Followers

Friday 4 February 2011

Countdown to Zero


Every man woman and child, lives under a nuclear sword of Damocles, hanging by the slenderest of threads, capable of being cut at any moment, by accident, or miscalculation, or by madness.

Sewaktu dunia masih mengutarakan isu nuklear Iran yang masih belum menampakkan garis penyelesaian, dokumentari nih mengetengahkan isu yang lebih menarik mengenai bom nuklear; sejarah senjata nuklear pertama kali dicipta di dunia oleh Robert Oppenheimer, seorang professor dalam bidang fizik.. Beliau digelar "Bapa bom atom" apabila berjaya mencipta senjata tersebut sekitar tahun 1945.. Di khabarkan ketika nih terdapat lebih 23 ribu senjata nuklear di dunia dengan Russia menjadi negara terbanyak memilikinya diikuti USA.. Teknologi nuklear mula tersebar pada tahun 1945 apabila USA berjaya meledakkan senjata nuklear pertama di dunia di kawasan gurun New Mexico, setelah itu negara2 lain mula mencipta bom nuklear mereka sendiri.. Berikut merupakan senarai negara, tahun di mana negara tersebut berjaya mencipta senjata nuklear dan bilangan terkini jumlah senjata nuklear yg dimiliki negara tersebut..
  1. USA 1945 (9400)
  2. USSR 1949 (13000)
  3. UK 1952 (185)
  4. France 1960 (300)
  5. China 1964 (240)
  6. Israel 1967 (80)
  7. India 1974 (70)
  8. Pakistan 1990 (70)
  9. North Korea 2006 (<10)
Pembuatan senjata nuklear konon nyer amat senang sehinggakan sesiapa sahaja yang memiliki konsep fizik boleh menciptanya.. Malah bom atom yang menghentam Hiroshima juga dikatakan begitu mudah ntk dicipta sehinggakan mereka langsung x mencuba nyer terlebih dahulu! Perang nuklear dikatakan akan berlaku ketika World War III membuatkan pelbagai langkah perlu diambil ntk mengatasinya; salah satu daripadanya ialah penghapusan senjata nukear oleh semua negara yang memilikinya.. Apabila Iran menegaskan berkali2 bahawa program teknologi nuklear mereka adalah aman dan bukan ntk mencipta senjata, negara luar mempersoalkan sejauh mana dunia boleh percaya kepada Iran? Ini adalah kerana pengayaan uranium itu amat mudah didapati daripada mana2 negara sehinggakan jika ingin membuat senjata, memang xde masalah.. Adakah setiap negara dapat mencapai kata putus ntk memusnahkan segala senjata nuklear yang mereka miliki? Hayati video dibawah ucapan bapa bom atom mengenai penyesalannya mencipta senjata tersebut.. 

 

3 comments:

  1. setiap ucapan die tenang je , org2 bijak mmg mcm tuh kowt kan ~

    ReplyDelete
  2. aah betol3..sokong anis..org pandai mg cmtu kot kan??
    cik ana singgah & folow ye ^^

    recent post : |kenal mohsen namjoo???|

    ReplyDelete
  3. tenang ke? siap mengalir air mata tuh.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC