Followers

Tuesday 2 August 2011

Nagoya trip

29~1 Ogos - NAGOYA

Alhamdulillah, jika sebelum ini ak hanya berpeluang untuk lalu 名古屋 (Nagoya) ketika menaiki 新幹線 (Bullet train) dalam perjalanan daripada 関西 (Kansai) ke 関東 (Kanto) tapi kali ini, ak akan menetap selama 3 malam di rumah seorang rakan.. Kehadiran ak ke 名古屋 adalah bagi menghadiri sebuah seminar antarabangsa yang diadakan di 名古屋大学 (Nagoya U).. Berikut merupakan rentetan perjalanan ak:


29 July: 名古屋城 (Nagoya Castle)
Bertolak agak lambat daripada rumah sekitar jam 1330 gara-gara terlebih tidur pada pagi itu.. Plan hendak melawat 名古屋城 sebelum bergerak ke rumah member; kaunter tiket tutup pada jam 1630 jadi terpaksa beli tiket 新幹線 daripada 米原 (Maebara) ke 名古屋 membuatkan total harga tiket perjalanan pergi adalah sekitar 3500円 (RM 132).. Alang-alang terus beli tiket balik sekali pada harga sekitar 5500円~

Dalam perjalanan terlihat Solar Ark di Gifu Prefecture.. Salah satu penjana elektrik tenaga solar berbentuk bahtera dan terkenal di dunia..

Selamat tiba di 名古屋駅 (Nagoya Station) sekitar jam 0315, kena tukar naik 地下鉄 (Subway) untuk pergi ke stesen terdekat dengan 名古屋城.. Malangnya kad ICOCA tidak boleh digunakan di 名古屋; ingatkan 西日本 (West Japan) semua lepas ;) Jenguh juga kena berjalan kaki agak jauh untuk tiba di 名古屋城, alhamdulillah sempat juga tiba sekitar jam 1545 dan harga tiket masuk adalah sebanyak 500円 (RM 19)~


Ini merupakan istana pertama yang pernah ak masuki di Jpon sehingga ke tingkat atas sekali.. Setiap tingkat ada bahagian sejarah yang dipamerkan; ada satu tingkat itu siap tunjuk jenis-jenis 虫 (Insects) dah macam muzium ;) 名古屋城 terkenal dengan patung  金鯱 (Golden dolphin) sehingga boleh didapati di bahagian atap istana.. Istana ini di bina mengikut arahan Ieyasu Tokugawa dan siap dibina pada tahun 1612..


Namun beberapa bahagian istana ini musnah teruk akibat ledakan bom US sewaktu WWII.. Beberapa artifak yang dipamerkan di dalam istana ini merupakan peninggalan yang terselamat dan kini dilabel sebagai artifak negara.. Puas pusing 名古屋城, ak meneruskan pula perjalanan menuju ke 名古屋大学 yang juga nama stesen 地下鉄 kerana rumah member agak dekat dengan U.. (link)


30 July: Nagoya University
Memandangkan hari ini seminar sampai malam, ak plan untuk pusing sekitar 名大 (Nagoya U) sahaja yang ternyata antara U paling luas di Jpon.. Menariknya kampus yang ak lawat ini tidak mempunyai pondok jaga yang mengawal pintu masuk utama sebab ia terletak boleh kata di tengah-tengah jalan (笑) Di katakan pelajar termasuk keluarga dari Malaysia ada sekitar 50++ di sini..




名大 juga antara universiti yang mempunyai 4 pemenang Nobel prize! Ada muzium kecil khusus untuk mereka tapi malangnya waktu ak pergi, ia dah tutup (-_-)" Sempat singgah dewan solat untuk solat Jumaat yang terletak di bangunan 国際センター (International Center).. Konon nya hampir 100 muslim yang hadir untuk solat berjemaah di sini setiap hari jumaat! Starbucks dan Family Mart ada di dalam kampus ini~  


Toyoda Auditorium


31 July: Nagoya Mosque
Asalnya teringin untuk menghadiri 花火大会 (Fireworks festival) terbesar di 名古屋 yang kebetulan diadakan pada malam itu namun Allah menyediakan jalan untuk ak turut sama meraikan sambutan Ramadhan di Masjid Nagoya.. Bergerak daripada 名古屋大学 menaiki kereta seorang pelajar PhD yang menuntut di 名古屋工業大学 (Nagoya Inst. of Technology) bersama salah seorang speaker seminar..


Sewaktu tiba di masjid sekitar jam 2050, para jemaah masih sedang mengerjakan solat Isya'.. Ingatkan selesai Isya' akan terus mengerjakan Tarawikh, tapi tidak kerana mereka tunggu sehingga jam 2120 untuk mendengar pengumuman waktu puasa di Malaysia! Masjid Nagoya mempunyai 4 tingkat yang mana tingkat 2 dikhususkan untuk golongan wanita.. Imam masjid ini merupakan orang warganegara Mesir~


Sejarah masjid di Nagoya agak menarik kerana masjid pertama didirikan pada tahun 1937 oleh pedagang Turki.. Malangnya masjid tersebut musnah dalam serangan bom pada tahun 1945 ketika WWII dan selepas itu, tiada masjid di bina di Nagoya sehinggalah pada tahun 1989.. Solat Tarawikh sebanyak 8 rakaat dan pada rakaat terakhir solat witir, Imam membacakan doa Qunut berserta doa lain ;) (link)


1 Ogos: Nagoya
Banyak juga tempat yang ingin ak lawat memandangkan ak plan untuk pulang ke 滋賀 (Shiga) sebelum berbuka puasa, tapi malangnya tak banyak tempat beroperasi pada hari Isnin di Jpon ini (-_-") Melepas nak melawat muzium Toyota, Toyokawa Art Museum, dsb.. In the end, ak pusing2 sekitar 栄 (Sakae) dan melawat Nagoya TV Tower, Oasis 21, dan 大須観音 (Osu Kannon) yang banyak kedai-kedai di kawasan sekitarnya.. Alhamdulillah, sempat tiba di rumah betul-betul waktu berbuka ;)

Nagoya TV Tower
Oasis 21 (Pandangan daripada atas menara)
大須観音
Deretan kedai di sekitar 大須観音

p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC