motomachi Plant.. Malangnya kami hanya diberikan 30 minit untuk meninjau seluruh museum meskipun ambil gambar adalah dibenarkan (-_-") Tumpuan pertama khususnya kepada Toyota Partner Robot yang boleh bermain trumpet (Rujuk video di bawah) Banyak juga model kereta yang dipamerkan di situ seperti Prius α, dan 3 model Lexus.. Pengunjung juga boleh mempelajari lebih banyak tentang pembabitan Toyota dalam komuniti, teknologi dalam mengurangkan kemalangan dsb..

Suasana di dalam muzium
Hoho.. antara kereta paling macho yang dipamerkan di sini..
Motto Toyota
My Dream Car


p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC