Followers

Saturday 19 March 2011

Fukushima 50

Fukushima 50 ialah satu nama gelaran yang digunakan oleh pihak media ntk pekerja2 TEPCO (Tokyo Electric Power Company) yang tinggal dan meneruskan perjuangan mengawal reaktor nuklear Fukushima.. Dikhabarkan seramai ±800 pekerja yang bekerja di reaktor pada hari gempa bumi berlaku, namun pada 15 Mac, 750 orang pekerja telah dipindahkan dan yang tinggal hanya 50 orang pekerja yang sukarela; sejak itu pihak media menggunakan nama Fukushima 50~ Kini bilangan pekerja termasuk para sukarelawan dan bantuan pekerja asing daripada luar negara ntk turut sama membantu di Fukushima melebihi 200 orang.. (link)


Tugas2 mereka umumnya mengkaji peringkat radiasi dan kerosakan akibat 爆発 (Explosion), membantu menyejukkan reaktor dengan menggunakan air laut, dan menghalang sebarang risiko kebakaran.. Bacaan radiasi di sekitar lokasi reaktor semestinya lebih tinggi daripada kawasan lain.. Majoriti pekerja adalah pekerja tua jadi kesan terdedah kepada bahan radiasi dalam jangka masa panjang adalah kurang jelas kelihatan sebelum kematian semulajadi.. Pada 15 Mac, kesemua pekerja telah dipindahkan setelah bacaan radiasi meningkat sehingga 1000 mSv sejam sedangkan limit bacaan radiasi bagi seorang pekerja di reaktor nuklear adalah 250 mSV setahun! (Waktu kecemasan)


Masyarakat dunia tidak berhenti memberi semangat dan pujian kepada mereka2 yang sanggup menggadai nyawa bagi menyelamatkan bangsa sendiri di kala bilangan orang ramai dipindahkan ke 避難所 (Shelter) melebihi 170000 orang~ (link) Sekiranya kesan radiasi yang diterima mencecah 80 mSv, alat pengesan di tangan mereka akan membunyikan alarm.. Namun sehingga hari nih, konon nye dah mula pekerja yang masih meneruskan pekerjaan meskipun bacaan dah mencecah 100 mSv (泣) Pastinya nama2 mereka yang terlibat akan diabadikan dalam sejarah dunia sebagai mereka2 yang berjuang ntk negara dan dunia.. Berikut merupakan kata2 semangat dan pujian yang diluahkan oleh orang ramai terhadap Fukushima 50: (link)

  • Media outlets : "HEROES"
  • France 24 : "Japan's faceless heroes"
  • The Guardian : "Other nuclear power employees, as well as the wider population, can only look on in admiration"
  • National post: "They are like the Spartans, standing up against all that's thrown against them.. They are probably working on thin air"
  • PM Jpon : "You are the only ones who can resolve a crisis. Retreat is unthinkable."
  • Fan : "Whatever's the closest international equivalent to the Medal of Honor - Nobel Peace Prize? -- The Fukushima 50 deserve that, and more.."
  • Tweeter : "They are trying to save millions of lives! I can only bow my head towards them.."

7 comments:

  1. aku boleh berkaca-kaca mata baca ni kyo ... jepun mmg berbeza

    ReplyDelete
  2. berani ye dorang ni..
    berkhidmat utk keselamatan sejagat..
    thumb up*

    ReplyDelete
  3. angkat sumer jari pon x cukup ak rasa.. tabik spring bro!!

    ReplyDelete
  4. Berkorban apa saja
    harta ataupun nyawa
    itulah kasih mesra
    sejati dan mulia...

    Fukushima 50, I salute you. You are the pride of your family, country and the world.

    ReplyDelete
  5. Terharu atok baco pengorbanan mereka!

    ReplyDelete
  6. they are the real superheroes of japan.. gambare nippon!!!

    ReplyDelete
  7. salute gile.ingat dlm movie je cmni. *tabik*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC