Followers

Friday, 25 March 2011

宗教 (Religion)

Introduction to Islam by Prof. Nakamura Kojiro

Apa yang membuatkan ak menyesal x prepare siap2 sebelum menjejakkan kaki di Jpon ialah pemahaman Islam dalam bahasa Jpon.. Jangankan dalam bahasa Jpon jer, kadang2 dalam bahasa ibunda sendiri pon masih banyak yang belum dipelopori hanya kerana di Malaysia, x pernah ditanya tentang agama sendiri kecuali di dewan peperiksaan jer.. Tp bila di negara orang, bila sebut sahaja Islam, pelbagai2 reaksi positif dan negatif tergambar pada raut wajah yang menanya..

Bila sentuh isu 宗教 nih, Jpon agak sensitif dek tragedi subway yang mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan hampir 5000 orang pada tahun 1995.. Aum Shinrikyo yang menjadi dalang disebalik agenda durjana tuh dikatakan masih wujud sehingga kini.. Sebab tuh sampai ada yang taboo bila disebut tentang agama meskipun ada jer agama2 baru yang muncul di Jpon (Kebanyakannye meminta penganut mereka membayar harga yang tinggi ntk turut-serta agama tuh~)

Senang citer agama asal di Jpon ialah 神道 (Shinto) iaitu agama yang mereka anuti sejak dilahirkan, namun ketika berkahwin, mereka tetiba jadi キリスト (Christian).. Menariknya bila meninggal, mereka dikebumikan mengikut cara berbeza-beza; umumnya ikut cara 仏教 (Buddhism).. Kefahaman mereka tentang agama terlalu jahil sehinggakan sebahagian mereka berani mengatakan semua agama yang bertuhankan satu yakni 唯一神教 (Monotheism) adalah sama! Betulke sama? Bila suruh terang x tau plak.. -_-"

Tabik spring akan sikap masyarakat Jpon terhadap ilmu kerana 好奇心 (Curiosity) mereka terhadap sesuatu memang kuat.. Pengaruh TV sedikit sebanyak menyumbang kepada kejatuhan martabat institusi agama terutamanya Islam sejak beberapa tahun yang lepas.. Jadi xleh nk salahkan 100% pada masyarakat Jpon apabila mereka melabel orang Islam tuh sukakan keganasan kerana apa yg mereka lihat pada TV memang begitu.. Bagaimana nk ubah stereotaip tersebut? Di situlah perlunya KOMUNIKASI~

Macam mana nk yakinkan orang lain yang agama yg kita anuti itu benar jika kita sendiri x yakin dengan jawapan yang diberi apabila disoal.. Ada kalanye dengan hanya menunjuk info ttg Islam dalam bahasa Jpon kepada mereka menggunakan iPhone memang xde masalah, tp sedikit sebanyak kita sendiri kene melatih diri ntk mudah berkomunikasi ttg Islam menggunakan bahasa mereka.. Sekadar membetulkan mentaliti mereka bahawa apa yg mereka lihat di TV ttg Islam itu adalam 100% lari daripada ajaran Islam yg dianuti majoriti penganutnya..

皆、がんばろうぜ!

p/s Entri nih ditulis sebagai reaksi apabila member lab cakap persepsi dia terhadap Islam berubah selepas berjumpa dengan ak..  

8 comments:

  1. ilmu yg memang tak habis utk dipelajari... alhamdulillah, akak pun kena byk membaca & attend kelas ugama lagi.

    ReplyDelete
  2. qudwah hasanah
    tunjukkan contoh yang baik bila bersama mereka.
    kdg2 perbuatan lbh berkesan dari perkataan
    ^^,

    ReplyDelete
  3. "qudwah hasanah"

    kata2 yang mempunyai makna besar..
    thanks!

    ReplyDelete
  4. bagus lah mcm tuh...kena buat perubahan...lg satu pasal member lab tuh...jd contoh yg baik lah tuh :)

    ReplyDelete
  5. secara sedar atau pn tidak, anda telah menjadi duta Islam kecil..

    harap dptlah mengubah persepsi mereka terhadap islam. semoga mereka juga menerima hidayah Allah...insyaallah..

    keep it up bro!

    ReplyDelete
  6. So, basically mcm mana pulak penerimaan orang2 Jepun dekat Japanese yang convert to Islam?

    Roughly, ramai tak Japanese convert yang awk penah jumpa/tengok?

    ReplyDelete
  7. Hmm.. Setakat ni memang Alhamdulillah penerimaan mereka ok jer kot.. Boleh tahan la bilangan japanese convert yg pernah saya tgk..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC