Followers

Friday 5 August 2011

Emirates Cup 2011

30~31 July - LONDON


Saingan Emirates Cup (EC) pada tahun ini menyaksikan 4 kelab dari liga yang berbeza bertanding untuk merebut piala EC bertempat di stadium Emirates; Arsenal, New York Red Bulls (NYRB), Boca Juniors, dan Paris St. Germain.. Namun tumpuan EC kali ini semestinya kepada kembalinya pemain legenda Arsenal, Thierry Henry yang beraksi untuk NYRB.. Lebih menarik apabila, Henry yang juga merupakan kapten pasukan berjaya merangkul piala EC pada tahun ini setelah mencatat keputusan seri 1-1 menentang Arsenal pada hari kedua kejohanan.. Konon nya Henry teringin untuk beraksi dengan jersi Arsenal pada 5 minit terakhir perlawanan namun pengadil perlawanan tidak membenarkannya (-_-") 

One true legend! 

Update
Kegagalan Arsenal untut mencatat kemenangan dalam kejohanan EC pada tahun ini sekali lagi menaikkan kening peminat yang nyata-nyata kecewa kerana kemarau piala selama 6 tahun.. Setakat ini, hanya 2 pemain baru yang masuk dan 4 pemain telah meninggalkan skuad.. Bendtner, Almunia, dan Eboue bakal meneruskan perjuangan di kelab lain manakala desas-desus tentang penghijrahan Fabregas dan Nasri masih menjadi buah mulut media sehingga kini.. Barisan pertahanan begitu memerlukan suntikan namun Arsene Wenger masih belum membawa masuk pemain baru lagi selepas Carl Jenkinson.. Squilaci dan Chamakh perlu meningkatkan mutu permainan jika ingin mendapat sokongan Gooners..


p/s Hmm.. posisi DM pun penting juga.. Musim lepas waktu Song tiada, Arsenal lagi banyak bolos! Harap-harap ada pemain baru posisi DM masuk sebelum musim baru bermula.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC