Bermula jam 1446, gempa bumi dirasakan diseluruh Jpon yang mana bahagian 宮城 (Miyage) dan 岩手 (Iwate) mengalami kerosakan yang teruk akibat daripada gempa bumi tuh.. Pada ketika tuh, ak berada di tingkat 9 bangunan 京都駅 (Kyoto station) atas urusan peribadi.. Awalnya ak dok pelik apsal hati rasa cam x sedap jer, dok pikir mungkin pening semalam waktu layan roller coaster banyak sangat kt 長島スパーランド (Nagashima Spa Land) masih belum berakhir, sekali ghupe2 nyer bangunan tuh yang bergoyang pada magnitud 2~3! Mujur di tempat ak, gempa bumi hanya sementara dan selepas tuh, keretapi turut beroperasi seperti biasa..
Ak difahamkan 高層ビル (High building) bergoyang teruk pada magnitud rendah berbanding rumah biasa namun pada magnitud tinggi, risiko rumah biasa ntk runtuh lebih tinggi.. Alhamdulillah, buat masa nih hampir semua pelajar Malaysia dikhabarkan selamat namun atas sebab telefon x berfungsi di beberapa kawasan, ada sebilangan kecil yang masih gagal dihubungi termasuk beberapa member ak -_-" Bencana gempa bumi turut mengundang ancaman tsunami yang mana pagi tadi, ada beberapa bandar yang berdekatan laut ranap teruk dan bilangan kematian kian meningkat sehingga 606 orang seluruh Jpon (1400 orang MIA)
Magnitud 8.8 mencatat rekod sebagai 国内最大規模 (Domestic Biggest Scale) mengatasi 阪神・淡路大地震 (Great Hanshin Earthquake) pada tahun 1995! Beberapa kawasan utara Jpon masih berada dalam keadaan 停電 (Black out) sejak semalam dan kini penduduk sekitar 東京 (Tokyo) digesa supaya memberi kerja-sama ntk 節電 (Power saving) memandangkan tenaga letrik diperlukan ntk merawat mangsa2 yang dilaporkan mencecah ribuan.. Berita buruk buat masa nih ialah letupan disekitar 原子炉 (Nuclear power plant) Fukushima; buat masa nih masih menanti kepastian samada 原子炉 yang meletup atau x..
Berikut merupakan sedikit fakta tentang bencana yang melanda Jpon buat masa nih~
- Memandangkan keretapi x berfungsi di sekitar Tokyo, perniagaan basikal laku cam pisang goreng kerana ramai yang sanggup mengayuh ntk pulang ke umah masing2.. (Ada yang terpaksa jalan kaki berjam2 dalam sejuk sebab basikal sold out!)
- Lebih 60000 orang terpaksa bermalam di 横浜駅 (Yokohama Station) malam semalam sebab keretapi x berfungsi..
- Ni merupakan kali pertama ak layan TV tanpa iklan selama berjam2!
- Tiada laporan pasal orang yg amik kesempatan ntk curi barang ketika Jpon dilanda bencana nih..
- Oleh kerana magnitud gempa bumi kali nih mencecah kelas 8, kebarangkalian ntk gempa bumi nih berlaku beberapa kali selama sebulan itu pasti!
- First time tgk pembaca berita pon pakai penutup kepala waktu on-air..
- Bilangan kematian paling banyak dilaporkan di 岩手 (Iwate) iaitu 238 orang buat masa nih..
- Tsunami telah meranapkan 1 bandar di 宮城県 (Miyagi pref.)
- Jadual sukan dan peperiksaan yang sepatutnya berlangsung pada keesokan hari terpaksa ditangguhkan dek bencana kali nih..
p/s Akan diupdate dari semasa ke semasa melalui twitter..
tu yg respek bila tiada yg mencuri
ReplyDeletetgk berita kat cni pun nmpak gerun pasal tsunami kat jepun...mcm mane lah korang hadapi kat sane ek?
ReplyDeletehadapi dengan tabah!
ReplyDeletegerun nye..
ReplyDeleteharap sume selamat..
tabah kan diri ye..
takziah kpd rakyat jepun...
ReplyDeletehrp sume rakyat mesia kat sana dlm keadaan sejahtera..
bersabar yee
ReplyDeletetsunami jepun mmg mnakut..kn, doa2 supaya selamat dmna sahaja k. hi. salam perkenalan , jgn panik
ReplyDeletethanks sume!
ReplyDeletehope semua selamat
ReplyDeleteharap semuanya akan kembali normal secepat mungkin..
ReplyDelete