Followers

Monday 28 November 2011

紅葉 in Shiga

26 November - SHIGA

Host family mengambil pendekatan baru dengan mengajak setiap seorang secara berasingan bagi menambahkan waktu berbual sesama "keluarga" daripada menjemput semua sekali secara serentak.. Untuk itu, Okaasan mengajak ak untuk menikmati pemandangan 紅葉 (Tinted autumnal leaves) di 日吉大社 (Hiyoshi taisha) iaitu salah satu spot menarik di kawasan berdekatan dengan tempat tinggal ak.. Kami berjanji untuk berjumpa di destinasi sekitar jam 1100 kerana ak perlu menghantar basikal ke kedai terlebih dahulu kerana ada sedikit kerosakan (-_-") Stesen paling terdekat ialah 坂本駅 (Sakamoto Station); menariknya, kami naik keretapi yang sama tapi hanya sedar ketika dah nak sampai ;)

Keretapi yang agak jarang.. Ramai yang mengambil gambar ketika nampak keretapi ini lalu..
鳥居 yang agak unik kerana ada bumbung? ;)
Cun lagi yang pegang kamera ;p

Agak bertuah kerana suasana 紅葉 di 日吉大社 pada ketika itu sudah 見ごろ (The best time to see) dan ini juga merupakan kali pertama ak tiba di sini yang terletak bertentangan dengan 草津 (Kusatsu); terpisah dek びわ湖 di tengah-tengah (笑) Tokong ini terkenal dengan bentuk 鳥居 (Torii) yang agak unik seperti di dalam gambar.. Kebetulan waktu kami tiba, ada rombongan pengantin yang sedang menjalani upacara mohon restu sami? dan waktu kami hendak pulang, sempat mengambil gambar mereka selepas selesai upacara tersebut~ Selesai menikmati 紅葉 di 日吉大社, Okaasan belanja minum teh Jpon sambil menikmati keindahan taman 旧竹林院 (Former Chikurinin)..

Ini merupakan pintu masuk betul kedai minum teh.. Pengunjung dikehendaki tunduk bagi menunjukkan rasa hormat tanpa mengira pangkat dan darjat seseorang..
Ada perkahwinan, ada juga kematian.. Inna lillah~
西教寺

Makan tengahari terpaksa ditangguhkan dek restoran terdekat di kawasan tokong tersebut penuh dengan pengunjung jadi perjalanan diteruskan ke 西教寺 (Saikyoji-temple) yang terletak hampir 1km daripada 日吉大社 untuk aktiviti 紅葉~ Dalam perjalanan boleh pula terserempak dengan upacara mengiringi jenazah daripada sebuah mazhab yang masih asing di Jpon?.. Menarik apabila kami tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk お寺 (Buddhist temple) hari ini; ironinya kami dikenakan bayaran pula ketika masuk 神社 (Shinto shrine)  yang biasanya terbalik.. Alhamdulillah, makan tengahari pada jam 1430 juga ditanggung oleh Okaasan; menu nasi dengan ikan belut; 高級 (High class) 1500円 (RM 62) =) 

Sedaaaaappppppp~~~~
Asalnya nak naik cable car.. 
7-11 in black and white?? 

Selesai makan, teringin sungguh untuk mendaki 比叡山 (Mt. Hiei) yang terletak sebelah 日吉大社 lalu kami berjalan menuju ke stesen cable car berdekatan.. Agak terkejut dengan tambang perjalanan sehala iaitu 800円 (RM 32) dan track dia juga agak rumit kerana perlu menaiki shuttle bus pada satu tahap untuk tiba ke puncak gunung?? Memandangkan jam ketika itu agak lewat dan matahari hampir terbenam, kami membatalkan niat untuk menaiki cable car sebaliknya beransur pulang melalui JR HieizanSakamoto~  Suhu petang itu agak sejuk iaitu 9℃ !! Tahniah kepada abang angkat ak yang berjaya mendapat kerja dengan sebuah syarikat di Malaysia~~ Silap haribulan boleh 再会 (Reunite) di Malaysia pula suatu hari nanti ;) 

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC