Followers

Friday, 11 March 2011

Nagashima Spa Land

10 Mac - MIE


Di waktu Malaysia sedang hangat dengan pembukaan filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Jpon masih dengan mode 就職活動 (Job hunting), 6 pelajar daripada RITS telah bergerak ke 長島スパーランド (Nagashima Spa Land) konon nye bagi meraikan pelajar2 yang akan pulang ke Malaysia hujung bln nih setelah tamat pengajian; tp yang diraikan cuma sorang jer sebab yang lain x mau ikut -_-" Mujur dapat 予約 (Book) kereta pagi tuh menerusi panggilan telefon sekitar jam 0800; bertolak daripada 南草津 (Minami kusatsu) sekitar jam 0930 dan selamat tiba di destinasi sekitar jam 1100.. Bila dicongak secara kasar, memang lagi berbaloi kalo g naik keter sebab menjimatkan masa, dan lagi murah berbanding kalo g naik 電車 (Train) yang makan masa hampir 2~3 jam ntk tiba, dan tambang keseluruhan boleh mencecah 5千円 (RM 183)...


Tambang tiket termasuk 乗り放題 (1-day pass) ialah 4100円; awal2 lagi dah dinasihati supaya main Steel Dragon 2000 cepat sket sebab angin kuat pada hari tuh, jadi kebarangkalian ntk roller coaster tuh berhenti ada.. Sebagai warm-up, kitorang naik Space Shot yang ternyata paling haprak sebab makan masa yang lama ntk beratur pastu "ride" dia x sampai 30 saat pon.. Lepas tuh kitorang naik Shuttle Loop yang agak unik sket berbanding roller coaster yg ak pernah naik sebelum nih~ Kepuasan sebenar adalah "ride" seterusnya iaitu Steel Dragon 2000 yang masing memegang rekod dunia roller coaster terpanjang di dunia (2.5 km)..Cuak giler tgk barisan beratur kt situ; selamat x ramai orang yg hadir hari nih~ Beratur x sampai 30 minit jer terus dapat main.. memang puas hati! Waktu tuh jam sudah menunjukkan jam 1300 jadi kitorang berhenti sat ntk makan tengahari; boleh tahan aa kari udang dia walaupon berharga 900円 (RM 33) -_-"

Space Shot
Shuttle Loop


Memudahkan korang gambarkan sendiri betapa panjangnya Steel Dragon 2000  nih..

Lepas makan, perut masih penuh jadi kitorang layan sat お化け屋敷 (House of horror) yang konon nyer baru bukak kt situ.. Memang hampeh giler aa; dah la kita sendiri yang jalan kaki bila masuk, part agak seram pon waktu lantai bergegar2.. yang lain hanya hiburan jer -_-" Next, layan Aurora Wheel yang  bapak besar (83 kaki)~ Bila masing2 dah sedia, baru kitorang layan tumpuan ke-2 di situ iaitu White Cyclone yang turut memegang rekod sebagai roller coaster kayu terpanjang di luar US (1.7 km) manakala ke-4 terpanjang di dunia.. Awalnya ingatkan besi sebab berwarna putih, skali terkejut sumer nyer kayu! Berbeza dengan Steel Dragon 2000, White Cyclone lebih banyak pusing2 membuatkan lepas abis main, semua orang periksa tengkuk masing2.. (笑) Lepas tuh masing2 minat nak main air; layan Shoot the Chute.. xleh blah amik baju hujan dalam tong sampah sebab x sanggup bayar 100円 ntk beli.. 

Aurora Wheel

White Cyclone; dari jauh ingatkan batang besi.. sekali ghupe nyer kayu?! 

Satu lagi roller coaster yang agak unik di sini ialah Ultra Twister; kerek giler sebab penunggang berada dalam keadaan 90 darjah menegak waktu dibawa ke atas pastu meluncur pada 84 darjah sambil di pusingkan dalam 360 darjah pada masa2 tertentu! Waktu abis main nih dah jam 1600, hanya tinggal 1 jam jer lagi sebelum tempat nih tutup, tp semua dah longlai membuatkan kitorang stop sat layan aiskrim ramai2.. (笑) Lepas tuh jalan2 pusing seluruh kawasan; berhenti di kedai nak cari はがき (Postcard) tp malang nyer leh plak x jual.. -_-" Sebelum balik, sempat lagi main roller coaster terakhir iaitu Looping Star; saiz cam lebih kurang sama ngan roller coaster kt Times Square ;) Bertolak pulang sekitar jam 1730 dan selamat tiba ke destinasi sekitar jam 1900~ Kepenatan satu hari memang berbaloi kerana lepas nih ak boleh berbangga sebab dah g FUJI-Q, Nagashima Spa Land, ngan USJ~ ;) 

Omiyage senbei berdiameter 23cm! 

p/s Lepas nih kalo nk g taman tema waktu 冬 (Winter), dinasihatkan pakai gloves sebab cuaca bapak sejuk lebih2 lagi bila berada di puncak..   

9 comments:

  1. ooo...maunya akak muntah main mende2 ni semua. ngeri..

    http://adzriel.blogspot.com/2011/02/entry-mereng-sikit.html

    ReplyDelete
  2. huhu.. bersyukur ak g sini semalam.. kalo g time gempa bumi memang x tau ape nasib..

    ReplyDelete
  3. baru tadi tgk berita jepon kena tsunami.. pastu baca post ko ni... best2~~~

    ReplyDelete
  4. huhu.. selamat ak= fuuuhhhh~

    ReplyDelete
  5. gi USJ xperlu bangge. tu mainan budak2 je..mne takut..hehe

    ReplyDelete
  6. haha.. tu pasal ak g skali jer.. ;p

    ReplyDelete
  7. peh,besar btol senbei tu,mkn skali mmg kenyang...

    Blue Fall kat nagashima spa land jgk ke?...

    ReplyDelete
  8. erk! tengok gambar pun dah rase nak tercabut jantung. huhu. -.-'

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC