Followers

Tuesday 22 March 2011

Penjelasan Kesan Radiasi terhadap Makanan & Minuman


Pelbagai jenis dugaan yang menimpa masyarakat Jpon terutamanya dibahagian 福島 (Fukushima) bermula daripada gempa bumi M9.0, tsunami, kerosakan loji nuklear, dan kini berita mengenai bahan radiasi yang mula tersebar di sekitar tempat dan menjangkiti makanan dan minuman.. Sejak beberapa hari yang lepas, penduduk 福島 terpaksa bergantung kepada bekalan air botol sumbangan orang ramai kerana sumber air di situ terjejas teruk selepas terdedah kepada bahan radiasi.. Berita baik setakat ini ialah peringkat radiasi di sekitar reaktor semakin berkurangan meskipun kelibat awan kelabu di reaktor no.2 dan no. 3.. (link)

Bacaan radiasi semakin berkurangan di 福島

Malang sungguh apabila bacaan radiasi dikesan di kawasan pertanian dan perladangan seperti bayam dan susu; fokus tertumpu kepada susu kerana susu merupakan punca utama bahan radiasi merebak kepada penduduk sewaktu tragedi Chernobyl pada tahun 1986~ Ia berlaku kerana rumput yang dimakan oleh lembu telah terdedah kepada bahan radiasi menyebabkan susu yang dihasilkan mengandungi dose radiasi yang tinggi.. Oleh kerana ini merupakan suatu fakta yang diketahui umum, setiap produk akan diperiksa sukatan tahap radiasi terlebih dahulu sebelum dipasarkan; sekiranya bacaan radiasi adalah tinggi, produk tersebut termasuk tempat ia dihasilkan akan diharamkan.. 

Jadual yang memudahkan anda memahami tentang dos radiasi

Berikut merupakan fakta yang disediakan oleh World Health Organization (WHO) berkaitan risiko ancaman radiasi terhadap kesihatan di Jpon;-

Food contaminated with radioactive material will not appear spoiled, but consuming such food will increase the amount of radioactivity a person is exposed to and could increase the health risks associated with exposure. For example, it could increase prevalence of certain cancers in the future. The exact effects on specific organs will depend on which radionuclides have been ingested and the amount being ingested.

Beberapa produk daripada tempat2 yang terjejas teruk telah dihalang daripada dipasarkan setelah disyaki positif bacaan radiasi nyer, namun meskipun anda tinggal berhampiran dengan 福島, produk2 yang dipasarkan di tempat tinggal anda masih selamat! Berikut pula merupakan sedikit fakta mengenai makanan tercemar yang disediakan oleh ASAHI: (link)


  • Bacaan radiasi yang tinggi adalah dinilai ntk dos sepanjang tahun, jadi kalo termakan atau minum produk yang tercemar masih dianggap selamat..
  • Buat masa nih, hanya sayuran berdaun seperti bayam sahaja yang mudah dicemari bahan radiasi..
  • Susu yang dihasilkan di 5 buah bandar sekitar 福島 dilaporkan melebihi paras selamat yang ditetapkan, namun susu di tempat lain dilaporkan selamat..
  • Sehingga kini, bekalan air di seluruh negeri di Jpon di periksa setiap hari; meskipun diragui keselamatan ntk di buat minum, air tersebut masih lagi selamat ntk mandi ataupon basuh baju..


 Berikut pula merupakan beberapa gambar yang ak sempat ambil daripada TV:



Risiko terhadap kesihatan apabila bacaan radiasi melebihi 100 mSv

Seseorang perlu memakan 84kg bayam ntk mendapatkan bacaan 100 mSv! 

Tahap radiasi di sekitar kawasan 福島県 dan 宮城県 yang agak membimbangkan tetapi masih dilaporkan selamat..

Kesan radiasi terhadap makanan dan minuman memang perkara yang serius; meskipun kerajaan Jpon berkali2 menerangkan bahawa bacaan terkini masih dibawah paras normal, segala2nya bergantung kepada penduduk ntk menjaga keselamatan sendiri tanpa menyusahkan orang lain.. Buat masa nih, bekalan makanan dan minuman dilaporkan cukup di 避難所 (Shelter) kerana mereka bijak menguruskan soal pemakanan.. Agak kecewa juga apabila dilaporkan tabung bencana di sebuah tokong di curi orang; ternyata orang yang suka mengambil kesempatan berada di mana2 jer.. -_-" 

p/s Ada rumor konon nyer 計画停電 (Rolling blackout)  bakal berterusan sampai 冬 (Winter) tahun depan ??
 credit to link

8 comments:

  1. chanto setsumei shite, nantonaku wakarimashita.
    mintak share ye

    ReplyDelete
  2. adoiyaii . haram satu ape tak paham tulisan kt tv tuu . huhu .
    btw , great info ! :D

    ReplyDelete
  3. sensei kindai, huhu...glamer la 伊藤 所長..

    ReplyDelete
  4. haha.. sensei ko ke maarop!

    ReplyDelete
  5. Pasal rolling blackout tu TEPCO kata, ia satu kemungkinan yg tak dpt dielakkan jika penjimatan elektrik tidak dilakukan.

    Maka penduduk Kanto perlu berusaha keras dan bersabar, kurangkan penggunaan aircon, x psg heater (yg guna elektrik), x stay up kenkyu memalam (mesti bebudak kat kanto suka), dll

    ReplyDelete
  6. huhu.. baru nk plan turun kantou natsu nih.. x jadi la~ kui3

    ReplyDelete
  7. bukan sensei kenkyu aku. tapi, dia bukan sensei pun skang psl dia pegang kindai reactor lab punya 所長. so dah masuk admin laa. mmg kuwashii la psl rector dan radiation ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC