Followers

Saturday, 19 March 2011

プレゼンテーション大会 (Presentation Event)

18 Mac - KYOTO

Minggu lepas sewaktu sedang berbincang ttg エントリシート (Entry sheet) dengan staf キャリアセンター (Career center), ak dimaklumkan ttg プレゼンテーション大会 yang bakal diadakan di 京都テルサ (Kyoto Terrsa) pada 18hb nih.. Program nih diadakan sebagai salah satu medium 留学生 (Foreign Students) yang berminat ntk bekerja di Jpon memberikan 発表 (Presentation) di hadapan beberapa syarikat yang berpusat di 京都.. Program nih dikendalikan oleh 「KYOの海外人材活用推進協議会 (Kyoto Foreign Talent Utilization Promotion Council)」yang mempunyai pejabat di 京都国際センター (Kyoto International Center)..

Artikel mengenai program yg dimaksudkan..

Seramai 22 pelajar daripada RITS, 京大 (Kyoto Uni), 京都ノートルダム女子大学 (Kyoto Notre Dame Uni.), 平安女学院大学 (Heian Jogakuin), 龍谷大学 (Ryukoku Uni.), dan 京都産業大学 (Kyoto Sangyo Uni) turut-serta dalam program kali nih.. Thailand, Malaysia, Vietnam, dan Myanmar menghantar sorang jer wakil manakala yang lain semua rakyat China! Hanya 13 pelajar yang layak sahaja dibenarkan ntk 発表; Rezeki kot sebab ak sorang jer pelajar Malaysia yang memohon ntk turut-serta jadi keutamaan diberikan kepada ak ntk terpilih sebagai salah sorang yg akan 発表 pada hari nih.. (笑)

Kyoto Terrsa

Sesi pagi bermula jam 1000 disediakan khas ntk pelajar2 yang ingin 練習 (Training) 発表 dan juga penjelasan mengenai atur-cara program juga dilaksanakan pada belah pagi.. Pengendali program nih meminta 100% penglibatan 留学生 termasuk menjadi 司会者 (MC), penyambut tetamu, bellboy? dsb.. Ak diminta bertugas sebagai penunjuk arah dewan pada pagi tuh -_-" Kitorang diberi masa rehat ntk makan tengahari sekitar jam 1130 dan berkumpul semula di dewan pada jam 1215.. Para tetamu yang terdiri daripada wakil 11 syarikat kecil di 京都 hadir sekitar jam 1230..


Program bermula tepat jam 1300 dengan ucapan perasmian oleh 京都府国際課 課長 (Head of International Dept. Kyoto Pref.) dan sedikit mukadimah tentang tujuan program sebegini diadakan oleh wakil pengedali program.. プレゼンテーション大会 bermula 10 minit selepas tuh; mereka yang terlibat telah diminta dari awal ntk menghantar slide PowerPoint dan had masa bagi seorang adalah sekitar 3 minit.. Tema 発表 adalah menyatakan sebab ingin bekerja di Jpon.. Berikut merupakan sedikit kata kunci yang diberikan oleh beberapa pelajar yg menyampaikan 発表:


  • 恩返し (Do something in return)
  • 日本が好き (Like Japan)
  • 架け橋 (A bridge connecting two countries)
  • チャンス (Chance)
  • モノ作り (Monozukuri)


Setelah tamat プレゼンテーション大会, program diteruskan dengan sesi dialog di mana para pelajar di pecahkan kepada 4 kumpulan kecil.. Topik perbicangan yang diberi ialah "Bagaimana 留学生 boleh memberi sumbangan kepada syarikat Jpon?".. Masa yang diberi ialah 30 minit dan sepanjang diskusi, wakil2 syarikat akan memantau aktiviti pelajar di dalam kumpulan~ Kumpulan ak terdiri daripada wakil China 5 orang dan wakil Malaysia.. Boleh kata sumer kumpulan memberikan jawapan yang sama iaitu dari segi perbezaan budaya, bahasa, dan ekonomi semasa..


Program diteruskan dengan sesi soal jawab dengan wakil2 syarikat yg hadir sehingga di bawa ke 交流会 (Exchange party).. Terkejut giler bila ada syarikat yang menghantar 社長 (President) sendiri ntk melihat kitorang.. Hasil dialog antara 社長 ternyata berbeza kerana pandangan dia lebih kepada rakan bisnes di masa akan datang dan bukannya ntk menarik kitorang masuk syarikat dia.. Program tamat secara rasmi pada jam 1700 namun 交流会 tamat sekitar jam 1830.. Program sebegini memang berguna kerana dapat bertukar maklumat dengan 留学生 lain disamping dapat kenalan baru... 

2 comments:

  1. mcmner nk reply nie...kena reply bahasa jepun ker?...hehehe...xder la sajer gurau...nice post bro...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC