Followers

Monday 7 November 2011

Eid Adha 2011

6 November - KYOTO


Alhamdulillah, 10 Zulhijjah 1432 jatuh pada hari Ahad bagi tahun ini yakni hari cuti umum berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya.. Malah, tarikh ini juga amat bermakna buat komuniti Muslim di Kusatsu kerana kami telah berjaya mendapatkan sebuah rumah kosong untuk dijadikan surau tetap di sini dan solat raya pagi ini juga telah selamat diadakan di surau tersebut.. Solat raya bermula sekitar jam 0900 dengan berimamkan seorang remaja berusia 15 tahun yang hafeez Al-Quran! Menariknya, remaja tersebut warganegara US di mana ayahnya US dan ibunya Jpon! Kebetulan dia sedang melawat keluarga ibunya di Jpon lalu "diangkut" untuk menjadi imam solat sunat raya pada pagi ini..

Surau terletak di atas kedai urut (笑)

Solat sunat raya pada pagi ini mengikut mazhab Hanafi? yang mana takbir 4 kali pada rakaat pertama dan takbir 3 kali selepas rukuk pada rakaat kedua! Kononnya ada perbezaan cara mengangkat takbir antara solat sunat aidilfitri dan aidiladha mengikut mazhab Hanafi.. Khutbah juga agak menarik membincangkan tentang konsep Qurban di dalam Islam.. Di Jpon tiada lembu atau kambing yang dikorbankan; namun pentingnya ditekankan di sini ialah kisah Nabi Ibrahim yang sayangkan anak baginda, Nabi Ismail namun atas perintah Allah, sanggup untuk mengorbankan anak baginda sendiri.. Imam itu mengingatkan tidak bermakna kita tumbangkan binatang kalau kita tidak ada hubungan kasih sayang seorang pengembala terhadap haiwan peliharaannya.. 


Selesai khutbah, kami dijamu pula dengan sedikit juadah yang disediakan oleh warga Bangladesh di situ seperti nasi beriani, kari ayam dan beberapa juadah lain.. Sempat bertegur sapa dengan beberapa warga Uzbekistan yang baru tiba 2,3 bulan yang lepas.. Selesai majlis di Kusatsu, kami bergerak pula ke 修学院国際交流会館 (Shugakuin International Community House) bagi menghadiri majlis bersama MyKyoto pula.. Bergerak sekitar jam 1030 dan selamat tiba di destinasi sekitar jam 1115.. Majlis bermula sekitar jam 1200; turut memeriahkan majlis adalah ibu bapa seorang kenalan yang kebetulan berada di Kyoto untuk bercuti.. Pertama kali diketemukan dengan pasangan Jpon yang memeluk Islam 10 tahun yang lalu..


Menariknya mereka berkahwin di Malaysia sewaktu yang lelaki buat Masters di UIA; kononnya dinikahkan oleh Ustaz Harun Din! Sempat temu-ramah dia bagaimana boleh mengenal Islam; dia menuntut di International Christian University di Tokyo dalam bidang agama.. Berminat tentang Islam melalui bahan bacaan lantas mengucapkan syahadah di Tokyo.. Dia kata sebelum masuk Islam, dia tidak pernah berjumpa dengan orang Islam! Kini bekerja sebagai prof. madya di Doshisha University dalam fakulti ketuhanan; kononnya sepanjang menetap di 京都 (Kyoto) dia pernah nampak kurang daripada 20 orang Japanese Muslim (Alhamdulillah)~ Juadah yang tersedia memang boleh buat kami lupa tentang masakan ibu di kampung (笑) Majlis bersurai sekitar jam 1500~

p/s Tahun ke-4 menyambut Aidil Adha di perantauan.. InsyaAllah lagi 3 tahun di sini o_0 

1 comment:

  1. Assalamu Alaikum,

    Can you tell me about any mosque in Ritto Shiga? as I am travelling there in November.

    Regards,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC