Followers

Wednesday, 23 March 2011

Visual Impak Nuklear

Berikut merupakan beberapa gambar yang ak sempat tangkap daripada rancangan 学べるニュース (News you can learn) yang disiarkan selama 3 jam bermula jam 1900 har nih.. Rancangan ini dikendalikan oleh 池上亮 (Ikegami Akira) yang terkenal kerana bijak menyusun bahasa bagi memudahkan orang ramai memahami sesuatu perkara atau situasi.. Setakat nih, Jpon masih berada dalam keadaan membimbangkan apabila kesan radiasi telah menyebabkan air di sekitar Tokyo tidak selamat untuk bayi; namun nasihat pakar adalah air masih selamat diminum bayi pada jumlah yang kecil sekiranya gagal mendapatkan air botol yg kebanyakan nya sudah habis dijual~  

Keadaan sebelum gempa bumi 

Apa yang membuatkan gempa bumi berlaku pada 11hb..

Setakat nih lebih 260k orang yang dihimpunkan dalam tempat perlindungan di 16 buah negeri..

Masalah2 yang dihadapi skang ialah mengenal pasti mayat, pengebumian mayat, masalah kecurian yang semakin meningkat, dan masalah pelupusan sampah..

Kerajaan akan membantu menanggung kos makanan, perubatan. dll..

Reaktor nuklear yang dikendalikan oleh TEPCO

Jarak antara Fukushima Daiichi ngan Daini

Perbandingan antara saiz atom, epal, dan bumi

Nukleus

臨界 (Tindak balas kimia yang berkembang berkadar dengan masa)

Perbezaan antara Uran-238 dengan Uran-235 adalah dari segi bilangan 中性子 (Neutron)

Uran-238 lebih banyak digunakan..

Bagaimana gas uran dihasilkan daripada kristal yg kemudiannya dihancurkan menjadi serbuk..

Perbezaan ketara antara reaktor nuklear dengan bom atom iaitu dari segi ウラン濃縮 (Enriched uranium)

Bagaimana reaktor nuklear di Fukushima menghasilkan tenaga elektrik

Fungsi 制御棒 (Control rod) dalam tindak balas nuklear

54 reaktor nuklear di Jpon semuanya berdekatan dengan laut.. Sumber air penting  bagi proses penyejukan reaktor tersebut.. Kebanyakan reaktor di Eropah terletak berdekatan dengan sungai yang besar, namun oleh kerana Jpon tidak memiliki sungai yang besar, Jpon tiada pilihan ntk membina reaktor berhampiran laut..

Terdapat 432 reaktor nuklear di 30 buah negara..

Merit penggunaan reaktor nuklear adalah dapat menghasilkan tenaga yang besar dengan menggunakan sumber  yg kecil, tidak membebaskan CO2, dan bahan api boleh diguna-pakai banyak kali..

Demerit adalah bahaya sinaran pengion, penghasilan lebihan bahan bakar nuklear..

3 langkah keselamatan pada reaktor nuklear adalah matikan, sejukkan, dan tutup   

Imej kasar reaktor nuklear Fukushima yang bersaiz lebih kurang 34m

Imej kasar seorang manusia..

3 unit apabila membincangkan pasal tenaga nuklear adalah Becquerel, Gray, dan Sievert

Senang citer Becquerel adalah jumlah yang terhasil daripada bahan radioaktif, Gray pula adalah jumlah sinaran pengion yang diserap oleh bahan, manakala Sievert pula suatu kadar kesan kepada manusia..  

Jenis-jenis sinaran pengion dan sifatnya.. 

Bentuk monitoring post (mengambil bacaan radiasi) yang terdapat di sekitar tempat di Jpon..

Tangga yang menunjukkan tahap bahaya reaktor nuklear.. Level 7 adalah Chernobyl dan ketika nih Fukushima berada di level 5

Bilangan sinaran pengion dalam unit mSv.. 

Semakin kita menjauhi sumber sinaran pengion tuh, makin kurang sinaran pengion tuh akan kene kita.. 

7 comments:

  1. gud job bro...;)

    semoga segalanya kembali selamat xlama lg...~

    ReplyDelete
  2. nape last takde "happyou ga ijou desu" ?
    hahaha
    naisu3,senang faham

    ReplyDelete
  3. mantap arr saido. tp, nak betulkan sedikit dan goreng sedikit.

    1) sinaran pengionan --> sinaran radiasi ( radiation ray ).

    2) 濃縮ウラン (enriched uranium) bermaksud berapa peratus uranium 235 dalam nuclear fuel. So, fuel reactor nuclear meggunakan 3-5% enriched uranium, maksudnya 3-5% uranium 235, selainnya uranium 238. bom nuklear menggunakan 90% enriched uranium, maksudnya 90% uranium 235, 10% lagi uranium 238.

    3) "uranium -238 lebih banyak digunakan." --> graf tu menunjukkan natural abundance untuk uranium dalam dunia ini. uranium-235 yang boleh menghasilkan tenaga dalam 核分裂 ( fission process ) atau fissionable, uranium-238 tak boleh, tapi boleh diproses kepada fissionable @ plutonium-239.

    moga membantu.

    ReplyDelete
  4. aku cite citer nihon sbb die bg gambaran jelas siap dgn ilustrasi.senang nak paham.thanks saidooo share.susah2 je ko snap gmba dr tv.kih3..

    ReplyDelete
  5. mantap aa maarop!
    sassuga senmon nuklear..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC