Followers

Tuesday 15 November 2011

Kyusyu Trip: Day 2

11 November - NAGASAKI

Bersarapan ala buffet pada pagi ini; nasi putih dengan ikan bakar sebagai menu.. Bertolak sekitar jam 0800, pergi mengambil bekas member lab yang kini menuntut di 九大 (Kyusyu University) untuk sama-sama melancong.. Lawaknya sewaktu mengambil dia, kereta yang dipandu rakan terlanggar bucu jalan menyebabkan ada kerosakan kecil pada bumper kereta (-_-") Waktu itu kami tidak sedar apa-apa jadi perjalanan diteruskan dengan destinasi pertama pada pagi itu ialah melawat Yoshinogari Historical Park yang terletak di 佐賀県 (Saga Prefecture).. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam dan kami tiba sekitar jam 1100..


Yoshinogari Historial Park
Kebetulan hari yang sama juga terdapat ramai pelajar sekolah menengah yang membuat lawatan sambil belajar di sini.. Yoshinogari Historial Park (吉野ヶ里歴史公園) terkenal sebagai tapak arkeologi masyarakat Yayoi yang hidup pada abad ke-3 BC dan abad ke-3 AD.. Tapak arkeologi ini begitu penting bagi Jpon dan pra-sejarah dunia kerana penuh dengan bahan artifak dan alam semulajadi yang dijumpai di sini.. Mempunyai keluasan 40 hektar, tapak ini masih lagi dikorek untuk mencari bahan baru sejak tahun 1986~ Tempat ini juga termasuk dalam senarai "Special National Historic Site" pada tahun 1991.. Tiket masuk berharga 400円 dan kami menggunakan track paling cepat dalam masa 1 jam untuk pusing sekitar tapak~

Serius luas giler!
Kembali ke masa lampau (笑)
Percaya atau tidak, ini merupakan bentuk kubur masyarakat Yayoi! 

Nagasaki Memorial Park
Destinasi kedua ialah melawat Nagasaki Memorial Park yang menyimpan sejarah hitam Jpon ketika WWII apabila bom atom dilepaskan oleh tentera USA pada 9 Ogos tahun 1945.. Banyak tugu dan hasil seni di sekeliling taman tersebut yang bertemakan masa depan tanpa perang, keamanan, dan masyarakat saling bersatu-padu.. Tidak jauh daripada taman tersebut terletaknya pusat jatuhnya bom atom tersebut! Kami turut masuk kedalam muzium bagi memahami lebih mendalam tentang peristiwa sejarah di Nagasaki dan rentetan jatuhnya bom atom tersebut.. Tiket masuk berharga 200円~ Tidak banyak berbeza dengan Hiroshima Memorial Park yang pernah ak pergi awal tahun ini (link) cuma di sini ada replika bom atom sebenar ;)

Illuminati?
Tempat jatuhnya bom atom..
Penulis hanya dapat menyaksikan.. ;p

Petang itu kami teman seorang rakan ke pondok polis untuk melaporkan kerosakan kenderaan sewa; meskipun dia perlu lapor di pondok polis berdekatan dengan tempat kemalangan iaitu di 福岡 (Fukuoka), pihak polis berkata rakan itu boleh melaporkan melalui telefon terlebih dahulu dan seterusnya pergi melapor diri dalam masa 2,3 hari selepas kejadian.. Jika tidak pasti akan kacau pelan untuk melancong sebab tempoh perjalanan pergi dan balik dari 福岡 ke 長崎 (Nagasaki) mengambil masa sekitar 6 jam! Check in di YATAROU; hotel yang agak mewah kerana terletak di atas bukit, dan setiap seorang dikenakan bayaran 5000円 meskipun berkongsi bilik (-_-") 

Muka happy seolah-olah dah terselamat (笑)
Suasana bilik seperti di dalam drama Jpon (笑)
Pemandangan dari luar tingkap..

Nagasaki Chinatown
Menu makan malam ialah di Nagasaki Chinatown iaitu sebuah restoran Cina yang agak terkenal dengan masakan チャンポン (Chanpon).. Nagasaki memang terkenal dengan masakan ini dan juga pao de Castella.. Menakutkan sebab harga dia 1500円 untuk satu mangkuk o_0 Selesai makan, naik kereta pergi ke 稲佐山 (Mt. Inasa) kerana disitu terletaknya 展望台 (Observation platform) untuk melihat "USD 10 million night view" yang agak terkenal~ Salah satu daripada 日本三大夜景 (Japan's 3 famous night view) selain Hakodate, Hokkaido dan Rokkozan, Hyogo.. Subhanallah, memang kagum la bila tengok! Tiada bayaran dikenakan melainkan caj parking ;) Balik hotel, 乾杯 (Kampai) dengan minuman jus dan makan kerepek sambil borak pasal kehidupan semasa~ 

Bergambar di pintu masuk Chinatown
Chanpon yang penuh dengan sayur (-_-") 
USD 10 Million Night View!!
Kulit depan album? NOT! (笑)

p/s Nagasaki serius panas! Ternyata bahagian bawah Jpon masih dalam penghujung Summer (笑) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~         

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC