Followers

Thursday 24 February 2011

学内企業研究会 (Job seminar)

23 Febuari - RITS

エポック21

学内企業研究会 khusus ntk 留学生 (Foreign students) aliran teknikal yang menuntut di RITS telah dilaksanakan di bangunan エポック21 pada jam 1000 hari nih.. Sedikit taklimat ringkas mengenai atur cara pengendalian yang mana 10 syarikat yang berminat ntk mengambil pekerja di kalangan 留学生 akan memberikan ucapan mukadimah selama 1 minit.. Memandangkan masa yang diperuntukkan hanya sehingga jam 1345, setiap pelajar diberi masa selama 40 minit ntk 1 syarikat jadi paling banyak leh g pon 5 syarikat jer.. Yang xleh blah, cam 10 orang jer 留学生 yang hadir pada seminar kali nih (笑) Mungkin masa seminar nih dijalankan agak "lawak" sebab pada ketika nih dah ramai yang sudah menghantar ES (Entry sheet) dan mula bersiap-sedia dengan 面接 (Interview) dsb.. Selain 京セラ (Kyocera), hampir semua syarikat yang hadir ak x pernah dengar.. Tapi boleh kata sumer syarikat tuh memiliki syarikat di luar negara termasuk Malaysia.. Menarik gak bila dgr ada syarikat yang x memerlukan pelajar menghantar ES pon, penilaian hanya akan dibuat 100% menerusi 面接! Ada juga syarikat yang direct tanya pelajar yang berminat ntk hadiri 会社セミナー (Company seminar) walaupon x daftar ape2.. Hmm, ghupe2 nyer banyak gak 会社 yang ak x kenal tp menarik.. Wah, makin kompius nak jadi ape lepas grad kan~ (迷) Konon nyer berikut merupakan sebab 留学生 diperlukan ntk bekerja di Jpon:

国際化 (Internalization)
Hampir semua syarikat di Jpon mula mengambil serius dalam mengembangkan syarikat di luar negara terutama di benua Asia memandangkan beberapa tahun akan datang, ekonomi dunia bakal dipegang oleh Asia.. Buat masa nih, rata2 売上高 (Sales) syarikat Jpon adalah 国内 (Domestic) kendatipun syarikat di luar negara melebihi bilangan syarikat dalam negara.. 

国際経営管理 (Internationally business management)
Syarikat Jpon memerlukan グローバル社員 (Global employee) yang boleh bergerak ke mana2 negara dan membantu mengembangkan syarikat berkenaan..

語学力不足 (Language ability insufficiency)
Majoriti warga Jpon lemah dalam bahasa terutama 英語 (English) jadi tumpuan kepada 留学生 agak tinggi dalam aspek nih..
 
少子化 (Declining birth rates)
Yang nih paham2 jer la..
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC