Followers

Thursday, 17 March 2011

Penjelasan Kesan Radiasi Fukushima

Jpon kini sedang dilanda malapetaka besar ibarat baru sahaja tamat WWII dengan gempa bumi yang terbesar pernah dicatat dalam sejarah Jpon ditambah lagi dengan bencana tsunami yang meranapkan beribu buah rumah di sekitar Iwate dan Miyagi.. Namun malapetaka yang kian membimbangi hampir seluruh penduduk Jpon termasuk penduduk Malaysia? ialah kesan radiasi akibat meletupnya loji nuklear di Fukushima.. Paling xleh blah ialah tersebarnya berita kononnye daripada BBC tentang hujan asid tp yang peliknya bukan di Jpon, tp di negara yg x asing lagi, Malaysia kerana rata2 penduduknya mudah cuak -_-" 


Ak x tau apa yang ditayangkan oleh media massa di Malaysia sehinggakan kami sering menerima panggilan telefon daripada ibu bapa hampir setiap hari kerana bimbangkan keselematan kami.. Pening bila ada yang suruh ak pulang ke Malaysia kerana takut ak terkena kesan radiasi sedangkan tempat ak daripada Fukushima berjarak lebih 500km jauh! Majoriti kitorang di sini setiap masa berada di hadapan TV ntk mendengar berita terkini dan taklimat tentang kesan radiasi tuh dan hampir semuanya menyatakan TIADA ANCAMAN TERHADAP KESIHATAN RAKYAT tapi ak syak berita yang dipaparkan di Malaysia tidak memberitahu tentang perkara nih.. 


Jpon memiliki 54 reaktor nuklear di seluruh negara dan bilangan tersebut menempatkan Jpon di kedudukan ke-3 terbanyak di dunia dibelakang USA (104 loji) dan France (59 loji).. Gambar di atas menunjukkan 発電電力量 (Power generation) pada tahun 2009 yang mana 29.2% daripada penjana kuasa di Jpon menggunakan teknologi nuklear..  制御 (Control) merupakan sesuatu yang penting apabila mengendalikan tenaga nuklear.. Video dibawah menerangkan dengan lebih tepat ttg loji nuklear dan sistem keselamatan yang terdapat di Fukushima~ Video dibawah juga menunjukkan masalah yang berlaku ketika gempa bumi tersebut.. 



Untuk memudahkan citer, semua sekali ada 5 "dinding" yang berfungi sebagai aspek keselamatan di dalam reaktor nuklear;
  1.  Pallet - Bahan uranium dibentukkan dalam saiz kecil 
  2. 燃料棒 (Fuel rode) - Pallet tersebut di susun di dalam batang rod yang mempunyai ketinggian hampir 4m dan digabungkan sebanyak 50~60 batang yang lain..
  3. 原子炉圧力容器 (Pressure vessel) - Kebuk tekanan nih diperbuat menggunakan aloi dan mempunyai ketebalan 15cm
  4. 原子炉格納容器 (Containment building) - Kebuk nih diperbuat daripada keluli dan mempunyai ketebalan 4cm
  5. 建屋 (Housing) - Bangunan yang diperbuat daripada konkrit dan mempunyai ketebalan 1m


Berikut merupakan rentetan peletupan loji nuklear yang terdapat di Fukushima:

12 Mac Jam 1536 : 水素爆発 (Hydrogen explosion) di reaktor no.1
14 Mac Jam 1100 : 水素爆発 di reaktor no.3
15 Mac Jam 0600 : 爆発 格納容器損傷? (Damage to the containment building??) di reaktor no.2
16 Mac Jam 0545 : 火災確認 (Fire detected) - 2 lubang bersaiz 8 meter persegi di reaktor no.4
16 Mac Jam 1101 : 白煙 (White smoke) di reaktor no.3

Difahamkan letupan yang berlaku pada reaktor no.1 dan no.2 adalah berpunca daripada 水素爆発; percampuran gas hidrogen dan oksigen akibat tahap air yang rendah dalam reaktor.. Tahap air rendah berlaku apabila bekalan elektrik bagi pam air ke dalam reaktor terputus akibat gempa bumi pada 11 Mac.. Sejak 12 Mac lagi , kerajaan Jpon telah mengarahkan penduduk yang menetap sekitar 原子炉 (Nuclear reactor) diasingkan sejauh 10km daripada tempat tuh.. Pada hari yang sama juga kerajaan melebarkan kepada jarak 20~30km atas faktor radiasi~ Pembacaan lanjut mengenai bacaan radiasi yang dicatat di sekitar 原子炉 boleh didapati melalui sini

Sievert
Unit Sievert (Sv) digunakan bagi menggambarkan efek biologi dari radiasi terhadap benda hidup.. Unit gray (Gy) digunakan bagi menunjukkan dos penyerapan suatu bahan apabila ia didedahkan kepada radiasi.. Oleh kerana kesan apabila benda hidup (manusia) menerima radiasi berbeza mengikut jenis radiasi yang diterima (sinar alpha, sinar gamma), cara pengiraan Sv boleh didapati melalui sini~ 放射線被爆 (Radiation poisoning) ialah suatu bentuk kecederaan terhadap organ kesan daripada radiasi.. Dalam setahun, seorang manusia terdedah kepada bahan radiasi pada nilai purata sekitar 2.4 mSv~ Bagi memudahkan kita faham tentang radiasi, sila rujuk gambar di bawah: (Bacaan adalah dalam unit mSv) 


Berikut merupakan bacaan yang dicatat di beberapa tempat di Jpon semalam: (Bacaan adalah dalam unit mSv) (link)



Melalui data2 di atas, sehingga kini ak berani jamin yang kesan radiasi di Jpon masih berada dalam keadaan terkawal dan kerajaan Jpon telah berusaha ntk menghalang bacaan radiasi nih daripada meningkat kepada bacaan bahaya.. Sikap tenang penduduk Jpon dalam menghadapi krisis nih memang wajar diberikan penghormatan berbanding dengan beberapa masyarakat Malaysia yang gemar menimbulkan huru-hara dengan menyebarkan berita2 palsu ttg bahaya radiasi dsb.. Kami di Jpon tidak mengharapkan apa2 melainkan doa daripada kalian semua agar kami semua selamat sejahtera dan Jpon dapat kembali kepada keadaan asal.. Bagi yang berminat ntk mengetahui keadaan semasa kesan radiasi dengan lebih teliti, silalah lawati laman web nih dan nih=

結論 (Conclusion)
Memang benar keadaan memang x seperti yang kitorang gambarkan lebih2 lagi dengan kebarangkalian gempa bumi susulan bakal muncul lagi selepas nih.. Alhamdulillah, tempat yang ak diami kini langsung x menunjukkan perubahan impak daripada gempa bumi dsb dan kedudukan geografi yang strategik juga telah menyelamatkan ak daripada bencana tsunami tempoh hari.. Ak tumpang simpati terhadap rakan2 yg tinggal di sekitar Tokyo kerana jarak mereka dengan Fukushima hanya sekitar 150km dan sejak beberapa hari yang lepas lagi 東京電力 (Tokyo Power Company) telah melaksanakan sistem 停電 (Blackout) secara berperingkat mengikut kumpulan bagi membantu menjana tempat2 yg terjejas teruk di Fukushima dsb.. 


Bekalan makanan dan persiapan asas ntk menghadapi bencana gempa bumi susulan seperti lampu picit dan bateri di beberapa tempat juga habis stok.. Kalo diikutkan nafsu, mahu saja ak beli tiket ntk pulang ke Malaysia tapi ntk kes ak, ancaman nyawa tuh masih lagi tiada dan ak sering berdoa agar krisis dapat berakhir dengan segera.. Mohon kepada semua ntk menderma sebanyak mana yg mampu agar dapat membantu meringankan beban penduduk yang kehilangan segala2nya ketika bencana kali nih~ Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima~  

皆、また再建しましょう!
p/s Tabik spring kt status facebook sorang member yang kini berada di Tokyo.. 


Penjelasan menarik ttg bahaya radiator di Fukushima bg memudahkan budak2 ntk faham situasi sebenar.. 

9 comments:

  1. bagus tul infomation ... setidaknya kita tahu apa yang terjadi kt sana dan bahaya radiasi tu.... thank kyo_9

    -wakil dari admin arrycode_Blog-

    ReplyDelete
  2. wow information padat dari kyo , ternyata kyo selamat , ngeeee~
    since dgr cerite pasal radiation and gempa bumi hari tuh , anis tringatkan kyo , the only one yg anis tau ade dekat jepon, but for sure i dont know your exact location , just that , TAKE CARE !!!

    ReplyDelete
  3. bukan berita tak bgtau.. tapi rakyat m'sia yang dapat informasi tak betol..tgok berita tak habis kot =.=''
    hahaaha! anyways.thanks kyo_9 . nice info =)

    ReplyDelete
  4. aku stat collect data guna bacaan org2 atau mania2 yg ukur tahap radiation. Smlm agak tinggi sikit, tp skang rendah mcm biasa..

    Tp aku nk ingatkanlah kepada mereka yg berada dimana2.
    Klu anda igt dgn hanya memakai mask, anda selamat dr radiasi, anda salah.
    Klu anda igt dgn mengelakkan "hujan asid" anda selamat, anda salah besar.
    Klu anda kononnya mengamalkan beberapa langkah utk menglakkan kesan radiasi, tp kuar masuk rumah mcm biasa, mkn kat luar mcm biasa, shopping mcm biasa, langkah2 yg anda ambil tu sia2 belaka.

    ReplyDelete
  5. great job saido.nek muak gk la tgk brita kt msia ni yg kdg2 ble pikir blik mcm msia ni lak yg ade loji nuklear n meletup.

    ReplyDelete
  6. Good JOb kyo... moga korang kat sane selamat n keadaan kembali pulih..


    lets pray for them..amiin

    ReplyDelete
  7. funny lak tengok yg last tu..

    ReplyDelete
  8. nice one! mntak share kt fb..
    salam bl0gger dr ch0u ch0h k0uhai

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC