Followers

Saturday 19 November 2011

Kyusyu Trip: Day 3

12 November - OITA

Alhamdulillah, cuaca pagi ini agak tenang dan kami bangun dengan suasana yang begitu segar walaupun agak penat setelah berjalan sakan sejak 2 hari yang lepas.. Rakan yang menguruskan hal penginapan sanggup mencari hotel yang agak mahal dan menyediakan ala buffet untuk membolehkan ak turut sekali makan bersama mereka; tapi malangnya buffet tidak seperti yang disangkakan.. Ak hanya boleh makan nasi kosong, ikan, dan juga のり (Sea weed) (-_-") Sebelum bertolak, teringin hendak mengambil gambar tugu 坂本竜馬 (Sakamoto Ryoma) yang berdekatan dengan tempat penginapan.. Malang sekali lagi apabila diberitahu kereta tidak boleh lalu dan perlu berjalan kaki sejauh 3~4km untuk melihatnya.. Atas faktor masa, kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut dan maju ke 大分県 (Oita prefecture)

Gambar yang dimaksudkan.. Macho siot!

Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam daripada 長崎県 (Nagasaki prefecture); dalam perjalanan kami singgah di 佐賀県 (Saga prefecture) sekali lagi untuk membeli sedikit お土産 (Souvenirs) untuk ahli lab dan SV~ Tujuan pergi ke 大分県 adalah untuk melawat RITS kampus APU (Asia Pacific University).. Pertama kali menjejakkan kaki di kampus ini yang menghimpunkan 留学生 (Foreigners) paling ramai seluruh Jpon (Need citation) Lucu apabila melihatkan kedudukan kampus di atas bukit dan kawasan sekeliling adalah hutan! Ada tempat penginapan di sebelah kampus tapi kawasan bandar terletak 10km daripada kampus! Mujur 生協 (Co-op) menjual hampir semua yang boleh didapati di supermarket (笑) 


Makan tengahari di 食堂 (Cafeteria) kampus; bangga ada cop halal di beberapa menu namun agak mengejutkan apabila kad 生協 tidak boleh digunakan di kampus ini!! Selesai mengisi perut, perjalanan diteruskan menuju ke 湯布院 (Yufuin) untuk melihat 由布岳 (Mt. Yufu) dan Golden Scale Lake yang agak terkenal di sini.. Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke 阿蘇山 (Mt. Aso) menerusi Yamanami Highway bagi membolehkan kami melihat panorama sekitar gunung berapi paling aktif di Jpon.. Agak sengal apabila kami tiba di 大観峰 (Daikanbo) ketika matahari sedang terbenam gara-gara banyak menghabiskan masa di 湯布院町 (-_-") Sepanjang berada di 九州 (Kyusyu), saat paling sejuk pernah ak rasai ialah ketika berada di 大観峰; sampai berebut nak masuk bilik air (笑)

Pandangan di atas 由布岳
Golden Scale Lake
大観峰 (Daikanbo) iaitu tempat paling best untuk layan 阿蘇山

Destinasi seterusnya ialah Aso Farm Village; tempat rekreasi yang agak luas dan terkenal di sekitar 阿蘇山.. Kebetulan dapat layan pesta cahaya di situ sambil tumpang mandi.. Malam itu kami menginap di Kamenoi Kumamoto Hotel; setiap seorang satu bilik dengan kos satu malam sebanyak 5000円; menariknya dapat tiket masuk percuma ke 熊本城 (Kumamoto Castle) iaitu destinasi pertama kami pada keesokan harinya sebelum pulang.. Makan malam di hotel yang kebetulan ada Restoran Joyfull; makan keseorangan kerana member lab teringin nak cari restoran ramen kerana 熊本県 (Kumamoto Prefecture) memang terkenal dengan ramen dia.. Tidur awal juga malam itu kerana esok merupakan hari terakhir di 九州~ 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC