Followers

Monday, 14 February 2011

Hiroshima Trip: Day 1

12 Febuari - HIROSHIMA

Tahun lepas, ak ada berborak dengan sorang pakcik yang pernah melawat negara Jpon beberapa kali dan dia menceritakan tentang 広島 (Hiroshima); terkejut dia bila dapat tau ak belum pernah melawat 広島 sedangkan dah duduk Jpon agak lama.. Ak memang teringin nk ziarah 広島 tp agak sukar ntk membuat perancangan kerana faktor masa dan sebagainya.. Sepatutnya bulan nih ak plan nk g 北海道 (Hokkaido) ntk usha 雪祭り (Snow Festival), punyalah semangat cari member yang berminat nk g ape sumer tp bila fikir2 semula, alang2 dah g 北海道 mestilah nk pusing2 banyak tempat, tp buat masa nih agak sibuk ngan 就職活動 (Job hunting) jadi nk dapat cuti seminggu memang agak susah membuatkan ak berazam ntk g 北海道 tahun dpn pula.. Kebetulan ada sorang member yang ingin menziarah 関西 (Kansai) pada bulan nih; alang2 dah ada member, ak buat keputusan ntk membuat Hiroshima Trip= Mujur ada pakej 2 hari 1 malam ke 広島 daripada yahoo travel; g balik naik 新幹線 (Bullet train) dan tido hotel 1 malam tanpa makanan dengan jumlah harga 12000円 seorang..


Kitorang bertolak dari umah menuju ke 新大阪駅 (Shin Osaka Station) dan daripada situ berlepas ke 広島駅 (Hiroshima Station) dengan 新幹線~ Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam setengah dan kitorang tiba di destinasi sekitar tengahari.. Waktu kt 駅, tetiba kitorang didatangi seorang pompuan yg agak berusia; dia datang ntk memaklumkan tentang aplikasi iPhone, "Travel Guide" yang khusus ntk digunakan di Jpon.. Konon nyer maklumat ttg 広島 baru jer update dan kini sedang dlm kempen~ Layan ブランチ (Brunch) dekat restoran kari sebelum bergerak ke destinasi pertama pada hari nih iaitu 原爆ドーム (A-bomb Dome) dengan menaiki 路面電車 (Tram).. Tambang yang dikenakan ialah 150円; sekitar 10~15 minit kot masa perjalanan.. 原爆ドーム nih dikenali ramai kerana tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site! Menarik gile bandar 広島 nih sebab ada beberapa sukarelawan yang tampil ntk menceritakan sejarah 広島 sewaktu bom atom dilepaskan dalam 英語 (English) berserta grafik~ Daripada situ kitorang berjalan kaki menuju ke 広島平和記念資料館 (Hiroshima Peace Memorial Museum); tambang masuk yang dikenakan merupakan paling murah sepanjang ak berada di Jpon iaitu 50円!! 

A-bomb Dome
Memorial Cenotaph
 
Di dalam tuh memang penuh dengan maklumat, grafik, artifak yang menceritakan kisah sebelum, semasa dan pasca WWII dengan begitu teliti dan mudah difahami.. Kalo rajin, korang leh baca dalam gambar2 yang telah ak upload di fb.. Muzium nih luas giler sampai menyambungkan 2 bangunan.. Konon nyer bandar 広島 nih ada skang hasil daripada 台風 (Typhoon) yang melanda beberapa bulan selepas kejatuhan bom atom tersebut.. Jika tiada 台風, kemungkinan besar penyebaran wabak penyakit lagi melarat sehingga angka korban melebihi 100k~ Daripada muzium, kitorang jalan kaki menuju ke 広島城 (Hiroshima Castle) namun apabila sampai, kitorang hanya sempat mengambil gambar dari jarak jauh lantas bergegas ke hotel memandangkan masing2 blom mengerjakan solat dan hari sudah naik senja.. Nasib jalan kaki 5 minit jer dari 広島城 menuju ke Hiroshima Pacific Hotel iaitu tempat persinggahan kitorang.. Lepas solat ingatkan nk g balik ke 広島城, tp mungkin atas faktor kepenatan membuatkan kitorang bercadang ntk pergi esok hari sebelum pulang ke 関西~ 

Hiroshima in ruins
Apparently, the bomb exploded before it touches the land..
 

Malam tuh kitorang pergi pusing2 kt 広島本通 (Hiroshima Hondori St.) yang penuh dengan kedai2 beraneka jenis.. Tempat nih juga tersenarai dalam Top 5 tempat yang wajib g bila menziarahi 広島= Makan malam semestinya お好み焼き (Okonomiyaki) iaitu makanan yang paling terkenal di sini.. Konon nyer お好み焼き nih berasal di 広島; citer ringkas nya pasca pengeboman, rakyat agak menderita nk cari makanan.. Jadi ada sorang nih guna tepung beras dan air pastu buat bentuk sfera lalu digoreng di atas kuali, lalu masukkan sayur di atasnya.. Ntah camne leh laku giler sampai tersebar ke seluruh Jpon.. (笑) Bagi seorang yg kurang gemar makan sayur cam ak, お好み焼き semestinya tidak termasuk dalam senarai makanan Jpon yang ak sukai (笑) Ntk trip kali nih, ak turut bawak skali laptop semata2 nak tgk bola malam tuh Arsenal vs Wolverhampton.. Ghupe2 nyer kt tv pon pasang live -_-" Pengajaran ntk trip akan datang ialah memeriksa dahulu tv guide sebelum membawa laptop sbb lenguh giler bawa beg yg agak berat bila berjalan ;) 

広島城 (Hiroshima Castle)
お好み焼き
 
....to be continued

p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~   

8 comments:

  1. menarik sja suma gambar tu...rasa macam nak pi sana pun ada...

    ReplyDelete
  2. kalo ada rezeki ak cadang ko g bro.. insap sket tgk dgn mata sendiri..

    ReplyDelete
  3. teringin nak g jepun jgk.mcm best je ni.nangis la tgk pict2 sume best..huhu

    ReplyDelete
  4. huhu.. Air Asia dah sampai Jpon da.. ape lagi, rebut la peluang keemasan ;)

    ReplyDelete
  5. ye2..nak g korea dulu..pastu jepun.last year sempat g Beijing je.compny trip.this year xwat pulak.haiish...

    ReplyDelete
  6. waa.. best giler dapat g Beijing.. ada gak plan nk p tahun nih ntk conference.. itu pon kalo paper diterima aa.. ;)

    ReplyDelete
  7. best2 n menarik jgk..hehe..g great wall.tianmen square & fobidden city,g silk factory,jade factory..xigt la byk sgt tmpt..huhu,pastu shopping kat
    Ya Shaw market(xigt btul ke x ejaan ni tp~~brg murah giler..gegege

    ReplyDelete
  8. pergh.. memang enjoy btol tuh.. huhu, thanks aa bagitau tempat2 menarik nih.. boleh la buat sebagai rujukan bila jadi g nanti ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC