Followers

Friday 25 November 2011

fakta menarik


Sumber: Mastika November 2011


  • Kucing biasanya memiliki berat badan antara dua, lima hingga tujuh kg dan jarang melebihi 10kg, kecuali diberi makan berlebihan sehingga boleh mencapai berat badan 23kg
  • Semua kucing disahkan berjalan berjinjit
  • Kucing sakit boleh dikenal pasti suka membawa diri dan enggan makan
  • Jika salah seekor kucing makan, pasti seekor lagi kucing akan menunggu giliran. Keadaan ini boleh mengelakkan kucing lain datang merampas makanan
  • Perhatikan semasa minum susu di piring, tiada setitis air susu jatuh dari lidah kucing. Kucing tidak suka membazir
  • Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  • Pada kelajuan maksimum, tayar kereta F1 berputar 50x sesaat
  • Nama McDonalds diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama membuka restoran McDonald's pada tahun 1940
  • Big Mac dicipta oleh Jim Delligatti pada tahun 1967 di sebuah restoran McDonalds di Uniontown, Pennsylvania
  • Di India, nama Big Mac ditukar kepada "Maharaja Mac" dengan dagingnya diganti dengan daging ayam bagi menghormati masyarakat India yang tidak makan daging lembu dan babi
  • Restoran McDonalds terbesar di dunia terletak di Beijing, China. Ia berkeluasan 8500 meter persegi dan mempunyai 29 kaunter pembayaran
  • Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit
  • Darah lipas berwarna putih!
  • Gigi dalam mulut ular bukan berfungsi untuk mengunyah, sebaliknya hanya untuk memegang kejap mangsanya agar tidak terlepas dari mulutnya
  • Mata manusia sentiasa berkedip kecuali semasa tidur. Jika dicampurkan, purata kerdipan mata manusia dalam sehari sama dengan 30 minit memejamkan mata
  • Katak tidak boleh menelan makanan tanpa menutup matanya
  • Pepatung hanya mampu terbang. Walaupung mempunyai 6 kaki, namun ia hanya boleh hinggap seketika tapi tidak boleh berjalan
  • Buku telefon pertama dihasilkan pada tahun 1878 hanya mengandungi 50 nama sahaja
  • Zirafah dan tikus boleh bertahan tanpa air lebih lama daripada unta
  • Ular adalah "pekak". Ia tidak mampu mendengar seperti manusia. Ular hanya mampu merasakan getaran di sekelilingnya bagi mengesan sesuatu yang datang berdekatan dengannya
  • Individu yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) 30 ke atas jatuh dalam kategori obesiti
  • Secara purata, lembu tenusu duduk dan bangun sebanyak 14x sehari. Lembu juga boleh tidur dalam keadaan berdiri
  • Kebiasaannya anda boleh menarik lembu untuk menaiki tangga, tapi agak mustahil untuk menarik lembu menuruni tangga
  • Seekor lembu membuat 40,000 gerakan rahang dalam masa sehari termasuk ketika mengunyah makanan
  • Nama lipas a.k.a cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol, "cucaracha" yang membawa maksud serangga gila
  • Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun, Pluto mengubah orbitnya bagi mengelak daripada berlanggar dengan planet Neptune
  • Lipas paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya boleh mencapai 50g
  • Apabila cacing terpotong menjadi 2 atau beberapa bahagian, hanya bahagian yang mempunyai kepala saja boleh bertahan untuk hidup 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC