Followers

Wednesday 30 November 2011

BBQ + 紅葉

27 November - KYOTO

Oleh kerana musim 紅葉 (Tinted autumnal leaves) semakin menghampiri ke penghujung dan ak pula bakal tiada di 関西 (Kansai) pada hujung minggu berikutnya, group RITS telah sepakat untuk mengadakan aktiviti 紅葉 pada tahun ini bertempat di 嵐山 (Arashiyama) iaitu hot spot 紅葉 no. 1 di 京都 (Kyoto)~ Buat julung-julung kalinya juga kami rancang untuk mengadakan BBQ pada waktu yang sama; suatu yang langsung tidak di buat oleh orang Jpon sendiri ketika seronok ber-紅葉 (笑) Memandangkan pihak perempuan RITS mempunyai agenda lain, aktiviti tahun ini juga hanya disertai puak lelaki dan sebuah kereta sewa yang boleh muat 8 orang telah ditempah awal pada harga sekitar 13000円 (RM 530)~


Jumlah yang sepatutnya turut serta pada pagi itu ialah 18 orang dan 3 buah kereta termasuk 1 kereta sewa akan bertolak sekitar jam 0900; namun, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. Sebuah kereta rosak dan terpaksa di hantar ke bengkel membuatkan tuan punya kereta membuat keputusan berat untuk tidak ikut serta kali ini.. Ada yang terpaksa naik 電車 (Train) terlebih dahulu untuk cop tempat dan yang lain bergerak sekitar jam 1100.. Hujung minggu dan cuaca begitu baik pada hari itu menyaksikan jalan sesak dengan kenderaan; kami selamat tiba di destinasi sekitar jam 1300 dan tempat parking yang kami dapat agak mahal (5 jam di sana, kami perlu bayar sebanyak 3000円++)


Baru kami tahu kenapa orang Jpon tidak buat BBQ ketika musim 紅葉; sebab bukan main susah lagi nak dapatkan bara dari arang (-_-") Berjaya panggang sekitar jam 1530; waktu itu perut masing-masing dah berbunyi sakan.. Memandangkan waktu Maghrib masuk sekitar jam 1645 dan suasana semakin gelap, kami terpaksa bersabar memanggang lebihan stok ayam 4kg dan daging 2kg dengan menggunakan bantuan lampu suluh iPhone (笑) Selesai BBQ sekitar jam 1830, kami bertolak ke aktiviti seterusnya iaitu menyaksikan "light-up" di 清水寺 (Kiyomizudera-Temple) yang terletak lebih kurang 10km daripada 嵐山.. Namun, oleh sebab trafik agak teruk, kami selamat sampai di destinasi sekitar jam 1945 (-_-")


Kesukaran mencari tempat parking membuatkan penumpang di dalam 2 kereta tidak dapat menyaksikan 紅葉 di 清水寺 bersama-sama.. Tiket masuk adalah sebanyak 400円 (RM 16) dan kami hanya diberi masa sehingga jam 2130 untuk menyaksikan 紅葉 dalam suasana "light-up"~ Jika tahun lepas, ak menyaksikan "light-up" di 永観堂 (Eikando) (link) tanpa dirancang, jadi hanya dapat ambil gambar menggunakan kamera iPhone.. Tapi kali ini agak cemburu dengan kamera 後輩 (Junior) yang mengambil gambar dengan begitu cantik menggunakan kamera SONYα dia.. Tunggu kamera FujiFilm FinePix F200EXR ak rosak nanti baru ak angkat kamera double lens macam dia punya.. Bila nak balik, terpaksa bayar 1000円 (RM 40) untuk duit parking walaupun tak sampai 2 jam meletak kenderaan di situ (-_-") 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC