Followers

Tuesday, 15 February 2011

Hiroshima Trip: Day 2

13 Febuari - HIROSHIMA

Destinasi hari nih ialah melawat 宮島 (Miyajima) yang juga merupakan salah satu daripada 日本三景 (Three views of Japan).. Lepas check out daripada hotel dalam jam 1000, kitorang bertolak menuju ke 路面電車 (Tram) berdekatan dan daripada situ menuju ke 宮島口 (Miyajima ko).. Kalo bertolak dengan menggunakan 電車 (Train) semestinya lagi laju, tp alang2 dah dpt tiket 1 day-pass (路面電車 + Ferry) dalam harga pakej percutian ke 広島 (Hiroshima) kali nih, terpaksalah bersabar menaiki 路面電車 yang tiada 快速 (Rapid) jadi mengambil masa hampir sejam! Turun kt 宮島口, jalan kaki sket menuju ke perhentian feri berdekatan dan daripada situ naik feri menuju ke 厳島 (Itsukushima Island) atau lebih popular dengan nama 宮島.. Masa perjalanan menaiki feri sekitar 5~10 minit dan waktu kitorang sampai, agak terkejut gak dengan bilangan pelancong asing yang hadir; kebetulan pada waktu yg sama juga diadakan かき祭り (Oyster Festival) yang bermula sejak 12hb.. 


Kelaparan pada pagi tuh diisi dengan もみじ天 (Maple tempura?) yang berharga 250円 sebatang.. Kaw2 orang beratur panjang giler semata2 nk membeli? かき (Oyster) telah membatalkan niat asal ntk lepak2 layan 祭り pagi tuh.. Sebaliknya kitorang meneruskan perjalanan menuju ke 厳島神社 (Itsukushima Shrine) yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage.. Awalnya agak kecewa gak sebab waktu kitorang tiba, cuaca sedang mendung jadi x dpt amik gambar 大鳥居 (Big Torii) dengan lawa (-_-") Tensen dengan 大鳥居, kitorang masuk 厳島神社 setelah membayar 300円 ntk tiket masuk~ Dalam banyak2 tokong yang pernah ak lawati, memang 厳島神社 boleh dikatakan paling terbaek sebab luas giler dan kita leh masuk explore tokong tersebut secara bebas.. Malah boleh senyap2 amik gambar sebab orang ramai sangat yg buat (笑) Kebetulan ada diadakan upacara perkahwinan ala tradisional di dalam tokong tuh, jadi dapat 体験 (Experience) gaya perkahwinan tersebut buat pertama kali~ 

大鳥居

厳島神社

Alhamdulillah, selesai pusing 厳島神社, matahari memunculkan diri jadi misi mengambil gambar 大鳥居 diteruskan sehingga puas.. Makan tengahari kitorang pada hari nih ialah di sebuah kedai うどん (Udon) dan menu yg di pilih semestinya かきうどん (Oyster udon) yang istimewa di 宮島; dah sampai 広島 baru ak tau yang かき dan お好み焼き (Okonomiyaki) merupakan makanan terkenal di sini ;) Usai makan, kitorang meneruskan perjalanan ke 大聖院 (Daisho-in) yang turut tersenarai dalam 世界遺産 (World Heritage) di 宮島.. Tokong nih terletak di Gunung Misen yg konon nyer gunung suci bagi penganut agama Buddha mazhab Shingon? Antara tokong yang mempunyai bilangan berhala terbanyak kot daripada berhala kecik kepada yg besar.. 地蔵 (Bodhisattva who looks over children, travelers, and the underworld) dihias dengan topi dan pakaian agak jarang di lihat.. 大聖院 merupakan spot terkenal ketika 秋 (Autumn) memandangkan ia dikelilingi pokok berdaun もみじ (Maple)..

地蔵
Senduk nasi terbesar dunia?!

Jika naik atas lagi, ada disediakan perkhidmatan Miyajima Ropeway yang mana pengunjung boleh naik kereta kabel dan melihat pemandangan dari atas Momijidani Park.. Tapi harga tiket gi balik 1800円 membuatkan kitorang membatalkan hasrat ntk naik atas.. Sebaliknya, kitorang g usha pagoda 5 tingkat dan juga 千畳閣 (Hokoku Shrine).. Bayaran tiket masuk ialah 100円; dalam nya menghimpunkan pelbagai jenis hiasan 杓文字 (Senduk nasi) yang beraneka saiz.. Ak dok pelik apsal banyak giler 杓文字 lalu tanye kt sami yang bertugas, ghupe2 nyer senduk nasi nih berasal daripada 宮島 hasil ilham seorang sami di situ yang ingin berbakti kepada masyarakat sekitar.. Sape sangka ciptaan sami tersebut leh tersebar seluruh Jpon sehingga ke Malaysia dan juga seantero dunia! Sebelum pulang, kitorang singgah jap kawasan kedai2 cenderahati; banyak giler kedai yg jual senduk nasi ;) Siap ada senduk nasi terbesar di dunia dipamerkan di situ.. 

Senduk nasi yang dijadikan hiasan..
広島城

Kitorang naik feri sekitar jam 1630 lalu bertukar ke 路面電車 menuju ke hotel member memandangkan ak tumpang letak beg umah diorang.. Sebelum g hotel, kitorang lepaskan hajat ntk melawat 広島城 (Hiroshima Castle) tp malang nyer ak x dpt amik gambar dalam jumlah yang banyak memandangkan bateri kamera hampir kong.. Sengal gak sampai istana sekitar jam 1740, jadi x dapat masuk dalam istana tuh.. Usai puas mengambil gambar, kitorang pulang semula ke hotel ntk solat dan berehat.. Makan malam di sebuah restoran Itali; ak order シーフードピラフ (Seafood pilaf) tp makan x abis sebab banyak sangat bawang (笑) Usai makan malam, kitorang bertolak ke 広島駅 (Hiroshima Station) dan naik 新幹線 (Bullet train) pada jam 2010~ Selamat tiba di 新大阪 (Shin Osaka) sekitar jam 2145 lantas menukar keretapi menuju ke 南草津 (Minami Kusatsu).. 


Rumusan
Alhamdulillah, Hiroshima Trip kali nih berjalan dengan baik meskipun pada awal pagi tuh hujan turun sedikit namun cuaca berubah cerah pada sebelah petang.. Yang bestnye Hiroshima ialah x banyak tempat tourist spot, dan majoriti tempat tourist spot tuh berdekatan antara satu sama lain.. Agak kecewa gak x dpt singgah Mazda Museum sebab ia hanya dibuka pada hari minggu sahaja.. Biasanya jika singgah ke tempat baru, ak suka menziarah universiti terkenal di situ tp kali nih 広島大学 (Hiroshima University) terletak di bahagian timur; agak jauh daripada 広島駅.. Malah ak juga terkilan x dpt melawat Masjid Hiroshima yg juga terletak berdekatan dgn 広島大学.. Mungkin jika diizinkan-Nya ntk ziarah 広島 lagi di masa akan datang, akan ak cuba menziarah tempat2 nih.. Setakat nih, ak dah g 2 tempat daripada 日本三景; jadi yang terakhir ialah Matsushima Bay di Miyagi pref.. jauh la plak -_-"

p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini=

6 comments:

  1. wah..comelnye maple tempura tu..syg nak makan..hehe

    ReplyDelete
  2. camner rasa maple tu bro? macam bahulu ke ek?

    ReplyDelete
  3. maple tempura tuh bentuk jer ikut bentuk maple.. ak pilih perisa sotong.. boleh tahan aa~

    ReplyDelete
  4. sweater arsenal tu yg mahal!
    ahahahah

    ReplyDelete
  5. memang mahal pon bro..
    huhu, kene pakai puas2 kt sini..
    dah balik Malaysia kang kompem dah x pakai ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC