Followers

Sunday, 6 March 2011

モリ工業 (MORY)

28 Feb ~ 4 Mac - OSAKA

Ak telah menghadiri kursus internship di モリ工業株式会社 (MORY) selama 5 hari bermula pada 28 Febuari dan berakhir pada 4 Mac.. Memandangkan kedudukan kilang nih daripada umah ak agak jauh ntk ulang alik (2 jam 30 minit kalo naik train), ak tumpang tido di umah 後輩 (Junior) berdekatan 近畿大学 (Kinki University) sejak 27 Febuari lagi.. Waktu kerja di MORY agak awal iaitu 0800~1700; ulang-alik daripada 長瀬駅 (Nagase Station) menuju ke 千代田駅 (Chiyoda Station) sepanjang 5 hari dengan kos perjalanan sehala sebanyak 730円.. Jumlah masa yang diambil pon sejam lebih membuatkan ak terpaksa bangun awal setiap hari pada jam 0500 ntk bersiap dan naik 電車 (Train) pada jam 0630 setiap pagi.. Pengalaman berkejaran beramai2 apabila keluar daripada 電車 jelas terasa memandangkan ak kene 乗り換え (Transit) sebanyak 3 kali ntk tiba ke destinasi..


MORY hanya mengambil pelajar asing ntk turut serta dalam kursus internship dan tahun nih merupakan kali ketiga kursus nih dijalankan.. Malah setiap tahun, hanya sekali jer iaitu pada waktu 冬 (Winter)~ Kali nih, hanya 2 orang pelajar yang turut-serta, sorang daripada Malaysia dan sorang lagi daripada Thailand.. Mamat Thailand nih juga merupakan pelajar Masters first year dan menuntut di 大阪産業大学 (Osaka Sango University).. Berbeza dengan ak, dia dah menetap di Jpon selama 6 tahun bermula daripada belajar 日本語 (Japanese) selama 1 tahun di 東京 (Tokyo) hinggalah kepada status pelajar di U.. Biarpon berlainan bangsa dan agama, brader nih memang senang diajak borak dan dia juga turut sibuk 就職活動 (Job hunting) buat masa nih..

Contoh pekerja cemerlang.. (笑)

Tabik spring ngan budaya Jpon sebelum memulakan kerja iaitu senaman ringan selama 5~6 minit mengikut isyarat radio.. Lepas tuh semua pekerja akan masuk ke dept. masing2 dan berkumpul dalam 1 bulatan.. Salah sorang pekerja akan bercerita tentang sesuatu dan saling mengingatkan antara satu sama lain.. Sorang pekerja ditetapkan ntk mengendali 視差呼称 (Pointing and calling) iaitu salah satu kaedah keselamatan di tempat kerja bagi mengelakkan berlaku kesilapan dengan cara menyebut perkataan2 di bawah dengan kuat (Perkataan terakhir diulang sebanyak 3 kali).. 

その手、その位置、安全か、ルールを守って... ゼロ災よし!

Lepas tuh, setiap pekerja akan berhadapan dengan pekerja disebelah mereka sambil memeriksa pakaian masing2 ntk pastikan semua butang lengan dah berkatup dan bersedia ntk berkerja.. Selesai memeriksa, mereka akan menyebut "ご安全に (Selamat~)" sebelum bersurai daripada 朝礼 (Morning Assembly) pagi tuh.. Berikut merupakan jadual ringkas apa yang ak buat di MORY selama 5 hari..

時間
内容
留意事項
0730~0750
出勤 (Arrive at work)
始業10分前には職場の所定の場所に集合
0754
ラジオ体操 (Radio calisthenics)
部署ごとに所定の場所で行う
0800
朝礼 (Morning assembly)
就業 (Work)
l   部署ごとに連絡事項や注意事項を確認する
l   朝礼の最後に指差呼称を行い持ち場につく
1000
休憩 (Rest)
就業時間に食い込まないよう時間厳守する
1010
就業

1200
昼休み (Lunch break)
食堂にて昼食をとる
1240
腰痛体操 (Lumbago calisthenics)
朝のラジオ体操と同じ要領で八段(筋肉をほぐす中国の体操)を行う
1245
就業

1500
休憩

1510
就業

1700
終業・退社

  
First Day
Untuk hari pertama, kitorang diminta ntk lapor diri awal sket iaitu pada jam 0730~ Ntk itu, ak kene bertolak dari umah pada jam 0530 ntk kejar 電車 jam 0600 pada pagi tuh.. Selesai melapor diri dan sedikit pengenalan, kitorang diberi taklimat ringkas tentang MORY dan seterusnya di bawa ke bilik persalinan ntk menukar pakaian.. Atur cara hari nih lebih kepada 工場見学 (Factory inspection) dan belajar tentang apa yang dijalankan di kilang tuh.. Kaw2 mengantuk sebab dok dalam bilik pastu dengar apa yg diucapkan oleh 5 orang pekerja QC (Quality Control) iaitu pekerja department yang akan ak stay selama 5 hari di MORY..

Pengenalan ttg 品質管理 (QC)

Second Day
Hari nih plak hari pertama ak melapor diri di QC Dept. dan diperkenalkan dihadapan hampir 15 orang pekerja QC oleh 部長 (Head of Dept).. Aktiviti pada belah pagi ialah belajar ttg 材料・圧延 (Materials and Rolling) iaitu bahan yang digunakan ntk menghasilkan paip dan juga teknik yang digunakan ntk meleperkan bahan tersebut ntk mendapatkan ketebalan yang dikehendaki.. Pada belah petang pula ak diajar ttg 造管 (Forming Pipe) iaitu bagaimana paip tuh dihasilkan.. 


Third Day
Pada belah pagi ak diajar tentang 仕上げ (Completion) iaitu bagaimana paip yang telah dihasilkan itu di periksa dan dibungkus ntk dihantar kepada pembeli.. Kilang nih menggunakan mesin yang dicipta sendiri oleh pekerja mereka dan ada sebilangan kecil mesin di situ berfungsi selama 24 jam tanpa henti kerana jika ditutup suis, masa ntk 起動 (Activation) mengambil masa hampir 1 hari! Pada belah petang pula ak diajar ttg 高周波溶接 (High frequency Welding), 配管 (Piping), 装飾管 (Pipe ornament), dan 引張試験 (Pulling test).. Sebelum balik umah, ak singgah sat ke でんでんタウン (Denden-Town) yang konon nyer adik-beradik 秋葉原 (Akihabara).. Walaupon kedai2 letrik di situ x banyak nau cam 秋葉原, boleh tahan aaa sebab banyak gadget2 yang menarik leh didapati di sini~ 

Cheese Cake yang terkenal.. Satu berharga 580円; ak beli 2 ntk dijamu bersama 後輩 Kinki.. Last2 diberitahu ada gelatin -_-"

Fourth Day
Setiap pagi khamis selepas berakhir 朝礼, setiap pekerja akan berkumpul dalam bulatan kecil ntk 危険予知訓練 (Kiken Yochi Training) iaitu sorang pekerja akan menunjukkan sekeping gambar kartun seorang pekerja yang sedang melakukan kerja di kilang.. Mereka akan mula berbincang tentang bahaya2 yang boleh timbul sekaligus mengingatkan antara satu sama lain ntk menjaga keselamatan di tempat kerja.. Pada belah pagi ak diajar ttg 条鋼・加工品 (Finished Goods); selain menghasilkan batang paip sahaja, kilang nih turut menerima tempahan ntk menghasilkan bekas spesifik ntk bateri NaS (Sodium sulfate).. Pada belah petang pula ak di ajar ttg 水フレキ、EXなど iaitu jenis paip fleksibel dan paip yang digunakan ntk 熱交換器 (Heat exchanger).. Malam tuh plak sebelum balik umah, ak singgah sat kt 道頓堀 (Dotombori).. Banyak giler hotel ehem2 kt sekitar 道頓堀.. (笑) Singgah makan kt restoran India skali depa leh buat party kt situ.. Kalo nk join kene bayar 3000円; awal nyer ak nk blah cari makan kedai lain jer tp dipaksa ntk stay konon nye nk kasi ak makan free.. Time dah abis makan tetiba dia suruh bayar 1500円 (-_-")  

Antara kedai2 menarik di 道頓堀


Last Day
Sepanjang hari nih ak x pusing2 kilang seperti hari sebelum nyer, tp fokus kepada 実験室 (Lab) yang mana ak belajar ttg cara ntk menyelidik kerosakan pada batang paip dgn menggunakan mikroskop dsb.. Macam2 mesin yang digunakan dalam 実験室; paling mahal ialah mesin keluaran Shimadzu yang konon nyer mencecah 6800万円! Sekitar jam 1630, kitorang di minta ntk menulis sedikit komen mengenai keseluruhan kursus internship kali nih.. Selesai menulis, kitorang dijamu di sebuah restoran Jpon yang berdekatan dengan kilang sekitar jam 1800.. Layan giler makan besar pastu dibelanja lak tuh.. Waktu tgh makan, masing2 membuka citer; dapat juga bercerita ttg Islam meskipun ditanya pendapat ak ttg pergolakan antara mazhab Sunni ngan Syiah -_-" Dpt promote Malaysia pon dah satu bonus ;) Sebelum pulang, masing2 diberi sampul berisi duit tambang; hampeh x dpt duit tambang dari 南草津 (Minami Kusatsu) -_-"

Menu pada malam nih.. Kos sekitar 2万円~
お疲れ様!

Conclusion
Alhamdulillah, hasrat ntk mengikuti kursus internship sekian lama di Jpon telah terlaksana dengan jayanya.. Tujuan ak pilih syarikat nih adalah kerana tertarik dgn tugas 品質管理 (Quality Control) yg tertera dalam kertas.. Lagi satu ialah peluang ntk bercerita ttg Malaysia dan Islam kepada orang Jpon.. Bersyukur giler bila orang 人事 (Human Affairs) yang menjaga kitorang sepanjang kursus internship nih membantu mencarikan tempat ntk ak solat dan juga menjaga pemakanan ak.. Selamat makanan kegemaran ak, うどん (Udon) disediakan hampir setiap hari ;) Ak difahamkan antara tujuan MORY mengambil 留学生 (Foreign Students) sahaja adalah ntk memahami budaya asing dalam langkah syarikat ntk menghadapi グローバル化 (Globalisation)~ Kalo2 ada masa terluang, beberapa pekerja akan dok sembang tentang kehidupan kitorang sebelum datang ke Jpon dan ada juga yang tertarik ttg bagaimana ak solat dsb.. Bangga biler ada yg berminat ntk menetap di Malaysia lepas pencen kelak..  

p/s Entri tentang 品質管理 dan 造管 akan ditulis dengan lebih teliti di masa akan datang.. 

5 comments:

  1. setahu ak japan nih high -context culture..pentingkan hub jangka pjg & relationship tu lebih penting dr task..btul ke?:p

    ReplyDelete
  2. huhu.. x sumer kot..
    lain orang lain ragam dia..
    tp majoriti masyarakat Jpon ikut peraturan..

    ReplyDelete
  3. weii...jeles aku... my dream tu nk gi jepon..huhu

    ReplyDelete
  4. japanese memang suka dok m'sia pun. depa mewah kat sini. jenuh juga nak transit sampai 3 kali.. tapi suka dgn ketekunan mereka.. jauh sgt dgn org kita.

    ReplyDelete
  5. tp sikap mereka yg baik2 begitu dekat dengan apa yg disaran oleh Islam..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC