Followers

Monday 14 November 2011

Kyusyu Trip [prep]

Semangat sampai beli buku khusus untuk pelancong yang ingin melawat 九州 (笑)

Pelan untuk melawat 九州 (Kyusyu) iaitu pulau ke-3 terbesar di Jpon dan terletak di kedudukan barat daya dalam peta Jpon sebenarnya sudah dirancang sejak 2 tahun yang lepas; iaitu ketika ak masih undergrad.. Salah seorang member lab memang berasal daripada 九州 jadi dah sedap la kalau nak pergi sebab ada tourist guide (笑) Malangnya masing-masing sibuk dengan final thesis dan バイト (Part time) membuatkan plan tersebut tertangguh sehinggalah member itu kini sedang menyambung pengajian di 九大 (Kyusyu University)~ Beberapa minggu yang lepas barulah lawatan ke 九州 diperbincangkan semula dan berikut merupakan apa yang telah kami rancang..

九州旅行計画 (Kyusyu Trip Plan)
Day 1: Pusing-pusing di wilayah Fukuoka
Day 2: Singgah di Wilayah Saga untuk Yoshinogari Historical Park kemudian bertolak ke wilayah Nagasaki
Day 3: Singgah sebentar di wilayah Oita untuk lawat RITS Asia Pasific University dan maju ke wilayah Kumamoto
Day 4: Lihat 熊本城 (Kumamoto Castle) dan bergerak pulang


Budget
Sewa kereta selama 4 hari: 16000円 (Bahagi 4 orang jadi seorang perlu bayar 4000円)
Kos penempatan: 13500円 (3 hotel)
Jumlah keseluruhan untuk seorang termasuk minyak dan tol: 35000円 (RM1.4k) 

Sedikit fakta mengenai 九州

  • Nama 九州 berasal daripada 9 wilayah kuno 西海道 (Saikaido) yang terletak di pulau ini , iaitu Chikuzen, Chikugo, Hizen, Higo, Buzen, Bungo, Hyuga, Osumi, dan Satsuma
  • Pulau 九州 dikelilingi dengan gunung-ganang
  • Gunung berapi paling aktif di Jpon, Gunung Aso (1591m) juga terletak di 九州
  • Mempunyai populasi sebanyak 13.2 juta penduduk
  • 福岡 (Fukuoka) merupakan bandar paling besar di 九州
  • Kawasan 九州 kini merupakan sebuah bahagian pentadbiran yang terdiri daripada 7 wilayah di pulau 九州 dan juga wilayah 沖縄 (Okinawa) di selatan
  • 九州 ialah pulau ke-37 terbesar di dunia
  • Pulau ini juga yang ke-13 teramai penduduk di dunia

p/s Entry lebih detail akan di tulis kemudian.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC