Followers

Sunday 6 February 2011

Gantz (Part: 1)

5 Febuari - OTSU


Asalnye nak layan movie Gantz nih pada 1hb yang lepas memandangkan harga paling murah (1000円) bagi semua panggung wayang di Jpon jatuh pada setiap 1hb= tp malangnye tiada sambutan kerana 1hb bulan nih ialah hari minggu -_-" Rezeki kot apabila ak terima sampul surat berisi 5 kupon daripada United Cinemas Otsu yang mana membolehkan ak layan wayang pada harga 1000円 (RM37) sahaja! Ajak 後輩 (Junior) join skali, nih merupakan kali pertama memasuki 大津PARCO seterusnya menonton wayang di tempat nih.. Mujur hanya mengambil masa selama 7 minit perjalanan daripada 膳所駅 (Zeze station) dan tambang perjalanan sehala hanya 190円; lebih murah daripada tambang naik bas ke AEON Mall.. Disebabkan pakai kupon, ak xleh nk 予約 (Booking) tempat duduk melalui internet, jadi nak x nak kene gerak awal sket daripada umah ntk mengejar waktu tayangan jam 1845.. 


Alhamdulillah, dapat tempat duduk agak best iaitu di tengah2; x leh blah jumlah bilangan penonton <30 orang kot~ Harga set popcorn ngan air agak mahal iaitu 760円; kalo x silap, AEON Mall nyer lagi murah~ Waktu tayangan bermula sekitar jam 1855 dan tamat sekitar jam 2115.. Part 1 mengisahkan watak utama Kurono Kei secara kasarnya sebijik seperti di dalam 漫画 (Manga) walaupon ada ubah sket2 bagi menjimatkan masa penerangan tentang perjalanan citer ntk mereka yg x layan 漫画 Gantz= Kagum giler dengan kesan efek komputer dalam movie nih yang setanding dengan movie keluaran barat.. Walaupon movie nih dirated PG12 kerana aksi ganas dan babak "baeek", terkejut gak ada beberapa budak2 umo bawah 12 tahun yang ditemani ibu mereka datang menonton sama.. o_0 X sabar nk menunggu Part: 2 yang dijadualkan pada 23 April tahun nih; konon nyer part: 2 langsung berbeza dengan jalan citer 漫画 siap ada watak baru~ 


Jalan citer 漫画 karya Hiroya Oku nih konon nyer telah difikirkan 12 tahun sebelum beliau membuat debut sebagai seorang pelukis 漫画~ Ini adalah kerana konsep Gantz yang ala sains fiksyen membuatkan Hiroya Oku teringin ntk menambahkan kesan realistik dalam lukisan beliau.. Untuk itu, kononnye beliau telah menghabiskan lebih 1000万円 (RM375 ribu) ntk membeli software 3D! Beliau ingin menggunakan teknik CG dalam 漫画 nyer tp segala karekter dilukis menggunakan tangan.. Sebab tulah agak lama ntk menunggu hasil terbaru episod Gantz namun penungguan tersebut berbaloi kerana Gantz boleh dinobatkan antara 漫画 terkemas di dalam bidangnyer! Nak tau lebih banyak pasal Gantz dan 漫画 nyer boleh la layan video dibawah~ ENJOY!


p/s Penulis mula mengenali Gantz melalui kreko dan sehingga kini masih mengikuti Gantz menerusi internet ;)

3 comments:

  1. tak pernah baca psl Gantz ni.

    nampak mcm menarik jee..

    ReplyDelete
  2. baru pertama kali tahu pasal benda ni bro :D

    ReplyDelete
  3. huhu.. mungkin sebab movie ni blom @ x tayang kt Malaysia kot..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC