Followers

Monday 21 November 2011

Snowboard Big Outlet Bargain

19 November - OSAKA

Buat julung-julung kalinya ak menghadiri "Snowboard Big Outlet Bargain" yang diadakan setiap tahun pada sekitar bulan 11~12 di beberapa buah tempat seluruh Jpon.. Tempat yang pergi ialah Kyocera Osaka Dome~ Iklan tentang benda ini dah banyak kali terpasang; tumpuan semestinya pada harga 1000円 bagi papan snowboard membuatkan ramai berfikir boleh dapat angkat pelbagai peralatan snowboard pada harga yang murah.. 


Bertolak daripada rumah sekitar jam 1000 sewaktu hujan masih turun renyai-renyai pada pagi itu; dalam perjalanan terpaksa berhadapan dengan traffic jam sepanjang 6km kononnya disebabkan kemalangan jalan raya.. Selamat tiba di destinasi sekitar jam 1230; parking kereta di Mall berdekatan dan maju ke Dome dengan harapan dapat beli sesuatu yang murah daripada harga biasa.. Ak sudah memiliki sut snowboard 中古 (2nd hand) sejak 2 tahun lepas jadi kedatangan ak kali ini asalnya hanya "window shopping"~


Selain peralatan snowboard, turut membuka booth di situ ialah syarikat agensi yang menjual tiket lift pada harga yang jauh lebih murah daripada harga biasa.. Malah pengunjung juga dapat mengumpul maklumat tentang destinasi "panas" untuk snowboard tahun ini~ Agak terkejut bila tengok harga yang terpampang pada peralatan snowboard; tidak seperti yang digambarkan o_0 Rupa-rupanya harga 1000円 itu untuk 10 pengunjung pertama setiap hari sepanjang bargain itu berlangsung (-_-") 

p/s Beli protector suit dengan face mask sebagai persediaan snowboard tahun ini~ 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC